"Hello?" Akhirnya aku angkat panggilan Humaira yang sudah menelefonku buat kali kelima.
Aku tengok Raziwq telefon aku sampai 14 kali. Nakeeb pula sampai 7 kali lepas itu dia spam Whatsapp. Aku tak terkejut pun Eiman tak call aku.
"Akak! Akak kat mana?" suara Humaira yang cemas mengelirukanku. Apa dah jadi? Apa yang kabut sangat ini?
"On the way balik ini. Kenapa?" soalku semula. Perut dah kenyang, kita baliklah apa lagi. Seronok aku naik kereta Ilyas. Jimat duit Grab aku hihi.
"Ya Allah, akak ke mana? Ini ha Raziwq asyik call Maira sebab call akak tak dapat - dapat. Baik bagitahu Maira sekarang apa jadi? Kalau tak, Maira taknak kawan!" adu Humaira membuatkan aku tersengih. Taknak kawan bagai aku ketuk pakai senduk kang.
"Akak tak buat apa - apalah. Akak keluar saja nak jalan - jalan seorang and akak sengaja silentkan phone. Orang nak jalan seorang pun nak kacau ish." bebelku perlahan. Mataku melilau memandang mak di sebelahku. Taknaklah dia dengar aku membebel.
"Keluar seorang? Akak tinggalkan abang Eiman ke? Dia cuti hari ini, takkan dia tak ikut?" aku terdiam apabila Humaira berkata begitu. Okay, nak jawab apa?
"Akak?" panggil Humaira apabila aku tak menjawabnya. Aku diam lagi membuatkan Humaira mengeluh di hujung telefon.
"Akak gaduh dengan dia ke?" aku gigit bibir. Nak bagitahu ke tak nak? Ini hal rumahtangga aku. Tapi dia adik si bebal yang suka sakitkan hati aku itu.
Aku mengeluh.
"Haah." itu je yang aku mampu jawab.
"Abang tahu tak pasal tangan akak?" soalnya membuatkan aku berkerut. Tangan aku? Dia tahu ke Zakwan serang aku? Setakat ini Raziwq dan Zhafran je yang tahu. Eiman itu, aku tak sempat bagitahu jadi aku tak pastilah dia tahu ke tak.
"Tangan akak?" aku menyoal.
"Oh god, jangan kata akak tak tahu yang akak dah viral?"
"Ha??" makin pening aku melayan si Humaira ini. Viral apa pula ini? Apa yang dia cakap ini? Aku tak faham.
"Aduh, biar betul akak ini. Kejap saya hantar video itu dekat Whatsapp akak sekarang. Baik akak tengok."
"Okay." talian dimatikan. Aku buka Whatsappku untuk menunggu mesej darinya.
Poink! Sebuah video diberikan padaku. Aduhai, masa inilah internet nak lambat.
Okay, sudah.
"Aku macam orang bodoh je percayakan kau."
Terbeliak mataku apabila wajahku dan Zakwan terpancul dalam video itu dari tepi. Kelam - kabut aku perlahankan suara, tak nak mak tahu. Alamak, ini kejadian masa itu. Betul - betul semua yang jadi masa itu.
Ada yang merakam?
Mati aku. Serius ini. Kalau Nakeeb nampak, bukan aku je yang mati. Dengan Eiman dan Zakwan habis.
"Dia ke yang buat tangan kamu?" soal mak. Eh alamak, dengar juga ke?
"Eh, ha-haah."
"Kamu tak buat report polis ke?" soal mak membuatkan aku takut nak jawab. Kenapa? Sebab aku tak buat laporan pun. Aku minta dia dilepaskan.
Sejahat mana pun dia masa itu, dialah peneman aku selama bertahun - tahun ini.
Perlahan aku menggeleng.
"Ya Allah, kenapa tak buat report? Ini ha, Ilyas, call abang kamu si Izyan itu sekarang. Suruh dia cari budak yang buat anak mak ini." arah mak buat aku serba salah.
"Eh mak, takpe - takpe. Saya kena uruskan perkara ini sendiri. Terima kasih sebab nak tolong saya." aku tersenyum nipis. Cuak siot makcik ini. Asal dia macam kenal semua orang ini.
"Eh, mana boleh. Dia buat kamu teruk tahu? Video ini boleh guna jadi bukti." kata mak lagi, taknak kalah. Aku menggelengkan kepala.
"Mak, jangan risau. Nanti kalau Nad perlukan bantuan Nad akan minta tolong mak. Buat masa ini, Nad ada sebab Nad sendiri. Maaf ya mak." kataku cuba memujuknya.
"Yalah kalau kamu dah cakap macam itu." akhirnya mak mengalah namun jelas di wajahnya dia tak bersetuju denganku.
"Er, dah sampai. Betulkan ini rumah kau? Kau ada tetamu ke?" soal Ilyas setelah memberhentikan keretanya. Aku menoleh keluar.
Okay, ada majlis tahlil ke asal banyak sangat kereta depan rumah aku ini?
Aku nampak Eiman keluar rumah. Mungkin perasan ada kereta asing berhenti di depan rumahnya.
Okay, aku rasa ini majlis tahlil untuk aku.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...