Bab 29 - MAYA BERTUKAR

107 12 0
                                    


"Hehehehehehe..."

Maya mengilai sambil tersenyum memandang Hantu Garasi dan Bunian saling berganti.

Hantu Garasi merasa pelik melihat Maya yang sedang terbang sambil mengilai di udara. "Apa kau nak buat si anak kecil? Kau sudah hilang akal?"

Maya memandang tepat ke arah Hantu Garasi yang masih dikelilingi oleh Kabus Ungu itu dengan pandangan yang cukup menakutkan. Matanya mula berubah menjadi merah, gigi taringnya semakin memanjang dan rambutnya semakin mengerbang.

"Sudah sampai masanya aku tamatkan riwayat kau Hantu Garasi!"

"Cubalah! Aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau. Harharhar..."

Maya memejamkan matanya selama beberapa saat sebelum dibukanya kembali.


"ENGAGE"


Muncul sebuah alat kayu jati pada tangan kiri Maya...


"QD"


Sebaik sahaja perkataan itu ditekan pada alat itu, seluruh kawasan disekitar Maya berubah menjadi gelap.

[Dari sebalik kegelapan itu, kelihatan Maya sedang berdiri dan mula berubah. Rambut Maya yang mengerbang itu bertukar menjadi merah, pakaian Maya berubah menjadi sut perisai dan ditangannya muncul satu pisau pendek berlumuran darah.]


Kegelapan mula menjadi terang semula.

"Siapa kau? Mana pergi anak kecil tadi?" Garasi terkejut melihat Pontianak tadi telah hilang, dan kini dihadapannya adalah seorang yang tidak dikenalinya.

"Aku Maya. Serikandi Saka!"

"Kau Pontianak! Apa kau dah buat!" Garasi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku
dihadapannya ketika itu.

"Aku bukan lagi Pontianak. Kini aku telah berubah."

"Be... Berubah? Siapa kau? Ilmu Ilusi apakah ini?"

"Ini bukan Ilusi. Apa yang kau nampak ini adalah apa yang kau panggil sebagai anak."

"Anak?"

"Ya. Akulah Matianak!"

"Ma... Mati? Mati Anak? Matianak?"

"Kau akan menyesal sebab memaksa aku berubah ke bentuk ini."

Maya terbang kearah Hantu Garasi dengan kelajuan yang lebih pantas dari sebelumnya. Pisau berlumuran darah ditujukan tepat mengenai organ-organ penting Hantu Garasi. Tikaman demi tikaman Maya lakukan sambil terbang mengelilingi Hantu Garasi. Kabus Ungu meresap masuk kedalam tubuh Maya tanpa disedari.

Selepas beberapa minit serangan berkelajuan tinggi itu dilancarkan Maya, dia terbang ke atas sebatang pokok untuk melihat hasilnya. Dia amat berpuas hati apabila ternampak darah mula memancut keluar dari tubuh Hantu Garasi dari sebalik Kabus Ungu itu.

"Fuh! Letih juga. Tak sangka Hantu Garasi itu lemah sahaja." Gumam Maya sebelum menutup mata.


Harharhar...

'Bunyi tu...' Maya segera membuka mata lalu memandang kearah Hantu Garasi.

Dari sebalik Kabus Ungu itu kelihatan Hantu Garasi sedang menjilat luka dibadannya dengan lidah yang cukup panjang. "Apa kau ingat aku sudah tewas dengan serangan kau yang tidak cukup makan itu?"

"Kau... Macam mana kau boleh selamat?" Maya terkejut memandang Hantu Garasi itu.

"Macam mana kau tanya? Bukankah aku ini lebih berkuasa dan kuat berbanding kau! Setakat serangan macam tu takkan mampu tewaskan aku. Sebaliknya, kau yang dalam bahaya sekarang."

"Aku... Dalam bahaya? Apa maksud kau?"

"Nampaknya kau masih belum menyedari yang kau kini tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Racun aku akan menghapuskan kau dari dalam. Aku tidak perlu bersusah payah memenatkan diri untuk berlawan dengan makhluk lemah seperti kau."

"Aku bukan lemah!" Maya terbang semula kearah Hantu Garasi dan melancarkan beberapa serangan Ilusi yang jauh lebih hebat berbanding sebelum ini.

Serangan berbentuk Cengkaman dan Tamparan Berdarah menjadi pilihan Maya. Setelah itu, Maya melakukan satu balik kuang diudara lalu melepaskan satu tikaman yang tajam berdarah menuju ke arah Hantu Garasi. Tikaman itu mendarat tepat melepasi tubuh badan Hantu Garasi. Tubuh badan Hantu Garasi terbelah dua. Namun Hantu Garasi masih mampu tersenyum.

"Hebat! Namun belum cukup kuat untuk tewaskan aku. Harharhar..."

Maya sempat memandang tubuh badan Hantu Garasi itu bercantum semula sebelum dia terlelap.

Maya terjatuh sewaktu terbang akibat pengsan secara tiba-tiba. Mujur sahaja salah satu dari manusia daun itu sempat menangkap badan Maya sebelum terhempas ke tanah.

'Kuasa dia masih belum stabil, sebab tu kebanyakan teknik tidak begitu berkesan. Tahniah Maya! Kerana berjaya menemui alat QD (Quantum Dimension). Nampaknya Hantu Garasi itu pun boleh tahan kuatnya.' Anastasia memuji kekuatan Maya dan Hantu Garasi.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now