BAB 43

3.4K 117 4
                                    

Dahi berkerut halus memandang ke arah Qisya. Pintu bilik ditutup, kemudian dia berjalan mendekat. Risau pula dia tengok wajah si isteri sembab.

Tanpa kata, tubuh Qisya ditarik ke dalam pelukan. Tangannya mengusap perlahan kepala Qisya.

“Kenapa Syah?” Tanya Qisya, hairan.

“Kau kenapa hari ni hm? Aku ada buat salah ke?”

“Hah? Syah, jangan cakap kau cari bakal madu diam-diam belakang aku. Tiba-tiba je tanya kau ada buat salah ke tak. Takut kantoi eh?” Qisya mendongak. Menyepet matanya memandang ke arah Syah.

“Merepek apa? Kau dera aku tiap malam pun, aku tak pernah terfikir nak cari bakal madu. Aku tanya sebab ni... muka kau macam baru nangis. Kau nangis ke? Itu yang aku tanya.” Tuturnya seraya mencubit dagu Qisya.

Selang beberapa saat, air yang membasahi pelipis Qisya dilap. Baru basuh muka agaknya. Basah satu muka dan anak rambut.

“Mana ada. Selesema laa. Aku rasa hingus aku macam nak keluar pula. Lepas! Aku nak cari tisu.” Pelukan Syah cuba dirungkai.

“Sini.” Bahagian hujung baju diselak naik. Kemudian Syah memicit hidung Qisya lalu dilap lembut.

“Kotorlah baju. Nanti jangkit selesema, padan muka!”

“Aku tak mandi lagi. Tak apa.” Syah ketawa kecil.

“Patutlah bau busuk.”

“Eh! Yang busuk ni laa yang kau paling sayang.”

“Yakinnya!” Qisya senyum mengejek.

“Yakin sayang.” Hidung digesel dengan hidungnya.

“Uish! Silap masa! Tak apalah, teruskan buat cicit untuk tok wan. Tak kacau dah!” Wan Deejah menutup pintu kembali. Memang silap dia buka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Syah pun satu! Pintu tak kunci! Ish!

“Yang bukan-bukan pula tok wan ni.” Qisya sudah pamer mimik muka tak percaya.

“Kenapa pula bukan-bukan?”

Suara Syah membuatkan Qisya toleh ke depan kembali. Tersentak kecil dia melihat senyuman miang Syah. Ditambah pula dia masih berada dalam dakapan lelaki itu.

Ah sudah!

Air liur diteguk apabila Syah mendekatkan pipi bersebelahan wajahnya.

“Memandangkan tok wan nak cicit, elok kita berusaha sikit.” Bisik Syah. Sengaja dia sentuhkan pipinya dengan pipi Qisya.

Rasa ingin ketawa cuba ditahan melihat wajah cuak Qisya.

“Auch!” Qisya mengaduh kesakitan apabila Syah selamba menggigit pipinya. Fikir pipi dia ni roti pau untuk sarapan ke?

“Bye! Aku mandi dulu!” Laju Syah merungkai pelukan. Kalut dia mencapai tuala. Nak larikan diri daripada terkena ngauman mak singa punya pasal.

“Qisya!” Syah yang muncul kembali di muka pintu mengejutkan Qisya yang mahu melangkah keluar. Spontan dia berundur ke belakang selangkah.

“Aku tak gosok gigi lagi tadi. Itu je nak bagitahu.” Sengihan tak bersalah dipamer. Dia kembali lari ke bilik air.

Sementara Qisya sudah membulatkan mata. Rasa macam gunung berapi nak meletus sahaja.

“Syahrul Nadhim!” Jerit Qisya. Sakit hati!

“Astaghfirullah!” Hampir saja Wan Deejah melambung biskut kering yang mahu dicecah ke dalam air akibat terkejut. Mata dipejam sesaat. Terasa laju jantungnya berdegup.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang