BAB 20

3.8K 146 2
                                    

Kepala dijengul keluar dari belakang rumah Mak Una. Semalaman dia tunggu di dalam semak belakang rumah untuk menunggu tibanya waktu pagi. Waktu pagilah peluang untuk dia mendekati Wana kerana semua orang pergi bekerja.

“Mampus kau hari ni!” Gumam Arifah. Langkah diatur laju ke belakang rumah Wan Deejah. Tingkap yang terbuka menjadi sasarannya untuk masuk ke dalam. Dia tahu, berisiko tinggi dia akan tertangkap jika dia menggunakan pintu.

Ikmal sudah memberi amaran awal-awal kepadanya bahawa ada dua orang polis berpakaian biasa sedang memerhati di kawasan itu.

Pintu bilik Wan Deejah dibuka. Sejenak Arifah memerhati bagi memastikan tiada orang lain di rumah selain daripada Wana. Langkah diatur ke arah dapur apabila telinganya menangkap bunyi bising.

“Dekat sini kau budak.” Arifah tarik senyuman sinis.

“Siapa tu?” Suara Wana kedengaran dari arah belakang. Senyuman Arifah terus hilang digantikan dengan mimik muka benci.

“Perampas tak guna!” Serentak badan dipusing, tamparan kuat diberi sehingga Wana hampir terjatuh. Tidak cukup dengan itu, Arifah menendang perut Wana bertubi-tubi.

Wana sudah mengerang kesakitan. Perutnya senak. Pipinya pedih dan sakit.

“Kau layak dapat tu. Disebabkan kau, Ikmal tak cintakan aku!” Turun naik dada Arifah menahan amarah. Muka Wana ditendang sebelum dia pergi mengambil Adam.

“Kau nak buat apa dengan Adam? Lepaskan dia!” Jerit Wana. Mahu berdiri, namun tubuhnya terasa sakit membuatkan pergerakan dia agak terbatas.

“Tamatkan riwayat dia. Senanglah hidup kau lepas ni. Tak perlu terbeban dengan anak luar nikah ni bila kau cari lelaki lain.” Arifah ketawa. Seperti psiko sahaja lagaknya ketika ini.

“Berhenti! Arifah berhenti!” Jerit Wana apabila Arifah berjalan pergi. Dengan sekuat tenaga, dia cuba berdiri. Langkah dilajukan ke arah pintu dapur untuk mengekori Arifah.

“Tolong! Tolong! Arifah ambil anak saya!” Jerit Wana setibanya di pintu dapur.

Tiga orang jejaka berpakaian biru tua berlari ke arah yang berlainan. Dua orang lari ke arah Arifah manakala seorang lagi ke arahnya.

“Cik Wana tak apa-apa?”

“Tak apa-apa. Kejar Arifah! Dia ambil anak saya,” cemas Wana berkata.

“Cik jangan risau. Dua rakan saya tengah kejar Cik Arifah. Mohon pertolongan cik untuk hubungi keluarga cik. Minta mereka pulang dan temani cik.” Ujarnya.

Wana angguk. Sambil dipapah oleh lelaki itu, dia berjalan ke ruang tamu. Telefon diambil lalu nombor Syah dihubungi.

Sementara itu, Arifah masih meneruskan larian ke dalam hutan. Tangisan Adam dan nafas mengahnya kedengaran. Arifah cuak apabila dia sudah di penghujung jalan. Di hadapannya terdapat sungai yang airnya agak deras.

“Berhenti! Serahkan diri sekarang!” Pengawai polis itu turut termengah-mengah. Pistol diacu ke arah Arifah.

“Kau dekat, aku bunuh budak ni.” Ugut Arifah. Pisau di tangan diletak pada dada Adam.

“Bertenang cik. Lepaskan Adam sekarang!”

Bang!

Satu tembakan dilepaskan ke arah pengawai polis tersebut dan mengena dada. Salah seorang daripada pengawai polis itu turut melepaskan tembakan.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang