"Awak, tolonglah. Maafkan saya! Please, give me one more chance!" rayu Damia. Kali ini dia sudah melutut.
Aku masih memerhati. Drama TV berapa ini? Jarang - jarang dapat tengok live ini.
"Baik kau keluar sebelum aku panggil pengawal." kata Eiman lagi. Perlahan namun serius. Damia bangun. Air matanya dia lap sendiri. Yalah, takkan aku pula tiba - tiba nak lapkan. Kalau Eiman lapkan kang ada tiga kaki terajang dia depan aku ini.
"Semua ini sebab perempuan itukan? Awak berubah sebab diakan?" suaranya mula meninggikan sambil jari telunjuknya menunjuk ke arahku.
Ewah, kak. Salah kau nak salahkan aku pula. Macam aku kenal kau dua tahun lepas pula.
"Kau tak sedar lagi ke semua ini salah siapa, Damia?" soal Eiman. Penat nak melayan si gila agaknya.
"S-saya tahu. Awak takkan jadi macam ini kalau bukan sebab perempuan itu! Dia gunakan awak. Pleaselah, Eiman!" Eiman meraup wajahnya. Okay, dia dah serabut. Aku yang tengok ini pun rasa nak lempang dia apatah lagi Eiman yang melayan.
"Baliklah Mia. Aku penat. Jangan cari aku. Kau dan aku, kita dah tak ada kaitan. Kau dan aku dah tak wujud sejak kau tinggalkan aku demi lelaki lain. Kau yang tinggalkan aku, Damia. Bukan aku." kata Eiman. Hati aku sakit melihat wajah kecewa Eiman. Aku boleh rasa kekecewaannya.
Kehadiran Damia pasti mengimbas kembali kenangan lamanya. Kalau Damia betul tinggalkan Eiman pada hari perkahwinannya, mesti Eiman masih tak dapat lupakan dia. Perempuan pertama yang dapat lembutkan hati Eiman juga mungkin dia. Perkahwinan bukannya permainan.
"M-maafkan saya. Saya minta maaf. Semua ini salah saya. S-saya betul - betul minta maaf." Damia berkata berulang kali.
"Keluar." arah Eiman lagi sekali. Senyap, tiada pergerakan.
"Keluar, aku kata!" jerkah Eiman. Dengan aku - aku sekali terhenjut bahu. Mulalah jantung aku berdegup laju.
"Nadiah, maafkan mama." bayangan mama muncul di depanku. Bagaikan magik, mereka yang lain hilang. Aku bukan lagi di dalam pejabat Eiman tetapi di rumah papa.
"Maafkan mama, sayang." Aku tersentak apabila wajah sinis bertudungnya memandangku penuh makna sebelum dia menghampiriku. Aku pula kaku. Seinci pun tak mampu untuk bergerak namun tubuhku sudah mula menggigil.
Ya ampun Nadiah, janganlah buat hal kat sini. Aku taknak yang lain nampak aku tak boleh kawal diri aku. Dengan si Damia itu lagi ada kat sini. Makin huru hara kang.
Tiba - tiba pipiku dicucuk berkali - kali membuatkan aku bagaikan terjaga daripada lamunan. Aku menoleh. Ilyas.
"Mochi." katanya dengan sengihan membuatkan aku berkerut.
Pap! Nakeeb menampar tangan Ilyas mengejutkanku.
"Sakitlah." berkerut Ilyas memegang tangannya.
"Ha, macam itulah sakit hati aku tengok kau." selamba Nakeeb berkata. Aku tergelak. Aku pandang Ilyas, sudah boleh bayangkan dia menarik muncungnya namun aku bingung apabila dia turut memandangku bukan dengan muncung tetapi dengan senyuman lembutnya.
Eh?
"Nadiah." Panggil Eiman. Kelibat Damia hilang dari radar. Jadi dia keluar juga akhirnya. Dah kena tengking baru nak dengar? Seakan faham apa yang Eiman cuba sampaikan, aku bangun dari dudukku.
"Boleh tak tinggalkan Nad dengan Eiman sekejap?" kataku perlahan sambil memandang mereka yang lain. Ilyas, Izyan, Iyaad dan Nakeeb mengangguk sebelum mereka keluar.
Aku menghampiri Eiman yang masih berdiri di tempatnya tadi. Aku berdiri di hadapannya sebelum tubuh sasanya aku peluk.
"You okay, sayang?" perlahan aku tepuk belakangnya. Eiman meletakkan dagunya di atas bahuku sebelum membalas pelukanku.
"I am now."
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...