Bab 44 - MAYAT

92 11 0
                                    


"Tolong Asya! Asya belum nak mati! Selamatkan Asya..." Jerit Asya!

"Doktor maafkan saya sebab susah-susah menyuruh doktor dan cik jururawat datang ke Kampung Saka untuk melihat keadaan anak saya."

"Oh tidak mengapa Puan Armuni. Itu sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai seorang doktor dan jururawat. Lagipun kami boleh berehat sebentar sambil melihat keindahan Kampung Saka."

"Tapi doktor, bagaimana keadaan anak saya? Kenapa dia masih belum bangun, asyik meracau macam tu je sejak 2 minggu lalu."

"Boleh puan ceritakan bagaimana dan dimana anak puan ditemui. Mungkin kami boleh mengenal pasti penyakit anak puan."

"Lebih kurang 2 minggu lepas, seorang penduduk kampung terjumpa Asya yang telah hilang sejak 3 hari lalu semasa dia balik dari sekolah. Asya dijumpai berdekatan dengan kawasan Kubur Saka.


Menurut penduduk kampung itu, dia menemui Asya dalam keadaan basah kuyup dan pucat seperti mayat.

Pada mulanya dia menyangka Asya dah mati. Pernafasan Asya juga tiada pada waktu dia ditemui. Jadi dengan bantuan beberapa orang penduduk kampung yang lain mereka telah membawa mayat Asya itu kerumah saya. Ketika menerima khabar sedih itu, saya pengsan dalam beberapa hari kerana tidak dapat menerima berita kematian anak kesayangan saya itu. Tapi setelah saya sedar dari pengsan, saya dimaklumkan oleh anak saya Anis yang Asya belum mati lagi. Saya pun terkejut!"

"Jadi berdasarkan cerita puan yang agak berbelit-belit ni saya boleh rumuskan bahawa anak puan pernah mati tapi hidup semula ke? Macam cerita Zombie?" Doktor itu tersenyum sinis sambil memandang Armuni.

"Doktor ingat saya buat cerita lawak ke? Kalau doktor tidak percaya, boleh cuba tanya orang kampung yang lain. Saya serius!"

"Saya paham puan. Tapi cerita puan ni agak sukar untuk diterima. Mana mungkin manusia yang mati akan hidup semula. Melainkan anak Puan Armuni adalah Zombie iaitu mayat hidup."

"Tidak! Asya masih hidup. Asya bukan Zombie!" Armuni cuba menafikan akan kematian anaknya itu.

"Tapi puan jangan risau, anak perempuan puan masih hidup. Dan berdasarkan pada pemeriksaan yang kami telah jalankan selama beberapa hari ini mendapati anak puan bukan Zombie. Cuma selagi anak puan masih belum sedar, kita tidak akan dapat keputusan yang memuaskan. Kita perlu tunggu dan lihat."


Doktor itu bangun dan keluar dari bilik Armuni.

"Doktor Tong Ah Huat, bagaimana keadaan ibu dan adik saya?" soal Anis yang sedang menunggu diluar bilik Armuni.

"Keadaan ibu dan adik kamu masih terkawal. Boleh saya jumpa dengan penduduk kampung yang menjumpai mayat adik kamu?"

"Mayat? Adik saya Asya belum matilah!" Marah Anis pada Dokor Tong Ah Huat.

"Oh, maafkan saya. Tersasul pula. Tidak mengapalah, saya cari sendiri penduduk kampung itu. Kamu masuklah kedalam untuk melihat keadaan ibu kamu yang semakin pulih." Doktor Tong Ah Huat berlalu meninggalkan Anis yang masih geram itu. Dia terus mencari-cari penduduk kampung itu. Dia memerlukan maklumat. Maklumat yang diperlukan untuk menyangkal kewujudan Zombie.


 *****


Beberapa bulan terus berlalu, kini keadaan Asya semakin pulih. Dengan bantuan Doktor Tong Ah Huat dan pembantunya Nurse Myung-Ju, punca sebenar kes mayat hidup aka Zombie yang dialami oleh Asya akhirnya terjawab.

Sebenarnya Asya masih hidup dan bernafas seperti manusia lain. Berita tentang kematian sewaktu dijumpai di kawasan perkuburan masih tidak dapat diterima akal logik dan penduduk kampung itu masih gagal ditemui. Pelbagai persoalan masih menjadi tanda tanya. Tapi berdasarkan kajian Doktor Tong Ah Huat dan Nurse Myung-Ju, kewujudan Zombie itu hanya ada didalam filem semata-mata dan bukannya realiti. Jadi mereka mendakwa bahawa mungkin badan Asya yang pucat itu berpunca daripada sesuatu yang masih misteri dalam bidang sains. Mereka sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Asya mula sedar dan berkelakuan seperti biasa. Selepas mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Doktor Tong Ah Huat dan Nurse Myung-ju, Asya terus ketawa dan bermain dengan adik-beradiknya yang lain. Dia rindukan mereka.

'Nasib baik Budak Kampung Saka ini bukan Zombie.' Nurse Myung-Ju menarik nafas lega.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now