“Okey, okey sedia. 1... 2... 3!” Gambar diambil sebaik sahaja butang kamera ditekan.
“Sini nak tengok,” pinta Asrul. Manalah tahu ada yang buat muka hodoh dalam gambar.
“Oi Paan! Senyum sikit. Dalam banyak-banyak muka dalam gambar ni, muka kau je tak ada reaksi. Dengan Wana boleh pula senyum lebar kemain,” ujar Asrul.
Tidak semena betisnya menerima sepakan daripada Farhan. Kuangjo panggil Paan!
Wana sudah mengemam bibir. Halah! Malu-malu kucing pula bila namanya disebut. Tapi betullah, kebelakangan ini Farhan senang tersenyum di hadapannya. Apa hal depan orang lain payah pula nak senyum?
“Kau tak tahu lagi ke? Farhan ada wajah handsome. Senyuman tu kira bonus, tapi bonus untuk Wana je.” Ashraff hambur tawa melihat jelingan Farhan.
Ada juga yang kena baling dengan pasu bunga.
“Euw! Aku lagi handsome!” Kata Asrul.
Syah, Danish dan Ashraff serentak buat-buat nak muntah mengundang tawa daripada Dianne dan Wana. Adoi! Sel otak tiga orang ni berhubung agaknya. Boleh pula buat serentak.
“Kawan aku memang baik. Sabar Asrul. Kawan-kawan kau semua baik. Baik tapi tak guna!” Asrul mengusap dada. Tiga lawan satu, pergh!
“Jom-jom ambil gambar. Semua senyum. Siapa tak senyum, kau hempap je orang tu Asrul,” ujar Ashraff.
“Aku harap, aku tak terbang lepas hempap orang tu.”
Mereka mengambil posisi semula. Wana memandang Farhan sesaat. Tangannya bergerak menyenggol lengan Farhan.
“Senyumlah,” kata Wana separa berbisik.
“Okey sedia, 1... 2... 3!” Jurukamera menangkap gambar lagi. Banyak keping pula tu, namun Farhan tetap dengan posisinya. Tidak seperti orang lain, bermacam-macam gaya dibuat.
Asrul membelek gambar-gambar yang telah diambil. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
“Patutlah aku bau benda manis tadi. Rupa-rupanya ada orang tu senyum sambil tengok bini je dalam gambar,” ujar Asrul.
“Banyak songeh.” Farhan buat mimik muka malas. Adam yang sedari tadi didukung dipandang sekilas. Senyap sahaja si kecil itu walaupun tidak tidur.
“Jom pergi makan,” ajak Farhan. Tangan Wana dipegang lalu mereka berjalan seiring.
Langkah Wana terhenti apabila terasa bahunya dipegang. Kepala ditoleh ke tepi. Bibir melorek senyuman melihat gerangan tersebut.
“Opah. Opah sihat?” Tegur Wana.
Mak Cik Iha merupakan opah kepada Ashraff. Memang kenal la mereka, cuma jarang jumpa.
“Sihat. Opah dengar Wana kahwin dengan Farhan. Bahagia tak?” Ramah sungguh nadanya. Sepasang mata itu naik memandang wajah Farhan.
Walaubagaimanapun, Farhan ialah saudara jauh Ashraff dan juga merupakan kawan Ashraff. Mana tidaknya berita itu tersebar di pendengarannya.
“Bahagia opah.”
“Baguslah.” Bahu Wana ditepuk lembut beberapa kali. Turut bergembira untuk wanita itu.
“Opah masuk dulu,” kata Mak Cik Iha. Sambil dipimpin Izzah, dia beredar ke dalam.
•••
Kerusi ditarik lalu Insyirah labuhkan punggung. Petang-petang sebegini, lepak sekejap bawah kanopi depan rumah Asrul. Geng pun ramai.
“Makan apa?” Tegur Ashraff.
“Kacang tanah rebus. Nak?” Plastik dihulur kepada Ashraff. Alang-alang terjumpa, belilah terus makanan kegemarannya itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...