Peluh mula membasahi ruangan dahi dan pelipis. Insyirah penat melarikan diri. Dia dilanda ketakutan yang teramat apabila dirinya diekori oleh seseorang. Entah siapa gerangannya. Mahu bertanya itu memang tidaklah. Takut juga dirinya ditangkap dan diculik.
Deringan telefon membuatkan dia tersentak. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia memandang skrin telefon. Tangan yang menggigil menekan butang jawab.
“Assalamualaikum bidadari,” suara Ashraff kedengaran.
“Kenapa tu? Sakit ke?” Ashraff mula risau mendengar deruan nafas Insyirah. Hilang anginnya ingin bermanja tadi.
“Ada orang ikut saya.”
“Pergi ke tempat yang ada orang ramai. Cepat!”
“Saya ada dalam pasaraya, tapi orang tu tak pergi lagi. Saya nampak dia sembunyi.”
“Duduk dekat cashier. Jangan bergerak dari situ. Tunggu sekejap, aku call kawan yang terdekat untuk tengokkan.”
“Okey.” Panggilan ditamatkan.
Insyirah kemam bibir menanti kehadiran kawan Ashraff. Menyesal keluar seorang diri. Baik dia ajak Mia ikut sekali tadi. Lagipun, gadis itu sentiasa lapang pada waktu petang sehingga malam.
Telefon dibuka apabila bunyi pemberitahuan mesej kedengaran.
‘Orang tu ada lagi?’ -Ashraff Mukhriz
Kepala ditoleh ke belakang. Masih ada figura berpakaian hitam di sebalik rak makanan ringan. Figura itu terus-terusan memerhatikan dirinya. Paling menakutkan Insyirah, senyuman sinis terlakar di bibir figura itu tatkala dia memandang ketakutan ke arah situ.
‘Ada.’ - Insyirah Raisha
‘Jangan takut. Kawan saya ada berdekatan awak. Sekarang, awak jalan keluar dari pasaraya. Mereka nak tangkap orang yang ikut awak.’ -Ashraff Mukhriz
Insyirah akur. Sedikit gugup, dia berjalan keluar dari pasaraya. Kepala ditoleh ke belakang sekilas. Figura itu masih mengekori dirinya.
Tidak lama, dua orang lelaki muncul dan pergelutan mula berlaku di antara mereka bertiga.
Insyirah hela nafas. Terasa sesak dadanya sedari tadi kerana bimbang diri diapa-apakan.
“Lepas! Lepaslah!” Jeritan figura yang mengekorinya tadi kedengaran.
“Kau bawa dia ke balai. Aku pergi tengok tunang Ashraff sekejap.”
Sahabatnya itu mengangguk. Lelaki yang ditangkap mereka tadi dibawa pergi. Imran berlari anak ke arah Insyirah.
“Tunang Ashraff?” Soalannya dibalas anggukan oleh Insyirah.
“Cik dah selamat dah. Mari, saya hantar balik rumah.”
“Em... tak apalah.” Tolak Insyirah.
“Jangan risau, saya tak seorang. Isteri saya ada dalam kereta. Ashraff minta tolong saya hantar cik ke rumah,” ujar Imran.
“Kalau macam tu, okey. Terima kasih encik.”
“Sama-sama.”
•••
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...