BAB 16

3.7K 165 2
                                    

Fatisha duduk di atas kerusi lalu kaki disilangkan. Matanya memandang ke arah Farhan yang sedang meneguk air. Penat barangkali seharian buat kerja. Yang lain turut ada di situ dan bersembang antara satu sama lain.

"Farhan, tadi kata nak bincang pasal Farish," tutur Fatisha mendapat perhatian Syah, Asrul dan Adriq yang sedang bersembang.

Farhan toleh

"Tisha kenal Farish?" Syah menyoal hairan.

"Kenal. Dia bekas teman lelaki Tisha,” jujur Fatisha.

“Jadi, nilah punca Tisha murung tu?” Syah meneka. Kurang setahun yang lalu Fatisha pernah murung, namun Fatisha tidak pula membuka mulut dan memberitahu puncanya. Hanya dipendam sampai mereka sendiri terlupa. Tetapi tidak bagi Syah, dia sentiasa berjaga-jaga dan memantau keadaan Fatisha.

“Err....” Pelipis yang tidak gatal diusap. Teragak-agak ingin memberitahu apabila perkara itu dibangkitkan. Sangkaannya Syah sudah lupa tentang itu.

“Betullah,” jawab Fatisha lambat-lambat. Melihat Syah mengetap bibir, Fatisha mula berasa gugup. Janganlah Syah marah atau membebel.

“Tak bagitahu abang. Pandai rahsiakan.” Bahu Fatisha ditampar geram.

“Abang janganlah marah. Benda dah lama tau?” Fatisha pasang mimik muka sedih. Sengaja ingin melunturkan kemarahan Syah.

“Tak jadi nak marah.” Syah mendecit. Terus tersengih Fatisha dibuatnya.

“Farhan nak cakap apa? Cakaplah....” Pandangan mata Fatisha beralih ke arah Farhan. Diam sahaja lelaki itu mendengar sedari tadi. Dia sudah sedia maklum Farhan tak banyak bercakap orangnya. Tahu pun daripada Farish dua tahun yang lalu.

“Farish tengah sakit. Kanser,” tutur Farhan.

Fatisha bungkam. Selama ni Farish sakit, tapi kenapa dia langsung tak tahu? Jadi apa punca Farish minta putus sebenarnya? Betul ke lelaki itu memang ada perempuan lain? Fatisha semakin tidak yakin akan asbab yang ditutur oleh Farish ketika berpisah.

“Itu punca dia buat keputusan untuk berpisah. Sekarang keadaan dia makin tenat. Dia tak nak buat pembedahan. Alang-alang aku dah jumpa kau, aku nak minta tolong kau pujuk dia. Meski peluang tipis untuk berjaya, aku nak cuba juga.” Ujar Farhan lagi.

“Abang, bolehkan?” Fatisha meminta izin setelah beberapa minit mendiamkan diri.

Syah mengangguk tanpa teragak-agak. Farish juga termasuk sahabatnya walaupun mereka kurang rapat. Perangai lelaki itu dia tahu serba sedikit bagaimana dan dia yakin Farish orang yang baik.

“Nanti kirim alamat. Esok atau lusa aku pergi jumpa dia.” Putus Fatisha. Rasa sayangnya terhadap Farish tidak pernah berubah. Mana boleh dia biarkan sahaja Farish tenat.

“Bababa....” Suara Adam kedengaran di muka pintu rumah Wan Deejah. Asrul kalut memusingkan tubuh sambil menutup mata Adam. Naya betul biar Adam melihat Farhan. Mahunya Adam tak nak berenggang dengan Farhan seperti pagi tadi.

Tidak duduk diam Adam dalam dukungan Asrul. Gigih dia cuba memanjat bahu Asrul untuk melihat Farhan. Saat Asrul berjalan masuk ke dalam rumah, bibir mula tersebik. Selang beberapa saat tangisannya terhambur.

“Aku hairan kenapa Adam suka sangat menempel dengan kau sampai menangis. Dulu dengan Abang Syah tak pernah nangis macam tu walaupun suka menempel.” Ujar Fatisha. Bingung dia mahu menghadam situasi antara Farhan dan Adam. Melebih-lebih pula Adam sehingga tidak mahu berenggang walhal mereka berdua baru sahaja kenal.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang