BAB 33

3.5K 133 4
                                    

"Kau cakap apa dengan Insyirah?" Mata Ashraff memerhati Insyirah yang menutup pintu wad dan keluar.

"Rahsia." Sepatah dibalas Farhan membuatkan Ashraff mendecit geram. Main rahsia-rahsia pula dengan tunang aku! Aku luku pala kau kang, biar tak sedarkan diri balik.

"Aku takkan tikam belakang kau. Jangan risau," tutur Farhan. Mata digulingkan malas.

"Iya, ya je kau."

Ashraff gagau poket seluar apabila getaran terasa. Skrin yang menyala dengan nama Amsyar dipandang sebelum butang jawab ditekan. Terpapar wajah Amsyar tersengih-sengih membuatkan Ashraff pandang meluat.

"Gigi kau kuning. Tak payah sengihlah, hodoh!" Hambur Ashraff.

Terus masam muka Amsyar. Gigi dia punyalah putih, dikatakan kuning pula. Lagipun sengih itu dikira satu sedekah juga. Ada-ada saja Ashraff ni.

"Kuning pala kau! Rabun buat cara rabun. Gigi aku punyalah putih macam...."

"Gigi lembu!" Ashraff bantai ketawa, namun nadanya masih terkawal agar tidak menganggu pesakit lain. Sempat dia sepetkan mata acah-acah rabun.

Menganying sungguh!

"Gigi kau tu gigi lembu! Aku pang kang budak ni! Mentang-mentang dah tunang." Marah Amsyar. Tak puas hati betul dia.

"Kau buat panggilan video dengan aku sebab nak gaduh je ke?" Mimik muka malas ditayang.

"Taklah, aku nak tanya pasal Farhan. Rindu ni." Selamba Amsyar berkata. Dia ketawa kecil apabila Ashraff buat-buat nak muntah.

"Patutlah bujang lagi. Belalang kunyit rupanya." Ashraff menggeletik geli.

Makin kuat Amsyar ketawa. Ada dia kisah?

Telefon diberi kepada Farhan. Setelah itu, sebiji limau dicapai dan dikupas. Biarlah buah-buahan tu untuk Farhan yang sedang sakit sekalipun. Dia tengah haus dan lapar! Ambil makan sajalah.

"Dah nak kahwin pun kau tunjuk muka macam tu. Bukan kacak pun! Senyum sikit," suruh Amsyar.

Farhan tarik bibir, menayang barisan giginya. Amsyar sudah mengerutkan wajah. Senyum tak nampak macam senyuman langsung! Seram adalah.

“Hodoh! Tak ikhlas langsung senyum.”

“Banyak songeh,” komen Farhan.

“Kau jadi akad minggu depan?” Soalan Amsyar dibalas anggukan. Memanglah dia terlantar sekarang, namun dalam masa seminggu itu mungkin sakitnya sudah kurang.

“Kenapa? Kau nak datang?”

“Tak. Tak sempat sebab aku ada luar negara lagi. Majlis sanding nanti aku datanglah. Jangan rindu aku pulak!” Amsyar ledakkan tawa di akhir ayat.

Biar dia nampak macam perasan seorang diri pun, dia tak kisah. Mana tahu jauh di sudut hati mereka betul-betul sedang merindui dirinya. Hahahah!

“Tak ada masa.” Farhan beri telefon kepada Ashraff semula. Malas dia mahu melayan perangai tak betul Amsyar.

Kalau Ashraff dan Asrul sengal, Amsyar dua kali lipat sengal. Lagi teruk!

“Mana tunang kau? Tak nak tunjuk rupa dia ke?” Amsyar kecilkan mata. Harapkan Ashraff tunjuk gambar dalam sembang kumpulan, memang tidaklah. Dekat media sosial pun tak pernah kongsi sebarang gambar.

“Tak nak.”

“Bagitahulah nama.” Amsyar mendecit. Apa punya kawanlah macam ni? Macamlah dia nak rembat tunang kawan sendiri sampaikan nama pun tak nak bagitahu.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang