Jauh menungan dibuang memikirkan tentang hidup. Tidak lupa tentang keluarga yang jauh nun di sana. Agak-agak bagaimana keadaan mereka sekarang? Mahu bertanya khabar, di sini tiada talian internet.
Nia menoleh apabila sebatang lolipop dihulur oleh seseorang. Mulut mendecit perlahan melihat Izam bertinggung di sebelahnya sambil tersengih-sengih.
“Jom kahwin,” ajak Izam.
Nia buntangkan mata. Makin serius pula gurauan manusia seketul ni.
“Kau nak rasa penendang aku ke?”
“Main-main sikit tak boleh. Garang betul doktor cantik seorang ni.” Izam juihkan bibir, kemudian dia tersengih semula. Daripada bertinggung, dia duduk. Kaki dibiar terjuntai di birai titi kayu itu.
“Apa yang kau cakap tu tak boleh dibawa main-main. Jangan buat gurauan macam tu dekat orang lain dah.”
“Kenapa? Kau cemburu eh?”
“Tak ada masa!” Nafi Nia walhal dadanya sedang berdetak laju ketika ini. Aish! Izam ni sejak bila dia ambil alih rentak jantungnya? Tak terkawal kejadian saat mereka berhampiran.
“Yalah tu. Tapi apa yang aku cakap tadi, aku maksudkannya dekat kau. Takkanlah kau tak sudi? Aku handsome kot!”
Nia hambur tawa.
“Kenapa aku tak nampak pun kehenseman kau tu? Perasan betul mamat ni.”
“Auch! Kasar betul jarum yang menusuk hati.” Izam memegang dada sambil muka dikerutkan acah kesakitan.
“Geli betul!”
Mendengar kata-kata Nia, Izam ketawa kecil. Lolipop tadi kembali dihulur.
“Nah, makan. Kau dah penat seharian. Rehat sekejap.”
“Kalau aku ambil ni, tak bermakna aku nak kahwin dengan kau, kan?”
“Maknanya kau nak kahwin dengan akulah. Kan aku hulur lolipop ni sambil ajak kau kahwin.”
“Kalau macam tu, aku tak nak! Kau kahwin seorang. Jangan kacau aku. Shuhh! Shuhh!” Tangan dikipas, menghalau Izam pergi. Hangat terasa wajahnya.
“Aku gurau je. Seronok usik kau. Nah ambil.”
Nia menjeling geram. Lolipop yang dihulur akhirnya diambil. Dia memang memerlukannya sekarang ini. Penat membuatkan dia mahu makan sesuatu yang manis.
“Kau betul-betul tak nak kahwin dengan aku?” Izam mengaju soalan. Manalah tahu ada rezeki untuk dia kahwin tahun depan.
“Tak nak.”
“Kenapa tak nak?”
“Sebab aku tak nak.”
“Tak apa. Nanti aku usaha pikat kau lagi.” Dada ditepuk. Yakin dia mampu memikat Nia.
“Kenapa kau nak pikat aku?”
“Sebab harta kau. Apa kau ingat ni drama? Tanya lagi.” Izam mencebik.
“Aku rasa nak sebat kau dengan selipar.” Renungan tajam diberi.
Wajah segera dikalih ke arah lain apabila Izam mengenyit mata. Dahsyat sungguh serangan Izam. Rasa nak gugur jantung. Dapat dia dengar tawa kecil daripada lelaki itu.
Seronok eh?
“Tolong!” Sayup-sayup kedengaran suara seseorang meminta tolong. Izam dan Nia meliarkan pandangan, mencari punca bunyi.
“Kau dengar?” soal Nia. Manalah tahu petang-petang nak senja seperti ini dia tersalah dengar.
Izam angguk seraya berdiri. Langkah diatur pergi mencari gerangan yang meminta tolong tadi. Nia di belakang turut mengekori.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...