BAB 42

3.5K 123 2
                                    

"Uhuk! Uhuk!" Farhan terbatuk-batuk sambil memegang dada. Air liur berdarah di dalam mulut, diludah ke luar.

"Tuan! Tuan tak apa-apa?"

Farhan menggeleng sebagai balasan. Budak kecil yang dibawa keluar diserahkan kepada salah seorang anggota pasukan khas di situ.

"Uruskan dia."

"Han! Kau gila ke apa? Bodoh!" Marah Ashraff. Tumbukan dilayang ke muka Farhan. Tidak habis dengan itu, Ashraff menendang Farhan pula. Marah sungguh dengan tindakan Farhan.

"Sakitlah!"

"Tahu pula sakit! Kau masuk ke dalam tu, boleh melayang nyawa kau tadi. Nasib baik sempat keluar. Eee geram!"

"Kau geram nanti-nanti sajalah. Lelaki tu tengah umpan Wana pergi dekat dia. Aku tak tahu apa yang Wana buat sekarang." Skrin telefon kembali ditekan. Farhan cuba untuk menghubungi Wana.

"Dia tak jawab?" tanya Ashraff.

"Telefon dia dimatikan." Farhan mendail nombor Puan Zulaikha pula. Harap-haraplah mamanya itu jawab panggilan dia.

"Farhan! Anak mama...." Suara Puan Zulaikha kedengaran seakan ingin menangis sahaja. Risau sungguh akan keselamatan Farhan.

"Farhan baik-baik je mama. Jangan risau. Em Wana ada dekat rumah tak?"

"Arshad cakap dia nampak Wana keluar. Mama risau, jadi mama suruh dia ikut Wana. Tak tahulah Wana pergi mana. Telefon dia dimatikan."

"Tak apalah mama. Farhan call Arshad sekarang." Talian ditamatkan setelah itu. Farhan perlu bergegas. Nyawa Wana dalam bahaya.

"Wana keluar. Rasanya, dia betul-betul ikut apa yang lelaki tu suruh." Tutur Farhan.

"Kau tahu dia ke mana?" Soalan Ashraff dibalas gelengan.

"Tapi Arshad ikut dia. Arshad mesti tahu dia pergi mana. Aku nak cari Wana dulu."

"Aku ikut sekali."

"Kau boleh tahan lagi ke?" Farhan memandang Ashraff dari atas ke bawah. Teruk wajah lelaki itu dibelasah hingga lebam sebelah mata.

"Kau nampak aku lemah sangat ke?" Ashraff menjeling.

Selamba Farhan hamburkan tawa membuatkan Ashraff berasa semakin menyampah. Sempat lagi ketawa saat-saat macam ni. Kalau lelaki lain yang ada dekat tempat Farhan, mahu meroyan sebab nyawa isteri dalam bahaya.

"Dah jom! Sambung membebel balik nanti. Mulut macam mak nenek." Farhan melangkah ke depan.

"Kawan tak guna!" Dengus Ashraff. Tahulah dia membebel kalah Puan Zulaikha. Hampir sama tahap dengan Tengku Ahmad pula tu.

Farhan sendiri keliru, dia atau Ashraff sebenarnya anak Tengku Ahmad? Perangai sama sahaja dua orang itu. Dia... jauh sekali bezanya.

•••

Nasi goreng dicedok ke dalam pinggan. Syah memandang ke arah pintu dapur seketika apabila seseorang berjalan masuk.

“Lewat sarapan,” tegur Asrul. Dia ketawa kecil melihat rambut serabai Syah. Mesti baru bangun.

“Mana Qisya dengan tok wan?”

“Qisya hantar tok wan pergi klinik. Dah lama kau datang?”

“Baru je. Qisya buli kau lagi ke sampai bangun lewat macam ni?”

“Dia suruh aku teman dia makan pukul 2 pagi. Habis makan, teman tengok TV pulak. Tertekan betul aku.” Syah mendengus perlahan. Penat sungguh dirasakan. Lagi-lagi hari kerja. Kalau tak ikut apa yang Qisya nakkan, mahu merajuk seminggu isterinya itu.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang