Bab 32 - BERPISAH

92 12 0
                                    


"Abang Azman! Lama lagi ke kita nak tunggu kat sini? Letihlah kaki Lily." Lily bersandar pada perhentian bas diluar kawasan kebun Pak Adam.

"Sabarlah Lily. Sekejap lagi keluarlah diorang tu. Lagipun, itu kan pesanan Puteri pada kamu, bukan pada abang."

"Lily tau, tapi..."

"Tapi apa Lily? Kamu tau kan, sikap sabar itu satu perkara yang baik dan terpuji. Orang yang banyak bersabar akan berjaya dalam apa yang diingini. Kita tunggu lagi sejam."

"Sejam? Lama tu." Lily mengeluh.

Azman dan Lily duduk menunggu di situ selama beberapa minit sebelum kemunculan kereta Proton Saga hijau berhenti dihadapan perhentian bas tempat mereka menunggu.

"Azman, Lily. Apa kamu buat dekat sini? Tengah tunggu seseorang ke?"

"Err... Kitorang tengah tunggu Puan Armuni la. Kan tadi Puan Armuni telefon dan bagitau yang kereta puan rosak sewaktu didalam kebun tadi." Ujar Lily.

"Owh... Lupa pula. Hehe... Maaf ya Lily. Akak lupa pula hal itu."

"Akak?" soal Azman pelik.

"Puan Armuni kan masih muda dan cantik lagi. Memang la patut panggil akak. Apalah abang Azman ni. Buat malu Lily je."

"Hehe... Segan pula rasanya memanggil diri sendiri akak." Armuni tersipu malu.

"Sebenarnya apa yang berlaku kat dalam kebun tu, AKAK Armuni?" Azman sengaja menekankan perkataan akak.

"Kamu kan Azman!" Armuni mencebik pada Azman sebelum meneruskan kata-katanya. "Sebenarnya begini, mula-mula tadi kereta akak rosak dan tak boleh dihidupkan langsung. Jadi selapas akak telefon kamu untuk menghantar bantuan, akak dan anak-anak semuanya terlelap akibat kepenatan berjalan seharian di pekan tadi."

"Selepas itu apa jadi?" soal Azman lagi ingin tahu.

"Tak baik la abang Azman menyampuk cakap orang. Biarkan puan, err... akak Armuni habiskan cerita tu dulu. Disebabkan perangai abang yang suka memotong percakapan orang lain la abang dilabel sebagai 'Annoying Azman' tau tak! Hormat sikit orang!" Marah Lily.

"Err... Tidak mengapa Lily. Biar akak sambung cerita tadi ya." Armuni mencapai botol air mineral di sebelah tempat duduk Ayu dan mula meneguk sedikit air sebelum menyambung cerita. Dia juga sempat melihat Anis dan Asya yang masih tidur dibuai mimpi di tempat duduk belakang. Comel!

"Akak terjaga dari tidur pun sebab Asya yang kejutkan. Dia cakap ada seorang kakak datang mengetuk cermin kereta disebelah tempat Asya tidur tu. Mengikut kata Asya, kakak tu bagitau yang hari dah nak malam jadi mereka kena keluar dari kawasan kebun itu. Tidak lama kemudian, akak pun hidupkan enjin kereta dan wala... Ia dah hidup. Dan akak pun memandu seperti biasa keluar dari kawasan kebun tu untuk pulang menuju kerumah. Tapi akak ternampak pula kamu dua beradik tengah duduk di perhentian bas ni. Sebab tu la akak berhenti sekejap kat sini."

"Owh. Camtu ke... Siapa kakak yang Asya nampak tu? Kak Puteri ke?" soal Lily.

"Kak Puteri? Siapa tu?"

"Dia mungkin kakak yang Asya nampak tu. Dia berbaju serba merah kan?"

"Hurm... Entahlah. Tu akak tak pasti. Kamu kena tanya Asya kalau nak tau. Tapi sekarang ni dia tengah sedap tidur kat belakang tu." Armuni menunjuk ke arah Asya.

"Err... Takpelah kak Armuni. Nampaknya keadaan dah terkawal. Jadi kami nak minta diri dulu untuk pulang ya."

"Bye Puan Armuni. Jaga diri. Kalau ada masalah telefon sahaja kami ya." kata Azman.

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now