🌸❞ n i n e t e e n

365 32 7
                                    

Dengan aku sekali jatuh apabila ada seseorang menendang Zakwan dari belakang. Cepat - cepat aku merangkak menjauhinya. Pisau di tangan Zakwan aku pandang.

Aku cuba untuk merampasnya namun Zakwan bertindak lebih pantas. Malangnya aku hanya dapat memegang bahagian bilahnya dan bukannya bahagian pemegangnya. Zakwan menarik pisau yangku sedang pegang menyebabkan tapak tanganku tertoreh secara tak sengaja.

Aduh, sakit siot.

Melihatkan Zakwan sudah dapat pisaunya semula, aku bangun dan jauhkan semula diriku darinya. Aku memandang tanganku sudah mula dibanjiri darah, panik. Naik turun nafasku cuba mengawal diri. Aduh, aku rasa boleh tahan dalam terbelah ini.

Aku terasa seperti otakku ditampar. Pening tiba - tiba. Di situ juga aku jatuh terduduk sambil memegang tanganku yang sudah menitik darahnya. Aku rasa nak pitam.

Aduh, apa lagi kau ini Nadiah.

"Nad, kau okay? Oh shit, tangan kau!" aku menoleh.

Eh, Zhafran? Kalut dia mengeluarkan sapu tangannya dari poket lalu diikat kemas pada tanganku. Aku punya blur sampai tak boleh nak tegur dia. Nak bercakap pun dah tak terluah.

"Siapa? Siapa yang tendang aku?!" macam orang tak betul Zakwan bangun, mencari dengan pisau di tangannya.

"Aku kat sini, bodoh!"

Pak! Sekali lagi Zakwan ditendang menyebabkan dia terjatuh buat kali kedua.

"Malangnya kau sebab bertembung dengan aku. Kalau kau ingat aku akan tahan diri aku, kau silaplah. Berani kau sentuh Nadiah." Raziwq memandang Zakwan serius. Pandangan matanya, aku pun takut. Kalau nak bandingkan wajah Raziwq dengan Eiman sebelum ini, Raziwq lagi menakutkan sekarang.

"Nadiah, kau kena pergi hospital ini." kata Zhafran risau melihatku. Perlahan, dia cuba membantuku bangun. Aku menggelengkan kepalaku. Aku pula risau melihat Raziwq yang sedang menyinsing baju pejabatnya. Dengan Zakwan yang macam itu, aku lagi risaukan Raziwq sekarang.

"Alah, Raziwq itu kau jangan risaulah. Setakat mamat itu, dia boleh uruskan." kata Zhafran yakin. Macamlah aku akan percayakan?

"A-aku akan pergi sekali dengan Raziwq." kataku, berdegil. Kalau jadi apa - apa pada Raziwq macam mana? Sekurangnya kalau aku di sini aku boleh tolong.

Tolong? Heh, nak bangun pun aku dah tak larat.

"Tak guna!" Zakwan berlari kearah Raziwq sambil cuba untuk menikamnya. Naik seriau aku.

Pap! Dengan mudah Raziwq memulas tangan Zakwan sekali gus menjatuhkan pisau di tangan Zakwan. Pisau itu ditendangnya jauh sebelum Zakwan dihempasnya ke lantai.

"Sini bang! Abang itu ada pisau tadi-- eh?" pelajar perempuan yang cuba membantuku tadi datang bersama beberapa lelaki beruniform seragam polis. Mereka berpandangan sesama mereka apabila Raziwq sudah menahan Zakwan sebegitu.

"Er, kami akan uruskan dari sini." kata salah seorang pengawal itu. Zakwan sudah digari namun dia masih lagi bergelut untuk cuba lepaskan diri.

"Aku akan balas semua ini! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa! Kau tunggu Nadiah, tunggu!" terjerit - jerit Zakwan, sengaja mahuku dengar. Aku tersentap.

Zakwan, salah aku ke kau berubah?

"Diamlah!" Pengawal tadi menarik Zakwan pergi. Dahlah buat hal, bising pula.

Aku hanya melihat bayangnya pergi. Air mataku jatuh. Entah mengapa sekarang ini emosiku tiba - tiba datang. Terus aku menangis teresak - esak.

Hati aku sakit.

Zakwan, lelaki yangku kenal sejak sekolah rendah. Lelaki yangku cintai dari sekolah menengah. Lelaki yangku gelarkan tunang dan bakal menjadi suamiku.

Dia berubah. Berubah menjadi lelaki yang langsungku tidak kenali.

Betul ke itu Zakwan? Tak, itu bukan Zakwan aku. Zakwan sayang aku. Dia takkan cuba untuk bunuh aku.

Pandangan kosongnya tadi. Senyuman sinisnya tadi. Cubaan dia untuk membunuhku tadi. Renungan tajamnya. Ugutannya.

Aku takut.

Kembalikan kehidupanku yang dulu. Kembalikan Zakwan aku.

Tolonglah.

"Nadiah." aku bagaikan baru tersedar apabila Zhafran memanggilku.

"M-maaf." aku mengesat air mataku. Aduh, air mata ini taknak berhenti pula keluar.

"Maaf." aku masih teresak - esak. Aku kesat air mataku berkali - kali namun aku masih lagi menangis.

"Don't push yourself." aku terkedu beberapa saat mendengar kata - kata Raziwq. Makin teruk aku menangis.

"Cik perlu ikut kami ke balai untuk beri keterangan." kata pengawal berkulit sawa matang itu. Zhafran bangun.

"Boleh bagi kami masa? Kami akan bawa dia ke balai lepas dia dirawat." kata Zhafran, bagaikan memahami keadaanku kini.

"Encik kenal dia?"

"Dia isteri kawan saya."

"Baiklah, pastikan suami dia tahu tentang ini. Risau juga saya tengok keadaan dia." kata pengawal itu lagi. Zhafran tersenyum nipis lalu mengangguk.

"Terima kasih." ucapnya kepada pengawal tersebut.

"Sama - sama."

Aku menarik nafas, cuba menenangkan diri. Sekali lagi aku gagal. Aku tak boleh kawal diri aku. Diamlah, kau ini kenapa?

"It's okay to cry." belakangku diusapnya lembut untuk menenangkanku yang masih lagi menangis. Perlahan - lahan aku mula tenang.

"But don't let the past and the bad things drag you around. You are important. You yourself are important to yourself. Jangan lupa, hm?" pesan Raziwq sambil memandangku lembut dengan senyuman manisnya.

Aku mengangguk kecil. Sekali lagi aku menarik nafas. Okay, aku okay.

"Are we good now?" soalnya. Aku mengangguk perlahan sebelum Raziwq mengangkatku yang berada di lantai untuk bangun.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now