Aku duduk termenung di dalam bilik tetamu. Aku rasa nak marah diri sendiri sekarang.
Kenapalah aku tak balik ambil baju dulu sebelum lari rumah mak? Sekarang ini aku nak pakai baju apa? Takkan nak pakai yang sama sampai tiga hari ew.
Tok tok tok!
Ketukan di pintu mengejutkanku. Aku terus bangun lalu pintu dibuka. Nasib baiklah aku tak buka tudung lagi.
"Kenapa, Abang Iz?" soalku pelik apabila dia di depan bilikku. Di tangannya ada baju yang berlipat.
"Nah, baju untuk malam ini dan tuala. Sabun semua dah ada dalam bilik air." kata Izyan sambil menyerahkan pakaian tersebut padaku. Aku hanya mengangguk.
"Kau bagitahu mak kau nak duduk sini beberapa hari?" soal Izyan memandangku serius. Aura dia menyeramkan. Kenapa aku rasa terancam ini? Aku angguk sebelum menundukkan pandanganku. Panahan mata dia menakutkan aku. Nakeeb pun tak pernah marah aku macam ini. Asal garang sangat woi?
"Esok aku bawa kau balik. Aku taknak dengar alasan. Apa pun salah faham atau pergaduhan yang dah berlaku tadi, aku nak kau bincangkan dengan dia." kata Izyan. Aku gigit bibir. Wajah selamba Izyanku pandang.
"Tapi, aku-" ayatku dipotongnya.
"Jangan ego, nanti kau menyesal."
Okay, aku sentap dengar ayat itu.
Mungkin aku patut beri Eiman peluang untuk jelaskan semua ini. Mungkin Izyan betul, semua ini salah faham. Aku terus buat andaian sendiri, langsung tak tanya pada Eiman.
"Dengar tak?" soal Izyan membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
"H-ha, ya dengar!" jawabku. Izyan mengeluh. Eik, dia pula yang mengeluh?
"Rehatlah. Kau nak aku kejutkan subuh ke tak?" soal Izyan. Kali ini suaranya lembut bertanya. Aku menggeleng.
"Tak apalah, selalunya aku bangun sendiri." kataku tersenyum nipis.
"Okay, good night sis." kata Izyan.
"Good night." balasku sebelum menutup pintu setelah Izyan pergi. Aduh, dia nak hantar aku balik? Aku mengeluh lagi.
Okaylah, aku kena tidur awal sebab esok nak hadap Eiman. But first, kita mandi dulu!
❛「❀」❜
Aku telan air liur. Aku masih lagi berdiri di depan rumah Eiman walhal kunci sudah berada di tanganku. Izyan yang memerhatikanku dari kereta aku pandang. Izyan mengangkat dagu, menyuruhku masuk.
Macam aku tak tahu dia nak tengok aku masuk baru dia blah. Takut aku larilah itu.
Aku gementar. Kereta Eiman masih ada, maksudnya dia belum pergi kerja. Okay tak apa Nadiah. Kau rileks. Kau boleh!
Aku masuk rumah. Pintu masuk yang berkunci dari dalamku ketuk. Pintu ini memanglah boleh buka guna kunci tapi ada satu lagi lock yang hanya boleh dibuka dari dalam rumah.
Safety bro.
Pintu dibuka. Eiman yang kelihatan tak terurus muncul di depan pintu mengejutkanku.
Rambut serabai. Eiman nampak macam dia tak tidur semalam. Nampak penat sangat dan pucat. Melihatkan keadaan dia begini, makin serba salah aku dibuatnya.
Membulat mata Eiman apabila aku di depannya.
"Kau-"
"Maaf, aku-" belum sempat aku habiskan ayatku, Eiman menarikku masuk.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...