BAB 61 : EPILOG

4.4K 147 12
                                    

Wana yang menunduk perlahan-lahan mengangkat wajah. Farhan dipandang. Lelaki itu hulur tangan bersama senyuman manis di bibir. Lantas, huluran tangan itu disambut. Hari ini, hari bahagia mereka setelah melalui bermacam-macam perkara.

Siapa sangka pertemuan mereka di London, kemudiannya di rumah Wan Deejah membawa mereka sehingga ke tahap ini. Mengingat kembali, perkara itu dirasakan seolah-olah mimpi sahaja. Namun, itulah realiti yang mereka hadapi sebelum ini.

“Menawan senyuman! Dengan kami kedekut macam mulut kena jahit!” Ujar Amsyar. Bibir dijuih di akhir kata.

“Kaulah tukang jahit tu,” kata-kata Asrul mendapat jelingan daripada Amsyar. Menuduh pula.

Cubit nanti!

“Bergambar jom!” Ajak Danish. Kamera yang dipegangnya dilepas kepada orang lain seketika. Dia dah jadi jurugambar tak berbayar hari ini. Nak juga digambar bersama pengantin.

“Uih Amzar! Baru sampai ke?” Tegur Ashraff. Amzar di hadapan pintu tersengih dan mengangguk.

“Hadiah kau dengan isteri.” Dua beg kertas diletak di tepi dinding.

“Aku lupa nak bagi hadiah aku.” Terkocoh-kocoh Amsyar berlari ke luar rumah. Tidak sampai dua minit, dia masuk semula ke dalam rumah membawa sebuah kotak berbalut.

“Wuih! Besar gedabak hadiah dia,” tutur Asrul.

“Hadiah dia mesti bukan biashe-biashe.”

“Em.” Asrul mengangguk beberapa kali, menyokong kata-kata Ashraff. Macamlah tak tahu perangai Amsyar macam mana.

“Apa benda dekat dalamnya?” Andi kerutkan dahi. Teringin pula nak tahu.

“Ada bantal peluk dengan selimut. Kalau-kalau kau kena halau keluar bilik, selamat kau ada benda ni. Aku bagi bantal peluk kotlah kau rindu nak tidur sambil peluk bini haa.... Bini kau pula merajuk. Asila... peluk bantal.” Amsyar tersengih.

Dia ketawa kecil apabila berjaya mengelakkan diri daripada ditendang Farhan. Hadiah tu elok sahaja, tapi geram pula dengar kata-kata Amsyar.

“Aku nak keluar dulu Han. Ada apa-apa hal, call.” Pamit Ashraff.

“Nak pergi mana?” Amsyar bercekak pinggang.

“Hisap rokok.”

Amsyar juih bibir. Baru nak ikut, tapi kalau Ashraff nak hisap rokok, baik tak payah. Tak pasal-pasal dia terikut nak hisap sekali. Tahu dek Datin Farah, mampus dia kena bebel pakej sepit ketam.

“Kenapa? Nak ikut merokok sekali?” Ashraff tayang sengihan.

“Eh kau ni! Sengaja kan?” Amsyar ketap gigi. Punggung Ashraff ditendang geram. Kalau tak difikir majlis orang, dia dah smackdown Ashraff.

Ashraff buat muka. Tidak dihiraukan Amsyar yang cemberut, dia berjalan pergi. Jauh dari kanopi dan keramaian orang, di bawah satu pokok redup dia duduk bertinggung.

Asap rokok dihembus ke udara. Bersendirian seperti ini mengingatkan dia kepada Insyirah. Alangkah bagusnya kalau Insyirah masih ada. Pasti gadis itu gembira melihat Wana bersanding.

Jujur, Ashraff rindukan senyuman bidadarinya itu. Senyuman itu... tidak akan pernah dapat dilihatnya lagi.

Tubuh disandarkan pada batang pokok. Saat satu huluran ditala ke depan wajah, Ashraff lantas mendongak.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang