BAB 34

3.5K 134 3
                                    

Kaki diangkat lalu digoyang beberapa kali, membuang pasir pantai yang berselerak di atas kasut. Sesekali Nia menggerakkan buai kayu yang diduduk ke belakang dan ke depan. Angin di situ agak kencang sehingga pakaiannya tidak henti berterbangan.

Kepala dipalingkan ke kiri apabila ada bayang-bayang kelihatan duduk di buaian bersebelahan. Nia kerutkan dahi. Kebetulan atau apa? Kenapa dia asyik jumpa Izam bila tiba di kampung Wana?

“Woi, buat apa dekat sini?” Nia hentikan kaki yang bergerak menghayun buaian.

“Kebetulan pula. Ke kau memang tunggu aku dekat sini?” Izam lorek senyuman manis. Serius dia tak perasan akan kehadiran Nia. Terlalu asyik membaca buku di tangan barangkali.

“Tak ada masa! Kau tu ikut aku, kan?”

“Aku pun tak ada masa nak buat kerja yang tak ada faedah tu. Aku tunggu kawan beli makanan.” Izam kembali membelek helaian muka surat komik di tangan.

Dia paling suka baca komik. Tapi itulah... dia tak ada masa sangat nak baca sebab fokus belajar. Mesti capai target dahulu, barulah boleh bersenang lama sikit.

“Yalah tu.”

Arshania gagau beg silang tatkala deringan telefon miliknya kedengaran. Tanpa menunggu lama, panggilan tersebut dijawab.

“Waalaikumusalam. Ada apa Anne? Ada masalah dengan pesakit saya ke? Atau Doktor Eddie tak dapat handle?” Jam tangan dikerling sekilas. Angka menunjukkan baru sahaja lepas waktu tengahari.

Dia diam seketika mendengar penjelasan Anne. Matanya tanpa sengaja memandang ke arah Izam. Lelaki itu kelihatan tersengih-sengih membaca komik yang dipegang. Apa yang menggelikan hati pun tak tahu.

“Okey Anne. Terima kasih,” ucap Nia. Mendengar balasan daripada Anne, barulah dia menamatkan talian.

“Kau doktor?” tanya Izam. Wajah diangkat memandang seraut wajah Nia. Gadis itu mengangguk perlahan, mengiakan.

“Aku bakal doktor. Nampaknya kita bakal bersefahaman.” Izam ketawa kecil.

“Tapi muka kau tak nampak macam doktor pun.” Kata Izam lagi.

“Habis, nampak macam apa?”

“Nampak macam bakal bini aku,” selamba Izam membalas membuatkan mata Nia terbuntang.

Lelaki dekat depan dia ni baru buat pickupline ke apa?

“Tak waras!” Izam dijeling geram. Baru jumpa dua kali, dah tunjuk perangai. Lelaki macam ni memang patut dijauhi awal-awal!

“Aku gurau je. Kau nampak macam cikgu garang adalah.” Tawa kecil dihambur. Suka pula dia tengok reaksi Nia.

“Ish! Biarlah nampak macam apa pun. Bukan masalah kau.”

Izam juihkan bibir.

“Farhan mana? Kenapa kau seorang je dekat sini?” tanya Izam. Hairan juga tengok Nia seorang diri di sini. Arshad pun tak ada teman.

“Angah tak sampai lagi. Tengah tunggu dialah ni.”

“Ouh....” Izam terangguk-angguk tanda faham. Pandangannya dikalihkan ke arah Izmir yang berjalan menghampiri mereka. Penuh tangan lelaki itu memegang plastik air minuman serta makanan.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang