🌸❞ o n e

611 45 36
                                    

"H-huh?" aku terkedu. Otakku mula bercelaru. Apa aku sedang mimpi? Benarkah apa yang aku baru dengarkan tadi?

"I need you to marry Datuk Kheir's son." papa mengulangi ayatnya tadi. Resah wajahnya. Aku pandang papa tidak berkelip, meminta penjelasan sebelum memandang Nakeeb yang sedang duduk berpeluk tubuh di sofa.

Nakeeb juga kelihatan terkejut. Dia memandangku sebelum menggeleng menandakan bahawa dia juga baru tahu tentangnya.

"Apa maksud papa?" soalku menahan getar dalam suaraku. Papa mengeluh. Wajahnya diraup berkali-kali sebelum menarik nafas.

"Nad tahukan, syarikat kita-" papa berhenti. Nafas ditarik sekali lagi. Berat baginya untuk berkata. Wajahku dipandangnya sayu.

"Syarikat kita dah nak muflis. Kita mungkin akan bankrap." kata papa. Aku diam. Mataku tidak lepas merenung papa. Otakku pula ligat memproses keadaan.

"Papa tahu apa yang papa minta ini berat untuk Nad. Papa tahu juga permintaan papa ini mementingkan diri. Nadiah, tolonglah papa kali ini. Papa merayu." kata papa penuh emosi. Air mataku jatuh melihat keadaan papa. Begitu terdesak.

Mungkin kerana aku tidak bereaksi dan hanya mengalirkan air mata, Nakeeb bangun. Riaknya jelas menunjukkan dia tidak puas hati.

"Papa, mesti ada jalan lain! Papa lupa ke Nadiah dah tunang? Sanggup papa buat Nadiah macam ini! Mana papa nak campak Zakwan? Tak fikir ke perasaan Nad?" marah Nakeeb, merah mukanya.

"Papa tahu, papa pentingkan diri. Tapi Nad, Nadiah anak kesayangan papa, Nad akan bantu papakan? Nad akan kahwini diakan?" papa sudah melutut. Hampir saja dia sujud di kakiku namun cepat-cepatku halang. Kepalaku gelengkan tetapi sepatah pun perkataan tidak terlepas dari bibirku. Apa yang patut aku cakap? Aku taknak?

"Papa dah gila ke? Sebabkan syarikat papa sanggup jual anak papa? Papa sanggup hancurkan kebahagiaan anak perempuan papa sendiri? Nadiah, kau tak payah dengar cakap orang tua ini. Dia dah tak betul sangat ini!" jerkah Nakeeb sambil menarikku ke belakang, jauh daripada papa yang masih terduduk di lantai.

"Nadiah, tolonglah!" aku hanya menangis. Tiada kata yang bisa melambangkan perasaanku kini.

Kecewa, sedih, malu.

Inikah bapa yangku kenal selama ini? Bapa yangku hormati dan sanjungi dari kecil? Aku sendiri tak pasti.

"Sudahlah Nad, mari kita pergi. Lagi lama kita kat sini, lagi tak betul rasanya." kata Nakeeb sambil menarik tanganku dan menuju ke pintu keluar. Aku diam tanpa membantah.

"Nadiah, please-- urgh! N-Nadi- ahh!" langkahku terhenti apabila terdengar suara papa dalam kesakitan.

"P-papa?" aku menoleh melihat papa sudah pun terbaring di lantai dengan tangannya di dada. Tangan Nakeeb yang memegangku sentak sebelum berlari mendapatkan papa.

"Pa! Pa, bangun pa! Papa!" aku memangku kepala papa yang nampaknya sudah tidak sedarkan diri.

"Na-Nakeeb, call ambulans! Sekarang!" jeritku apabila wajah papa semakin pucat. Air mataku semakin deras.

Apa yang aku dah buat ini?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now