Aku terdiam membisu mendengar bisikan Eiman.
"Saya sayang awak."
Terngiang - ngiang sampai ke otak.
"Awak tunggu sekejap. Saya pergi ambil surprise awak." kata Eiman. Aku angguk perlahan. Aku pegang dadaku. Jantungku yang berdegup laju dapatku rasa.
"S-Saya nak basuh muka sekejap." kataku pula. Sebenarnya nak lari. Aku harap Eiman tak nampaklah muka aku yang merah ini. Dengan selebek menangis tadi. Bini Shrek lagi lawa agaknya. Eiman turun dari katil lalu keluar dari bilik. Aku pula turun katil lalu menuju ke bilik airnya.
Astagfirullah, macam ini ke rupa aku dari tadi? Huwa, nak menangislah macam ini. Kehodohan tahap dewa.
Aku basuh mukaku berkali sehinggaku rasakan wajahku kurang hodohnya. Heh, sama je sebenarnya. Aku ambil langkah untuk duduk kembali di atas katil Eiman. Tak sampai seminit, aku bergolek semula atas katilnya.
Penat. Jujurnya, aku rasa penat.
Mana Eiman ini?
Bukk!
"Aduh!"
Aku terus duduk apabila terdengar Eiman mengaduh. Berkerut aku melihat Eiman membawa teddy bear sebesar manusia bersama bakul di tangannya yang penuh dengan coklat. Aku bangun melangkah ke arahnya.
"Awak okay tak?" soalku risau. Berapa kali dah dia ini langgar dinding, langgar meja, semua benda dia nak langgar? Eiman mengangguk namun wajahnya masih berkerut. Aku tersengih.
"Awak buat apa beli patung besar - besar ini?" soalku sambil membelek patung beruang itu pula. Eiman berdiri tegak semula. Patung beruang itu diserahkan kepadaku.
"For you." katanya.
"Kenapa teddy bear?" soalku. Yalah, dia tahu aku ini kaki makan. Kenapa tak belikan makanan atau bawa aku ke restoran mewah?
Eiman terdiam.
"Hari itu Iyaad bagi awak teddy bear kecil itu." Dia menunduk membuatkan aku tergelak. Okay, aku tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Eiman cemburu. Eh ya iya je.
Aku tersengih.
"Thank you, tapi kehadiran awak pun dah cukup bagi saya. Terima kasih sebab bawa saya lari pagi tadi. Saya tak tahulah apa jadi. Saya tak boleh nak kawal diri saya." kataku menunduk sambil memeluk patung beruang gergasi tersebut. Eiman mengeluh. Wajahku dipegangnya lembut membuatkan aku memandangnya.
"Jangan paksa diri awak. Saya okay je. Saya boleh tunggu awak kalau awak tak bersedia. You don't need to tell me if you don't want to. But, awak kena ingat saya sentiasa ada untuk awak. Jangan pendam seorang. It's not good for your health." kata Eiman sebelum mengusap lembut kepalaku. Aku tersenyum nipis.
"Saya bukannya tak bersedia. Benda ini memalukan. Saya tak nak ceritakan keburukan keluarga saya pada awak. Cukuplah awak tahu perangai papa dan Nakeeb itu macam mana." Ceritaku perlahan. Lagi sekali aku dengar keluhan dari Eiman.
"Rasanya saya pernah jumpa kakak awak. Natasha tak silap? First met and she already made a scene, remember?" kata Eiman membuatkan aku angguk.
"Nadiah, you're my wife. I'm your husband, I'm supposed to support you. Kalau bukan saya, awak nak harapkan siapa?" aku tersenyum mendengar kata - katanya namun hatiku sakit.
Satu hari nanti kau akan tinggalkan aku juga.
Aku taknak bergantung banyak sangat pada Eiman tapi aku baru sedar, aku dah berharap pada dia. Aku berharap pada perkahwinan ini.
"Perempuan yang awak nampak dalam rumah papa itu, isteri kedua papa. Sepatutnya saya panggil dia mama. Kiranya ibu tiri Nakeeblah. Ibu, mak Nakeeb dan isteri pertama papa yang jumpa saya dan ambil saya sebagai anak angkat. Dia meninggal disebabkan accident sewaktu saya berumur 8 tahun. Papa kahwin dengan mama waktu saya umur 11 tahun. Mama janda, Natasha itu anak dia dengan suami lama dia." Aku mula membuka cerita. Eiman masih setia mendengar.
"Saya tak pasti bila tapi rasanya sejak dia tahu saya ini anak angkat, dia layan saya dengan teruk. Depan papa dan Nakeeb lain, belakang lain. Mama-"
"Berani kau sentuh anak aku! Aku jijik! Jijik! Dasar anak kutip!"
Aku terus menutup telingaku. Mataku melilau sekeliling. Automatik jantungku berdegup laju. Nafasku bagaikan tersangkut - sangkut.
Aku benci semua ini.
Aku benci aku masih terbayangkan semua ini. Aku benci aku masih lagi tak boleh kawal diri aku. Lagi - lagi depan Eiman.
Pelukan dari seseorang mengejutkanku. Belakangku diusap lembut sedikit sebanyak menenangkanku.
"Hey, heyy. Sayang, I'm here. Calm down. Saya takkan benarkan sesiapa pun sakiti awak. It's okay, it's okay. I'm right here. I'm always here for you. Shh, it's okay. Lepas ini, kita pergi mall nak? Dah lama saya tak berjalan dengan awak."
Nafasku mula teratur. Aku tenang dalam pelukannya. Suaranya betul - betul buatku selesa. Aku tahu Eiman cuba untuk ubah topik supaya aku tak terganggu.
Tolonglah, aku mahu berada dalam pelukan ini selamanya.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...