"Woah." aku sendiri terkedu melihat diriku dalam cermin. Tak sangka aku selawa ini ohgosh cantiknya aku.
Dress labuh berwarna merah jambu pastel dengan lace bunga mengiasi bahagian atas baju, bagaikan lapisan kedua, ia menutup dada dan sebahagian dadaku dan sebahagian punggungku di bahagian belakang. Aku pakai dengan shawl soft pink untuk matchingkan dengan warnanya.
Mohon self love, guys.
Aku laju mengambil Samsungku yang dicas di atas meja solek sebelum berlari semula ke cermin yang bersaiz dua kali ganda dariku untuk ambil gambar diriku. Pusing - pusing sikit, model walk sikit.
Hashtag, done flex depan cermin.
Aku belum cerita lagi tentang bilik aku. Aku rasa kalau nak cerita satu - satu dengan detailnya, seminggu tak habis weh. Betapa besar, cantik dan selesanya bilik ini aku tak dapat nak ungkapkan. Sangatlah menepati citarasa aku.
Samalah macam dress ini. Pink siot. Favourite out of favourites uhukz.
Sedang aku mengambil selfie yang keseribu di depan cermin, aku terdengar ketukan kuat di pintu bilikku. Hampir tercampak telefonku dibuatnya.
Uish, tanjat gugurl.
"2 minutes. Lambat aku tinggal." terbeliak aku mendengar kata - katanya. 2 minit? Gila ke? Nasib baiklah aku dah siap.
Aku capai beg tangan silver yangku dapat bersama dalam kotak hadiah tadi sebelum keluar. Fuh, gucci yallz.
Eiman dah hilang. Laju betul dia ini.
Sedang aku kalut - kalut cari kelibat Eiman, aku lupa lif kat mana. Ha, macam mana nak turun ini? Terjun boleh? Tangga pula, patutnya kat mana ya? Eh, ada ke tangga haritu?
"Awak?" panggilku. Aku gigit bibir apabila apabila tiada sahutan. Alamak, dia dah pergi ke? Janganlah, aku dahlah tengah lapar ini!
"Eiman!" suaraku kuatkan sikit.
"E-Eiman?" Weh, dia betul - betul tinggalkan aku ke? Aku terjenguk - jenguk mencari lif. Entah aku pusing ke mana, aku jumpa tangga.
"Eiman!" aku panggil sekali lagi. Yalah, mana tahu tiba - tiba dia sahut. Jangan benda lain pula yang sahut.
Seram bodoh.
"Mana dia ini? Rumah besar - besar buat apa? Dahlah duduk seorang. Ish, tak seram ke? Aku pun boleh sesat ini ha! Aku kat mana ini huhu Eiman mana kamoo? Agak - agak kalau sesat dalam rumah dia ini boleh tembus sampai China tiba - tiba tak?" aku membebel sendiri sambil melihat sekeliling, masih mencari kelibat Eiman.
"Lukisan ini original ke spicy?" aku menilik gambar - gambar yang digantung di sepanjang haluan tangga.
"Mak kau!" melatah aku apabila kakiku terpeleot. Mana taknya dengan kasut tumit ini, lepas itu terpijak kain lagi. Tahniahlah Nadiah kau akan jadi cacat sekejap lepas ini.
Belum sempat aku buat drama bergolek dekat tangga ini, aku terasa ada tangan yang menyambutku.
"Kau ini berjalan pun dah tak reti ke?" ayat pedas yang diberikan jejaka kacak di depanku membuatkan aku rasa taknak diselamatkan. Biar jelah aku jatuh, kau ini payah sangatlah nak tolong Eiman oi.
"Sorry." ucapku menolaknya perlahan sambil membetulkan apa yang tak betul. Mungkin aku patut mula dengan otak dia? Eh, gurau - gurau.
"Tak jumpa lif ke?" soalannya membuatkan aku angguk perlahan. Malu sebenarnya. Kalau lif pun boleh tak jumpa macam mana aku nak kawal semua benda lepas ini?
Eiman mengeluh.
Tanganku dipegangnya membuatkan aku terkejut sebelum aku ditarik mengikutinya menuruni tangga. Triggered siot. Apa hal jantan ini? Hampir je aku karate tengkuk dia. Jangan main - main aku belajar karate dari youtube tahu?
"Aku lapar dan kau meleretkan masa. Don't misunderstand this. Our relationship is all about bussiness." kata Eiman serius.
Tangannya yang memegang tanganku ditunjukkan kepadaku ketika dia menyebut 'this' sebelum dilepaskan begitu je ketika kami sudah pun sampai di depan kereta mewah miliknya.
Damn, why does it hurt so bad? I don't even like him yet.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomansEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...