BAB 29

3.6K 134 2
                                    

Tongkat dihayun ke depan diikuti langkah kaki. Setelah melakukan pembedahan, dia tidak begitu kuat untuk berjalan. Harus ada yang memapah atau perlu menggunakan tongkat.

Farish labuhkan punggung bersebelahan Syah di atas pangkin kayu.


“Lama tak jumpa,” tegur Farish bersama senyuman manis. Dia berjabat tangan dengan Syah dan memeluk lelaki itu seketika.

“Kau apa khabar? Makin sihat?”

“Alhamdulillah, makin sihat. Aku dengar kau dah kahwin dengan Qisya. Tahniah Syah. Nah, hadiah untuk kau.” Farish hulur beg kertas berisi bungkusan hadiah kepada Syah.

“Terima kasih. Ingat lagi kau dekat aku.” Syah ketawa kecil.

“Kawan jenis apa yang tak ingat kawan. Kau ni.... Aku tak sangka juga Farhan pilih adik kau jadi pasangan. Dia tu dahlah payah nak rapat dengan perempuan.” Farish hambur ketawa.

“Bukan ke kau pun pilih adik aku?” Syah berpeluk tubuh. Adalah kekok sikit nak hadap situasi. Tak menjangka dua orang adiknya itu diminati oleh sahabat sendiri.

“Aku hampir lupa. Bakal abang ipar.” Farish tepuk bahu Syah beberapa kali lalu mereka ketawa.

Inilah perbezaan antara Farhan dan Farish walaupun mereka kembar seiras. Farish lebih gemar ketawa dan tersenyum manakala Farhan hanya menayang riak wajah bersahaja.

“Farish, aku tak dapat nak teka sebenarnya apa yang Farhan fikir. Kenapa dia nak adik aku sedangkan adik aku tu ada anak? Aku bukan nak remehkan atau buka aib adik aku, tapi aku bimbang.” Ujar Syah. Meski dia sudah bertanya kepada Farhan, kata-kata lelaki itu membuatkan dia berasa berdebar-debar.

“Perasaan aku nak lindungi dia dan Adam kuat. Kalau boleh, aku nak mereka ada depan mata aku setiap hari. Sayang aku kepada Adam tu benar. Pada Wana, aku tak pasti. Boleh kau bagi aku peluang untuk cari perasaan sebenar aku pada Wana dan jaga dia sebagai isteri?”

Kata-kata Farhan tempoh hari masih tergiang-giang di kepala. Macam mana dia mahu membantah sedangkan adiknya sendiri sudah setuju? Dan dia pasti Farhan tidak mempunyai niat jahat. Kebimbangan dia adalah bagaimana mereka akan hidup bersama nanti tanpa perasaan cinta.

“Kau percaya dan yakin pada Farhan?” tanya Farish. Melihat Syah diam tanpa balasan, Farish lorek senyuman.

“Sejauh mana kau kenal Farhan, aku tahu kau faham sikap dia macam mana. Dia dah tetapkan hati dia untuk cuba terima adik kau dan aku yakin dia tak main-main. Farhan tak pernah main-main dengan keputusan yang dia buat.” Tutur Farish. Dia jeda sesaat dan memandang ke hadapan.

“Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin ini pilihan terbaik buat Farhan dan adik kau. Serahkan kepada Allah. Kita doa yang baik-baik,  Insha-Allah segalanya baik-baik saja.” Ujar Farish lagi.

“Aku percaya Farhan. Cuma rasa bimbang.” Syah ukir senyuman hambar.

“Fikir positif dulu. Kalau Farhan buat benda tak elok dekat Wana, awal-awal aku sebat dia nanti.” Tutur Farish membuatkan Syah ketawa kecil.

“Along,” panggil Nia seraya berlari anak ke arah mereka. Gadis itu bercekak pinggang seketika dengan nafas mengah. Penat berjalan ke sana ke sini mencari keberadaan Puan Zulaikha namun tidak jumpa. Sudahnya, dia cari Farish.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang