BAB 05

4.2K 166 4
                                    

Senyuman manis dilorek buat si kecil yang memegang lututnya. Ceria sahaja wajah si kecil itu sambil tangan menghulur mainan.

“Baba....” Suara Adam mendapat fokus Wan Deejah, Syah dan Ashraff. Farhan pula sudah kendur senyumannya digantikan dengan riak terkebil-kebil.

“Bababa....” Kali ini tangan didepa tanda mahu diangkat.

Farhan pandang Syah dan Adam silih berganti. Anak Wana salah mengenal orang atau apa? Risau pula dia.

“Dia dah cop kau jadi bapak dia kot,” tutur Ashraff selamba.

Syah terbatuk akibat tersedak air kopi. Perit terasa bahagian tekaknya. Apa yang dikatakan oleh Ashraff, dia tak boleh ambil mudah. Perkara yang terjadi terlalu rumit hendak diperkatakan. Bimbang Farhan akan terpalit sekali.

Melihat muka Adam berubah ingin menangis, Farhan terus mengangkat si kecil itu ke atas ribanya. Mulalah tawa si kecil itu kedengaran. Terlalu suka barangkali.

“Kan aku dah kata.” Ashraff letus tawa kecil.

“Bapa angkat pun boleh. Aku tak kisah.” Farhan bersuara.

Kali ini Ashraff pula tercenggang kerana tidak menjangka akan butir bicara lelaki itu. Namun, ibu jarinya diangkat, memberi thumbs up.

“Tok wan....” Qisya melabuhkan punggung di sebelah Wan Deejah. Kepala didaratkan di bahu tua itu seraya nafas dihela perlahan. Penatnya tidak terkata setelah seharian bekerja.

“Apa?”

“Kenapa Wana boleh tertekan sampai macam tu sekali? Tak baik untuk kesihatan dia dan boleh membawa kepada kemurungan. Qisya risau...” ujar Qisya.

Matanya dikalihkan ke arah Syah. Pandang buah hati sekejap! Mana tahu dapat hilangkan rasa letih.

“Qisya sendiri tahu apa yang jadi. Dia tak dapat hadam semua tu. Macam itulah,” kata Wan Deejah.

“Nah minum air.” Syah menghulur segelas air kepada Qisya. Tahu gadis itu penat setelah bekerja seharian.

Qisya tidak menolak malah mencapai gelas tersebut dan meneguk airnya. Tidak sempat dia habiskan, deringan telefon di dalam poket baju kedengaran.

“Hello. Ada apa Cik Ipah?” tanya Qisya.

“Maaf mengganggu doktor sedangkan doktor baru je balik, tapi ada kemalangan besar berlaku. Kami di sini tak cukup doktor untuk uruskan mangsa kemalangan,” jelas Cik Ipah di talian.

“Cik Ipah tunggu sekejap. Saya datang sekarang.” Qisya segera berdiri seraya menamatkan panggilan. Beg sandang dicapai dan disangkut pada bahu.

“Ada kemalangan besar berlaku. Qisya kena balik hospital semula sebab tak cukup kakitangan. Tok wan tengok-tengokkan Wana tu. Jangan bagi dia tertekan sangat.” Ujar Qisya. Wan Deejah mengangguk tanda faham.

“Jom, aku hantar.” Kata Syah. Qisya turutkan sahaja memandangkan dia penat berulang-alik membawa kereta. Untung ada tunang yang memahami.

“Korang berdua pergilah rehat. Esok kerja lagikan? Tu... tok wan dah bentang tilam siap-siap.” Wan Deejah melirik ke arah tilam yang berada di sudut ruang tamu.

“Susahkan tok wan je.” Serba salah Ashraff. Setakat tilam, dia boleh bentangkan sendiri. Kecederaan yang dia alami bukan teruk sangat pun. Cuma calar kecil bahagian dahi dan calar akibat tembakan di bahagian pinggang sahaja.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang