BAB 24

3.8K 144 5
                                    

Pinggan berisi nasi diagih kepada setiap orang. Setelah itu, Wana duduk di atas kerusi. Asrul yang berada di muka pintu dapur dipandang.

"Eh, abang masuklah. Dah makan?" tegur Wana.

"Dah makan dah. Aiman mana? Syah kata budak tu nak balik asrama hari ni. Dia minta tolong aku hantarkan." Asrul menuang air ke dalam gelas lalu meminumnya. Dahaga pula.

"Ada tengah kemas barang-barang dia," balas Wana. Adam di riba ditukar posisi.

"Hari ni kemas-kemas pergi mana?" Wan Deejah menyoal. Jarang cucunya itu berpakaian segak melainkan hendak ke bandar. Selalu T-shirt biasa dengan seluar panjang berlipat hingga betis yang dipakai. Waktu malam berkain pelikat. Kali ini kemas berseluar jeans dan T-shirt baharu.

"Hantar mak dengan ayah pergi klinik tadi. Kacak tak Asrul?" Asrul sengih seraya menjongket kening.

"Kacak lagi tok aki." Balasan Wan Deejah membuatkan Asrul juih bibir.

Arshad yang mendengar sudah ketawa kecil. Haloh! Perangai Wan Deejah macam dua kali lima Tengku Ahmad je.

"Tok wan selalu macam tu. Terima sajalah hakikat, Asrul cucu tok wan paling kacak."

"Kalau kacak kenapa bujang lagi?" Bidas Wan Deejah.

Terasa lemah lutut Asrul. Pergh! Bagaikan peluru berpandu mengenai hati ayat Wan Deejah. Hancur-sehancurnya! Diremehkan pula kerana bujang.

"Tok wan ni.... Asrul tengah cari bakal binilah ni. Tapi nak cari yang ikut syarat Asrul tu susah. Kebanyakan perempuan yang Asrul kenal nak kerja dekat bandar. Asrul tak boleh terimalah." Kerusi ditarik lalu dia duduk. Mimik wajahnya terlihat sedikit pasrah ketika ini.

"Syarat apa pula? Cuba bagitahu tok wan. Mana tahu tok wan boleh kenalkan mana-mana anak kenalan tok wan."

"Syarat dia tak banyak. Yang boleh terima Asrul seadanya. Paling penting, akan menetap di kampung ni. Memandangkan Izam belajar lagi, memang mak dengan ayah Asrul kena utamakan. Tok wan sendiri tahu mak sakit. Ayah tu bukan boleh berjalan sangat." Ujar Asrul.

"Tak susah pun. Leceh bagi tok wan! Petik jari je bersusun senarai nama dalam kepala haa...."

"Alhamdulillah! Bakal merasa nasi minyak Abang Asrul tahun ni." Tutur Wana. Dia hambur tawa saat melihat muka cemberut Asrul.

"Menda kau! Usik aku pulak!" Asrul mencebik.

Wana semakin galak ketawa. Bukan selalu dia dapat usik Asrul kerana lelaki itu ada saja bahan untuk menyakatnya.

"Nanti tok wan tengokkan mana satu bagus. Lepas tu cubalah kenal-kenal," kata Wan Deejah.

"Err tak payahlah tok wan. Tak sedia lagi."

"Ah tak ada, tak ada! Nanti jumpa dengan dia. Tak sedia apanya?" Wan Deejah hela nafas. Macam-macam pula.

"Mampuslah!" Asrul buat-buat lembik ingin pengsan. Ingatkan tadi nak berdebat dengan Wan Deejah saja-saja je. Entah bagaimana boleh terpesong ke topik bakal isteri. Tak memasal Wan Deejah cadangkan calon untuknya.

"Bertenang dulu bang. Tengok dulu calonnya kena tak dengan apa yang abang nak. Kalau tak nak, tolak elok-elok. Kalau kena, merasalah abang ada pasangan. Tak kena gelar bujang dah." Wana ketawa kecil di akhir ayatnya.

"Apa-apa jelah. Lari dulu!" Asrul berlari anak ke ruang tamu. Wan Deejah menggeleng perlahan.

"Arshad, angah suruh seseorang hantar kau balik. Kemas barang siap-siap," ujar Farhan yang sedari tadi diam.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang