Aku dari tadi membelek menu. Em, tiba - tiba tak reti nak order.
"So?" Eiman mengangkat sebelah keningnya sambil memandangku serius. Gugup pula terasa.
Aduh bang, jangan serius sangat. Kita nak makan je kot. Janganlah garang sangat, aku takowdt.
"I'll order the same as you."
"Fine. Waiter!" Eiman angkat tangannya. Makanan dipesan dan menu dikembalikan kepada waiter lelaki tadi.
"Here's the plan." kata Eiman tiba - tiba menarik perhatianku.
"Plan?"
"About our marriage. What? Kau nak teruskan perkahwinan ini ke? I heard that you have a fiance. You can marry him later after all this crap." katanya. Aku diam seketika. Annoying siak mamat ini. Tangan aku ini gatal je nak lempang dia.
Okay Nadiah, jangan bawa pengaruh Nakeeb dekat sini. Tak elok oi.
"Do everything that I told you too, don't get caught and everything will be fine." kata Eiman, yakin.
"Get caught doing what?" soalku. Wajahnya masih serius menjelaskan kata - katanya aku pandang dengan kerutan.
"I'm the CEO's only son. My father owns the most progressive company so far. I do models for branded things too. Kau tak rasa muka aku ini bersepah? Kalau ada paparazi tahu yang aku kena kahwin paksa dengan kau tak rasa ke maruah aku tercalar?" kata Eiman dengan berlagaknya.
Wow, aku terkedu lima saat. Hina sangat ke kahwin dengan aku? Aku lawa apa? En enn?
Dan aku confused. Dia kata perkahwinan kami patut dirahsiakan ke sebab majlis perkahwinan macam gempak sangat hari itu? Untuk publisiti?
"6 months. Kau buatlah apa yang patut untuk selamatkan company bapa kau. After that, kita cerai." aku hanya angguk dengan kata - katanya. 6 bulan, huh?
Dalam masa 6 bulan aku akan jadi janda. Wow, bernas.
"I'm fine with that." jawabku.
"Good, then it's settled."
"Excuse me, it's that you Nadiah?" aku menoleh memandang perempuan yang menegurku. Terbeliak mataku melihat kelibatnya.
Perempuan itu berdecit sebelum memeluk tubuhnya. Atas bawah dia memandangku dengan riak judgingnya.
"Natasha." Itu saja yang terkeluar dari bibirku.
Nafasku sudah turun naik. Eiman yang sedang bingung langsungku tidak pedulikan. Kenapa sekarang baru dia muncul? Banyak - banyak masa, sekarang?
"Bahagia nampak kau? Dah puas ke hakis harta papa?" sinis Natasha berkata. Aku diam, menunduk.
Aku... takut.
"Oh, orang tua itu nak mampus dah ke? Ahh, I see. Sebab itu ke kau cari sugar daddy yang lagi muda?" Natasha mengerling ke arah Eiman dengan senyuman sinisnya.
"Excuse me?" Eiman bersuara. Matanya merenung Natasha tajam. Berang dipanggil sugar daddy mungkin. Okay Perang Dunia III akan bermula tak lama lagi ke?
"K-Kak Nat, kita bincang kat luar jom?" aku pegang tangan Natasha, cuba memujuk. Aku risau Eiman mengamuk. Akutak boleh jangka apa yang dia akan buat sebab aku tak kenal dia tapi berdasarkan perangai bekunya, aku risau dia lagi baran dari Nakeeb. Lagi pun, semua orang sudah tertumpu pada kami sekarang. Aku pasti Eiman tak nak perhatian sebanyak ini.
"Jangan sentuh akulah, ew!" tanganku direntap sebelum laju satu tamparan kasar dihadiahkan padaku. Terteleng kepalaku dibuatnya. Berdesing.
"Kau itu jijik! Sedarlah bodoh! Aku jijik dengan kau! Jangan panggil aku Kak Natlah celaka!" tudungku ditariknya kasar. Aku dipukul dengan beg tangannya. Aku tak melawan walaupun rasa nak tercabut kulit kepalaku dan terasa pedih. Aku tak nak dia cedera nanti.
Elok tengah berdiri, pergaduhan kami sampai bergolek ke lantai.
"Sudahlah perempuan!" Eiman menolak Natasha jauh dariku manakala aku yang sudah terduduk di lantai pula ditarik ke dalam pelukannya.
Nak gelak sikit boleh? Sikit je ehek sebab ada orang backup aku.
"Kau siapa nak backup perempuan bodoh itu?" terjerit - jerit Natasha seperti ornga kurang siuman. Benganglah itu.
Benda ini bukan kali pertama. Aku dah biasa.
"Aku? Aku suami dia." kata Eiman sebelum mencempungku keluar dari restoran itu.
Uwah, cool siyek laki aku.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...