Bab 43 - GERAI MAKAN

88 11 0
                                    


Hidup ini penuh dengan hal yang tidak dapat diterima akal dengan mudah, tapi jangan cuba menafikannya dengan penuh rasa ego. Apa yang kita kurang paham kadang-kadang adalah sesuatu yang bakal menjadi realiti. Apa itu mimpi dan realiti? Terima hakikat! Tidak ada benda yang mustahil didunia ini.

Misteri itu Kampung Saka~~~

Dalam mengejar kehidupan yang serba mudah, kita sering terlepas pandang akan sesuatu yang begitu indah rupanya. Manusia Bertuah! Perhatikan sekeliling anda dan bayangkan anda berada dalam kesusahan. Setiap yang hidup akan mati. Budak Kampung Saka tidak terlepas dari kematian, tetapi sekiranya ia belum sampai masanya, maka mereka akan terus hidup. Kebenaran hidup adalah penuh dengan teka-teki yang Misteri.


*****


"Alamak! Hujan la pula. Hari dah nak malam ni. Asya terpaksa redah hujan la jawabnya." Asya mengeluh sambil mengikat tali kasutnya. 'Nasib baik beg sekolah Asya ni kalis air, jadi buku tak basah.'

Asya berlari meredah hujan lebat menuju ke rumahnya. Baju yang dipakai Asya basah lencun dan kesejukan dapat dirasai. Asya ternampak seorang kelibat perempuan berjalan didalam hujan itu. Asya menghampiri kakak itu dan bertanya, "kenapa akak tak lari?"

"Nak lari kemana?" soal akak itu.

"Entah. Lari ke mana-mana je. Kan hujan sekarang ni."

"Nak lari kemana?" soal akak tu lagi.

"Erm... Lari cari tempat berteduh la Kak. Hujan lebat ni. Sejuk."

"Ya sejuk. Sangat sejuk!"

"Jom Kak. Kita berteduh dekat gerai tu." Asya menunjuk ke arah sebuah gerai makan dihadapan mereka itu.


Asya berlari kearah gerai itu. Langkahnya terhenti apabila melihat perempuan tadi hanya berjalan perlahan menuju ke gerai makan itu. 'Kenapa dengan akak tu? Boleh pula dia berjalan dalam hujan macam tu, tak takut sakit ke?'

Beberapa minit kemudian Asya sampai dekat gerai itu. Seorang makcik datang menghampiri Asya membawa segelas air mineral.

"Eh... Asya tak minta air ni pun makcik."

"Takpe. Makcik belanja kamu. Minumlah." Makcik itu mengukir senyuman.

"Terima kasih ya makcik." Asya mencapai gelas itu untuk minum. 'Eh kejap. Kalau Asya minum air sekarang mesti kejap lagi nak buang air kecil. Dah lah kat gerai ni takde tandas. Balik rumah jelah baru Asya minum air.' Asya melihat kawasan gerai makan itu dan ia tersusun kemas dan bersih.

"Adik tengah tunggu siapa?"

Asya terkejut apabila memandang makcik tadi muncul tiba-tiba disebelahnya. 'Bukan tadi makcik ni dah ke bahagian dapur ke?'

"Makcik bawa mee daging untuk kamu. Makanlah." Makcik itu menghulurkan sepinggan mee daging kepada Asya sebelum ke dapur semula.

'Kenapa dengan makcik tu? Mee daging ni percuma juga ke?' Asya melihat mee daging yang nampak macam sedap je. Asya menghidu mee itu, 'Bau daging pun dah sedap belum masuk mulut lagi.

Rasanya tak salah kalau Asya makan mee daging ni. Kesian kat makcik tu susah payah masak untuk Asya.'


Asya membaca doa makan,

Sebelum sempat Asya makan mee daging itu, kelihatan dari jauh akak tadi semakin hampir ke gerai itu.

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now