Tiada jalan lain untuk melepaskan diri. Tiada gunanya juga merayu Haqim agar melepaskan dia. Macam mana dia nak berunding dengan seseorang yang obses? Mustahil!
Pisau dibawa ke leher. Sepasang matanya naik memandang seraut wajah Haqim. Reaksi lelaki itu berubah, terkedu akan tindakannya.
"Perkara dah jadi macam ni. Hidup pun tak ada guna lagi," tutur Insyirah.
"Kau berani cuba bunuh diri sendiri?"
"Kenapa? Kau ingat aku main-main? Tak ada guna hidup dengan lelaki macam kau. Aku lebih rela mati!"
"Serahkan pisau dekat aku." Haqim hulur tangan, cuba menggapai pisau yang dipegang oleh Insyirah. Dia tak sanggup melihat Insyirah cedera.
Insyirah berdiri perlahan-lahan. Air liur ditelan. Siapa tak takut mati? Dia takut, namun dia mahu melepaskan diri daripada Haqim.
Bunyi tembakan berbalas di luar menyapa pendengaran. Haqim sudah menjadi sedikit panik. Mahu melarikan diri atau menyelamatkan Insyirah dahulu?
"Tuan, polis ada dekat luar. Kita kena pergi sekarang!" Salah seorang anak buahnya terkocoh-kocoh datang melaporkan.
"Nampaknya, bakal suami kau datang. Kau nak ikut aku atau nak balik dengan bakal suami kau? Tapi, aku tak rasa dia boleh terima kau dah." Haqim jeda. Matanya liar memandang Insyirah dari atas ke bawah.
"Sebab aku dah rasa kau."
Hatinya seolah-olah ditikam seribu pisau. Ada betulnya kata-kata Haqim. Lelaki mana mahu seorang wanita yang telah dicabul sebagai isteri?
Ashraff masih mahukan dia ke? Kalau pun Ashraff masih mahukan dia, dia tidak rela berkahwin dengan Ashraff. Dia tak layak.
Insyirah teresak lagi.
Tertekan dengan apa yang terjadi. Mahu mengundurkan waktu, itu mustahil. Berharap segalanya hanya mimpi, tapi ia realiti.
"Jadi budak baik. Ikut aku." Haqim menarik lengan Insyirah. Perlahan-lahan dia cuba mengambil pisau yang masih dipegang.
Insyirah menggeleng. Tangan Haqim ditepis.
"Kau puncanya! Kau rosakkan aku!" Jerit Insyirah. Dengan amarah memuncak dan jiwa yang tertekan, pisau dihayun ke depan.
"Tuan!"
Haqim yang tidak sempat mengelak, tersentak apabila bahunya ditusuk pisau tersebut. Semakin terkedu apabila anak buahnya bertindak menembak Insyirah. Bukan sekali, malah enam das tembakan dilepas ke belakang badan Insyirah.
Longlai. Sekujur tubuh itu jatuh ke lantai. Darah merah pekat mula membasahi lantai.
"Insyirah!" Haqim termelutut. Tidak dihiraukan pisau yang masih terpacak di bahu, tubuh Insyirah ditarik ke pelukan.
“Insyirah!” Ashraff dari kejauhan terkedu.
"Tak guna! Kenapa tembak dia! Celaka!" Jerkah Haqim.
"Maaf tuan. Tapi kita kena pergi sekarang," balasnya takut-takut.
"Diam! Kau siapa nak bagi arahan? Insyirah, tahan dulu. Aku bawa kau ke hospital okey? Kau akan selamat." Darah di pipi Insyirah dilap menggunakan telapak tangan.
"Akh...aku tak...takkan maafkan kah...kau."
"Aku tak nak kau maafkan aku. Aku cuma nak kau selamat. Jangan tinggalkan aku sama macam Ikmal." Tidak mampu dia menahan air mata daripada keluar lagi. Wajahnya sembab dibasahi air mata memikirkan dia akan kehilangan Insyirah.
"Jatuhkan senjata!" Suara salah seorang anggota pasukan khas kedengaran.
Kesemua konco-konco Haqim tidak berganjak pada mulanya, tetapi memikirkan mereka tidak mampu melawan dengan jumlah itu, mereka terpaksa menyerah diri. Masing-masing jatuhkan senjata ke lantai.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...