BAB 06

4.2K 173 3
                                    

Plastik berisi bawang dan kacang tanah diletak di atas meja. Kemudian, Izam duduk berhadapan Wan Deejah. Dia juga merupakan cucu kandung Wan Deejah. Hanya Wana, Syah, Aiman dan Fatisha sahaja cucu angkat.

Fatisha ialah anak yatim piatu yang tiada seorang pun adik-beradik. Manakala Wana, Syah dan Aiman pula adik-beradik kandung yang kehilangan ibu bapa dalam kebakaran.

Disebabkan Wan Deejah berasa sunyi di rumah dan kebetulan pula terjumpa mereka berempat di tepi jalan sedang kelaparan, jadi dia membawa pulang mereka.

Menjaga dan mendidik bagaikan cucu sendiri. Alhamdulillah masing-masing menjadi seorang yang baik. Langsung tidak meninggalkan dia bersendirian serta sunyi di rumah. Perihal Wana pula di belakang ceritalah memandangkan kejadian itu belum terbongkar sepenuhnya.

"Wana tak tolong tok wan ke malam ni?" tanya Izam. Hairan Wana tidak kelihatan membantu Wan Deejah di dapur.

Wanita itu sejak berumur 11 tahun selalu membantu Wan Deejah menyediakan bahan-bahan nasi lemak. Esoknya tinggal Wan Deejah memasak dan menghantar ke kedai sajalah.

"Tadi dia cakap nak ambil kasut dekat luar. Lama pula perginya. Cuba Izam pergi tengok," suruh Wan Deejah.

Izam tidak membantah malah keluar melalui pintu dapur. Pandangan diliarkan ke sekeliling. Tiada pula kelibat Wana di mana-mana.

"Wana? Wana..." panggil Izam. Kepala dipalingkan ke arah Wan Deejah.

"Tak ada pun tok wan," kata Izam.

"Cuba tengok dekat dalam. Ketuk pintu bilik dia sekali kalau tak jumpa." Ujar Wan Deejah.

Izam menurut. Langkah diatur ke ruang tamu. Sempat dia melihat-lihat di dalam bilik Wana memandangkan pintu bilik Wana sudah terbuka luas.

"Korang ada nampak Wana?" tanya Izam.

"Tak ada. Bukan ke dia dengan tok wan?" Tutur Ashraff.

"Tok wan cakap dia pergi ambil kasut dekat luar tadi, tapi aku dah tengok. Tak ada pula dia. Dalam bilik pun tak ada." Ujar Izam.

Rasa risau mula menerpa diri Syah serta Qisya. Malam-malam seperti ini, Wana ke mana pula?

"Aku pergi cari sekejap. Qisya, tadi cakap nak balik, kan? Jom, aku hantar sekali." Kata Syah.

"Tapi Wana tak jumpa lagi. Aku teman kau cari."

"Tak payahlah. Dah malam dah ni. Jom, cepat. Aku hantar kau balik." Syah mencapai beg sandang Qisya lalu disangkutkan ke bahu. Tidak mampu membantah lagi, Qisya hanya mengikut langkah Syah.

"Meluat betul aku dengan dua ketul manusia ni. Sempat duk sweet-sweet depan orang single." Asrul muncungkan mulut. Tak puas hati aih!

"Kau tengokkan Adam dengan tok wan. Aku pergi ikut Izam cari Wana." Adam dalam dukungan diserah kepada Asrul. Setelah itu, Farhan bergegas keluar dari rumah. Beberapa hari di rumah Wan Deejah, sedikit sebanyak Farhan dapat mengenal jalan di sekitar kampung itu.

"Kalau Wana keluar seorang, aku tak rasa dia akan jalan jauh. Tapi kalau si Arifah tu main kotor, aku tak tahulah..." ujar Izam.

Kakinya melangkah laju ke arah rumah Mak Una. Tiba sahaja, pintu rumah Mak Una diketuk beberapa kali disertakan laungan salam. Farhan di sebelah hanya mendiamkan diri.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang