BAB 23

3.8K 148 4
                                    

Langkah dihentikan tepat di hadapan kereta. Mata Farhan tajam memandang cermin gelap. Tangan yang memegang pistol diletak ke belakang badan. Empat orang lelaki keluar dari kereta tersebut. Masing-masing memegang senjata berupa parang dan kayu.

"Kau siapa? Siapa hantar kau?" Farhan menyoal.

"Mampus kau hari ni!" Kayu dihulur ke depan lalu dia berlari ke arah Farhan.

Bang! Farhan lepas tembakan.

"Tak guna!" Tiga orang lelaki tadi turut mara ke arah Farhan. Tidak sempat Farhan hendak lepaskan tembakan, tangannya terlebih dahulu dipukul menggunakan kayu. Pistol yang dipegang sudah tercampak ke bawah.

Farhan tersentak apabila sebilah pisau menusuk perutnya. Dengan sepenuh kudrat yang ada, kaki diangkat menendang perut lelaki tersebut. Langkah dihayun sepantas mungkin untuk mencapai kayu yang dipegang oleh lelaki yang telah mati ditembak olehnya tadi.

Lantas, kayu itu dihala ke arah lelaki-lelaki tersebut. Sedikit teragak-agak lelaki-lelaki itu cuba mendekati. Farhan kerutkan dahi melihat mereka seolah-olah memberi isyarat tentang sesuatu.

"Dianne, kau pandai bawa kereta?" tanya Ashraff.

"Pandai." Dianne laju mengangguk.

"Kalau kami berdua tak dapat selamatkan diri, pandu kereta ni pergi jauh dari sini. Abang dah hubungi polis untuk bantuan. Tak tahu bila mereka akan sampai," ujar Ashraff.

"Okey. Hati-hati abang," pesan Dianne. Ashraff angguk lalu keluar. Dianne beralih tempat duduk ke depan.

"Woi!" Jerit salah seorang daripada lelaki tersebut. Dia mara dengan kayu di tangan, memaksa Farhan untuk bergerak dan melawan. Sementara itu, salah seorang lagi lelaki berlari mengambil pistol.

"Han! Jaga-jaga!" Jerit Ashraff.

Bang! Tembakan dilepaskan serentak saat Ashraff menendang lelaki tersebut.

"Tak guna!" Ashraff menendang kedua-dua lelaki tersebut sehingga terbaring kesakitan di atas jalan. Lelaki yang masih memegang kayu itu pula ditembak pada bahagian kaki.

"Kau okey? Ke dah kritikal?"

"Calar je."

"Bahu kau memanglah calar, tapi perut kau tu dah berlubang kena tikam." Bebel Ashraff.

Tidak semena-mena dia mendapat jelingan tajam daripada Farhan. Membebel pula!

"Kau ada mood lagi nak cakap banyak? Selesaikan mereka cepat!" Betis Ashraff ditendang geram.

"Kau ada bawa tali?" tanya Ashraff.

"Rasanya ada. Cuba tengok dalam but kereta," balas Farhan tanpa menoleh. Pintu kereta dibuka.

"Dah selesai?" Dianne menyoal risau.

Farhan angguk mengiakan seraya masuk ke dalam kereta. Perut yang mengeluarkan darah ditekap. Sementara itu, Dianne berpindah ke belakang. Sempat dia memandang Ashraff yang sedang mengikat empat orang lelaki tersebut.

"Luka encik teruk?" tanya Wana.

"Tak. Jangan risau. Kenapa Adam tak berhenti menangis?" Farhan toleh ke belakang. Sejak pergaduhan tadi lagi dia dengar tangisan Adam.

"Terkejut agaknya." Wana menepuk sisi punggung Adam, cuba untuk menidurkan si kecil itu kembali.

Ashraff menutup pintu kereta sebaik sahaja masuk ke dalam. Pistol diberi kepada Farhan sebelum memulakan pemanduan.

"Kau dah uruskan dengan polis?" soal Farhan.

"Dah. Polis bawa mereka ke balai. Dua orang lagi polis bawa ke hospital," terang Ashraff. Kereta dipandu ke hospital berdekatan.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang