BAB 48

3.4K 120 5
                                    

"Aku nak yogurt tu." Dianne hala jari telunjuk ke arah satu sudut peti. Insyirah mencapai yogurt tersebut dan sebotol minuman yogurt buah-buahan.

"Andi dengan Danish dah beli air ke?" Soalan Insyirah dibalas dengan jongketkan bahu.

"Beli sajalah untuk diorang sekali," ujar Dianne. Dua jenis air tin diambil. Tidak lupa mengambil air mineral sekali.

Langkah Insyirah dan Dianne terhenti saat suara seorang lelaki menyapa pendengaran. Mereka menoleh ke belakang. Insyirah sudah kerutkan dahi melihat gerangan itu.

Lelaki tempoh hari.

"Kebetulan sekali, Insyirah Raisha. Awak buat apa dekat sini?"

"Beli barang," balas Insyirah acuh tak acuh. Malas sungguh mahu bertegur sapa dengan lelaki itu. Sudahlah nama pun tak tahu, nak bertegur ramah pula. Memang tidaklah.

"Ouh. Nampaknya kita memang berjodoh sebab asyik terserempak dekat pasaraya."

"Sorry, saya dah ada tunang. Kalau encik tak ada apa-apa lagi nak cakap, saya pergi dulu. Saya ada barang nak cari lagi." Insyirah laju berjalan pergi seraya menarik tangan Dianne. Risau juga lelaki itu akan menghalang mereka jika dia tidak bergegas.

"Tak apa Insyirah Raisha. Masih ada hari lain." Bibir ternaik, membentuk senyuman sinis. Tangan yang sedari tadi bersilang di dada dijatuhkan ke sisi. Kaki dihayun pergi dari situ.

"Siapa tu?" Bisik Dianne.

"Aku cerita dalam kereta nanti. Sekarang kita cari barang dulu. Aku tak nak lama-lama dalam ni," gesa Insyirah. Barang-barang dimasukkan ke dalam bakul.

Dianne hela nafas. Diikutkan sahaja Insyirah. Makanan ringan di atas rak dibelek. Dah beli bolehlah buat makan sepanjang perjalanan nanti.

"Sayang!" Terhinjut bahu Dianne apabila tubuhnya hampir terlanggar dengan Danish. Lelaki itu boleh pula ketawa kecil setelah mengejutkan dia.

Andi di belakang menggosok telinga. Pencemaran telinga untuk orang yang dah lama membujang. Agak-agaklah nak sweet pun!

"Apa awak ni? Nasib baik saya tak layang penumbuk sebijik dekat muka awak. Lebam nanti."

"Kuatnya kau." Insyirah ketawa kecil.

Dianne yang paling lembut kalau mahu dibandingkan antara dia, Wana dan Aisha. Tumbuk orang tak sakit pun. Tepuk nyamuk sekali, baru nyawa-nyawa ikan. Boleh terbang lagi.

"Ish!" Dianne mencebik.

"Korang beli apa?" Insyirah membelek barangan di dalam bakul yang dipegang oleh Andi. Tak banyak pun. Kalau bakul dia, jangan cakap. Dah penuh dah....

"Buah je?"

"Yalah. Habis tu, nak beli apa lagi? Hadiah untuk Asrul dah beli. Beli buah tangan untuk tok wan pula. Tengok korang... beli apa je? Snek? Minuman? Tsk, tsk, tsk! Untuk diri sendiri je tahu," bebel Danish.

"Aku ada beli untuk korang juga. Dah tahu korang bukan pandai membeli pun. Beli benda penting je. Untuk diri sendiri tak fikir," balas Insyirah tidak mahu kalah.

Andi buat muka bosan. Dah mula dah dua makhluk ni. Bab-bab berdebat, memang Insyirah dengan Danish. Rasa mahu lagakan saja kepala biar sel otak sama-sama berhubung.

"Perempuan tak pernah salah." Danish gulingkan bola mata.

"Lelaki selalu nak menang." Insyirah memberi jelingan tajam.

"Kesudahannya, dua-dua sama je." Andi menggeleng sebal. Dia berjalan di tengah-tengah antara Danish dan Insyirah menuju ke kaunter.

"Dahlah. Jom bayar." Dianne menepuk bahu Danish. Lengan Insyirah ditarik pergi.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang