BAB 07

4.1K 160 2
                                    

“Dahlah! Syah nak buat laporan polis sekarang.” Selipar disarung ke kaki, kemudian Syah beredar diikuti Izam.

Yang lain hanya diam memandang figura Syah yang hampir menghilang  dari pandangan mata. Matahari sudah menyinar membuatkan isi bumi mula kelihatan, namun Farhan dan Wana masih belum pulang.

“Aku hairan Farhan pergi mana. Kenapa dia tak jawab panggilan aku?” Ashraff menyerabutkan kepalanya. Jarang sekali Farhan tidak menjawab panggilan kerana lelaki itu sentiasa memastikan telefonnya hidup.

“Takkanlah ada hubungan dengan kes yang kami tengah siasat?” Ashraff kerutkan dahi pula.

“Apa kaitannya Wana dengan kes yang kau tengah siasat?” Tanya Asrul yang sudah melentokkan kepala pada tiang pintu. Semalaman dia menjaga Adam. Si bayi itu tidak mahu tidur membuatkan dia terpaksa melayan karenahnya. Hendak dibiarkan sahaja bersama Wan Deejah, dia kesian pula nak biar Wan Deejah berjaga.

“Entah. Aku teka pasal kehilangan Farhan je. Kau tengok-tengokkan rumah ni. Aku nak pergi jumpa rakan sepasukan aku untuk maklumkan pasal ni. Mana tahu mereka boleh tolong cari Farhan.” Ashraff terus beredar sehabis berkata.

“Aku dengar semalam si Wana hilang. Dah jumpa ke belum?” Seorang wanita separuh abad bertanya sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Wan Deejah. Asrul yang hendak melangkah masuk ke dalam memusingkan tubuhnya kembali.

“Betul. Mak cik ada nampak dia tak?”

“Tak nampak. Mungkin si Wana tu pergi ikut jantan lain. Malam-malam buta boleh pula hilang,” ujar mak cik tersebut.

Menipis kesabaran Asrul dibuatnya. Ingatkan tanya sebab ambil berat, tapi tak sangka pula mak cik tu tanya semata-mata nak hamburkan kata-kata tak sedap didengar.

“Mak cik... Asrul cadangkan mak cik bazirkan air liur mak cik tu untuk bertaubat. Bukan membawang atau cakap benda yang boleh membawa fitnah macam ni. Neraka tunggu mak cik nanti.” Dengus Asrul perlahan. Kalau mak cik tersebut ialah lelaki dan sekitar umurnya, memang dia cilikan terus mulut tu.

“Cakap sikit dah acah jadi pak ustaz. Senarai hitam buat jadi bakal menantu.” Mak cik itu menjeling menyampah sebelum berjalan pergi

“Tak hamak punlah anak mak cik! Sabar Asrul sabar....” Gigi diketap sambil tangan membelai lembut bahagian dada. Kalau dia acah pak ustaz betul-betul nanti, mahunya dia bagi tazkirah dua hari dua malam biar berdarah telinga mak cik tu! Mana tahu esok lusa insaf sampai menggigil.

Langkah diatur ke dapur. Wan Deejah dilihatnya masih sibuk membungkus nasi lemak untuk dijual. Punggung dilabuhkan di atas kerusi, kemudian sarung tangan plastik digapai. Sesudah itu, senduk pula diambil untuk membantu Wan Deejah membungkus nasi lemak.

Sebagai cucu yang baik, dia kenalah tolong. Tak gitu?

“Tak kerja ke hari ni Serol?” soal Wan Deejah. Sudah menjadi kebiasaan Wan Deejah memanggilnya Serol. Disuruh panggil ikut ejaan betul, acap kali itu jugalah Wan Deejah cakap ‘Alah sama je.’. Mampu pasrah sajalah Asrul.

Jikalau orang lain memanggilnya sebegitu, mahu kena penendang dia dulu. Nama dah cantik, tapi diputar berbunyi sebegitu pula.

“Kerja, tapi Asrul tak nak pergi. Adam tak ada orang jaga nanti,” jawab Asrul. Risau juga mahu meninggalkan Wan Deejah bersama Adam di rumah. Tiada orang hendak mengawasi mereka berdua.

Nak harapkan Mak Una, anak bongsu Wan Deejah, wanita itu langsung tidak keluar dari rumah semenjak Wana sedarkan diri. Entah apa yang sedang dibuatnya.

•••

Dapat sahaja berdiri, Farhan menarik Wana ke tepi. Serentak itu kayu di atap gudang jatuh ke lantai. Tersentak Wana dengan kejadian itu. Pandangan beralih memandang Farhan di sebelah. Matanya spontan membulat apabila melihat baju Farhan terbakar.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang