Hujung pen digigit. Mata masih tertala ke arah skrin projektor yang memaparkan beberapa maklumat.
“Suspek memang berkait rapat dengan kes serbuk beracun. Tanda dekat pergelangan tangan sama dengan tanda yang kita dapat beberapa bulan lalu,” ujar Megat Raiz.
“Maknanya, selain ketua mereka, sekumpulan lelaki berpakaian hitam tu pun ada tanda tu.” Ashraff silangkan tangan di dada.
Setelah beberapa bulan, baru mereka dapat petunjuk baharu. Dalangnya bukan calang-calang orang.
“Macam mana keadaan lelaki dekat hospital? Dah sedar?” soal Farhan. Matanya memandang ke arah Megat Raiz.
“Belum lagi. Doktor cakap, dia tengah kritikal.”
“Kalau dia sedar, mungkin kita akan jumpa petunjuk lain. Dia saja harapan kita sekarang,” kata Hezri.
“Dua lelaki yang ada tanda tu tak cakap apa-apa?” Ashraff kerutkan dahi melihat gelengan Hezri.
“Mereka macam mayat hidup. Lidah mereka tak ada. Dipotong agaknya. Satu lagi, mereka terlalu agresif. Macam tak faham bahasa kita pun ada. Jadi, kami tak dapat apa-apa daripada mereka kecuali tanda tu ” Jelas Azim.
“Lelaki yang berhutang tu, ada dapat apa-apa daripada dia?” Ashraff mengaju soalan lain.
“Tak ada apa-apa yang pelik. Lelaki tu cuma berhutang dengan lelaki dekat hospital tu,” ujar Azim.
“Okey. Buat masa sekarang, kita tunggu lelaki tu sedar dulu. Ada sesiapa nak cakap apa-apa lagi?”
“Tak ada tuan.”
“Mesyuarat ditamatkan. Bersurai,” tutur Ashraff.
Tercenggang mereka berempat melihat Farhan laju mengutip barang dan berlari keluar dari bilik mesyuarat. Laju sungguh!
“Aku taulah kau rindu bini! Laju betul lari!” Ashraff terjerit kecil. Terus terletus tawa Azim, Megat Raiz dan Hezri.
“Bini baru pergi berapa hari, dah macam tu gayanya. Aku dah sebulan lebih tak jumpa tunang, tak adanya nak kalut macam kau,” bebel Ashraff lagi.
Fail-fail di atas meja dikutip dan dikemaskan. Kurang asam betul Farhan! Tinggal kawan seorang diri dekat tempat kerja sebab nak balik jumpa isteri. Tahulah cuti sehari je. Dia pun nak balik kampung!
•••
Ashraff menggeliat kecil. Puas rasanya setelah tidur berjam-jam sepanjang perjalanan. Untunglah ada orang memandu pulang ke kampung. Boleh dia rehat sekejap setelah kerja tanpa henti selama berhari-hari.
“Kau nak balik rumah atau nak ikut aku pergi rumah tok wan?” Farhan menyoal.
“Balik rumah, aku nak sambung rehat. Dah nak sampai ke?”
“Pandang kiri,” suruh Farhan.
Ashraff menurut. Sengihan ditarik apabila melihat rumahnya terpampang di hadapan mata. Argh! Sampai juga akhirnya.
“Aku balik dulu. Terima kasih!” Beg galas di tempat duduk belakang diambil. Kemudian, bahu Farhan ditepuk beberapa kali sebelum keluar. Tak sabar rasanya nak berbaring di atas katil.
Farhan memusingkan stereng kereta. Pemanduan diteruskan sehingga ke pasaraya Pak Osman.
Langkah diatur ke dalam. Mata Farhan meliar ke barisan rak minuman. Sebotol air mineral dicapai. Setelah itu, dia beredar ke kaunter.
“Eh... Farhan rupanya. Tak cam masa masuk tadi. Baru balik?” Ramah Pak Osman menegur.
Farhan angguk seraya mengangkat sedikit topi hitam yang dipakainya. Senyuman nipis diberi kepada Pak Osman.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...