PROLOG

8.4K 212 4
                                    

BOOK
• TAKDIR DIA
• TAKDIR DIA 2


Kepingan kertas di tangan digenggam kemas sehingga renyuk

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kepingan kertas di tangan digenggam kemas sehingga renyuk. Debaran di dada semakin hebat. Wana berasa gelisah. Dahi dan pelipisnya mula dibasahi peluh.

Tanpa berfikir panjang, dia berlari pergi dari situ. Ada seseorang yang dia harus selamatkan.

Air liur ditelan payah dengan nafas tercungap-cungap. Langkahnya terhenti tatkala sebuah gudang lama menjamah pandangan mata.

Kedua belah tangan dikepal. Takut dan teragak-agak ingin masuk ke dalam, namun dia perlu dapatkan Haris. Nyawa Haris berada dalam bahaya kerananya.

Figura seseorang melangkah ke pintu masuk gudang menggamit perhatian. Senyuman sinis jelas terlakar di bibir figura itu. Rasa marah mula membuak-buak di hati Wana.

"Mana Haris?"

"Tak sabar eh?" Senyumannya makin melebar. Kepala ditoleh ke tepi, memberi isyarat kepada konco-konconya.

Tidak lama, dua orang lelaki bertubuh tegap menghampiri Wana. Lantas kedua belah tangan Wana ditarik.

"Apa ni? Lepas!" Wana meronta. Dia cuba melepaskan tautan tangan itu, tetapi pegangan mereka terlalu kemas sehingga menyakitkan tangannya sendiri.

"Kau kata kau nak jumpa Haris. So...."

"Aku boleh jalan sendirilah!" Wana mendengus.

Lelaki itu menggeleng sebal. Sudah dalam keadaan macam ini pun masih keras kepala. Mana dapat keberanian tak tahu. Namun, hatinya berasa sakit melihat tindakan Wana. Dia cemburu. Kerana Haris, wanita itu berani bertindak demikian.

Jelingan tajam Wana hanya dipandang dengan tatapan mengejek. Langkah diatur mengikuti wanita itu masuk ke dalam.

"Mana Haris?"

"Dalamlah! Kau baru depan pintu masuk, mana nak nampak muka dia!" Mimik muka malas ditayang seraya mulut mendecit perlahan.

Wana hentakkan kaki. Benci sungguh dia akan lelaki itu. Macam tak ada kerja lain main culik-culik orang.

Mulutnya terlopong melihat keadaan Haris. Wajah mempunyai lebam kebiruan serta pendarahan di dahi dan mulut. Sahlah lelaki itu dah belasah Haris.

"Kau gila ke apa? Apa kau nak daripada Haris sampai kau buat dia macam ni!"

"Kau tak dapat tangkap lagi ke apa yang aku nak? Bodohnya kau."

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang