BAB 37

3.5K 144 6
                                    

Tangan membilas sayur-sayuran yang sedang dibasuh sambil bibir melorek senyuman. Telinga fokus mendengar bait bicara Farhan. Jarang sekali hendak mendengar lelaki itu berbicara banyak.

“Masa tu Farhan gugup sangat. Farhan ambil masa tiga hari tiga malam nak siapkan surat tu. Farhan bimbang kalau-kalau Farhan ada tersalah cakap.”

“Sebab tu banyak sangat kesan conteng?” Wana angkat kepala, memandang ke arah Farhan. Serius dia rasa nak ketawa sekarang. Surat yang dia dapat memang ada cerita lucunya.

“Hm.” Farhan mengangguk. Setakat membongkarkan perihal surat itu, dia tak rasa malu. Baginya, untuk hidup bahagia bersama pasangan, haruslah jujur. Malas hendak berahsia untuk perkara yang kecil.

“Sebelum ni, Farhan tak pernah bagi surat dekat perempuan ke? Kecuali Wana.”

“Tak pernah. Pernah tengok surat cinta Ashraff masa sekolah menengah je. Menggelikan!” Tutur Farhan.

Disebabkan dia terbaca surat cinta Ashraff ketika itu, dia termuntahkan roti yang dia makan ketika waktu rehat.

Paling geli, surat yang Ashraff tulis untuk bekas kekasih. Bukan main sendu ayatnya! Insaf Farhan nak curi-curi baca surat Ashraff.

Wana hambur tawa. Dia tak sangka Ashraff jenis main surat cinta. Macam manalah reaksi Insyirah kalau dapat tahu tentang itu.

“Patutlah penulisan dalam surat Farhan buruk sangat.”

Farhan lorek senyuman. Hidung Wana dicuit menggunakan jari telunjuk.

“Apa yang Farhan tulis... bukan surat cinta. Tapi kalau Wana nak, Farhan boleh buat.”

“Tak naklah. Farhan tak ada perasaan dekat Wana. Jadi, jangan buat perkara sia-sia tu.”

Senyuman Farhan mengendur mendengar kata-kata Wana. Benar, dia tiada perasaan cinta terhadap Wana dan sekarang dia hanya menganggap wanita itu sebagai sahabat karib.

Untuk apa surat cinta diwujudkan antara mereka?

Serba salah pula terhadap Wana. Wanita itu layak mendapat seseorang yang menyayanginya sebagai seorang suami. Namun tak mengapa... dia akan cuba lagi.

“Eh... kicap dah habis. Wana lupa masa sediakan bahan tadi.”

“Biar Farhan pergi beli. Ada apa-apa lagi nak kirim?” Farhan melompat turun daripada duduk di atas kabinet.

“Em gula lagi satu. Dah nak habis. Itu aje.”

“Okey. Farhan bawa Adam tau? Biar dia tak kacau ibu buat kerja.”

Kunci kereta dicapai. Kemudian, Adam diangkat lalu dia berjalan keluar. Wana hanya memerhati tindak-tanduk Farhan sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan mata.

Tubuh disandar pada kabinet seraya menundukkan kepala. Wana hela nafas dengan mimik muka muram. Baru dua minggu usia perkahwinan mereka, namun dia sudah mengeluh.

Semuanya kerana perasaan. Dia takut, andai Farhan masih tidak menyayangi diri dia selayaknya seorang isteri, dia akan ditinggalkan. Apa yang akan terjadi kepada dirinya nanti?

Hatinya sudah sepenuhnya diisi oleh lelaki itu. Hanya Farhan... yang akan menjadi suaminya.

Bunyi ketukan pintu menghapuskan perkara yang sedang difikirkan oleh Wana seketika. Dahinya berkerut hairan. Sekejap sangat Farhan balik. Merempit ke apa?

Langkah diatur ke arah pintu. Lantas, tombol pintu dipulas dan daun pintu ditarik ke belakang. Makin hairan Wana melihat dua susuk tubuh yang tidak dikenalinya. Dua-dua terlihat berpakaian moden dan elegan. Agaknya bukan calang-calang orang juga.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang