"Nadiah, datang rumah papa sekarang. Cepat!" talian dimatikan. Terasa mahu gugur jantungku.
Mendengarkan suara cemas Nakeeb di hujung panggilan tadi, aku capai tudung dan terus ambil kunci kereta sebelum bergegas keluar. Kenapa dengan Nakeeb? Ada apa - apa jadi pada papa ke? Eiman yang berada di ruang tamu sempat mengejarku. Tanganku ditariknya.
"Kenapa ini?" soalnya. Aku sudah mahu menangis. Aku jadi panik.
"N-Nakeeb suruh pergi rumah papa sekarang. Saya t-tak tahu apa jadi tapi--" aku kematian kata. Sejujurnya fikiranku bercelaru sekarang. Tolonglah jangan ada berita buruk. Cukuplah.
"Okay, biar saya bawakan kereta. Awak bertenang dulu. Jangan risau, papa dan Nakeeb takkan apa - apa." kata Eiman cuba menenangkanku sambil mengambil kunci dari tanganku sebelum membukakan pintu tempat duduk penumpang untukku. Aku diam membisu. Laju Eiman membawa keretanya ke rumah papa.
Sesampainya di rumah papa, aku terus keluar kereta tanpa menunggu Eiman.
"Nakeeb!" panggilku, risau. Nakeeb yang sedang duduk di sofa menoleh. Ada dua orang wanita bertudung di hadapannya. Papa juga di situ. Siapa dua orang ini? Tetamu?
"Nadiah."
Aku terdiam melihat salah seorang daripada mereka memandangku. Bagaikan terhenti jantungku melihat wajah wanita lingkungan 50-an itu.
"Nadiah." lembut wanita itu memanggil namaku. Air matanya jatuh memandangku tetapi aku masih kaku.
Nafasku yang sudah mula tak teratur aku cuba kawal. Jantungku mengepam darah laju. Takut. Itulah apa yang aku rasakan. Eiman yang berdiri belakangku hanya memerhati. Mungkin kerana dia tak kenal, dia bingung dengan apa yang sedang berlaku.
"Nadiah sayang, maafkan mama." wanita terus bangun bergerak ke arahku. Perempuan yang pernah melarangku memanggilnya mama kini berada di depanku. Perempuan yang hampir bunuh aku.
Apa yang dia buat kat sini? Sebabkan ini Nakeeb cemas ketika menelefonku tadi? Sebabkan perempuan ini?
Tanganku dipegangnya lembut membuatkan aku terkejut. Bagaikan terkena renjtan elektrik, aku menarik semula tanganku namun seluruh tubuhku kaku. Gigilanku yang semakin ketara aku biarkan. Matanya juga aku tak mampu nak pandang.
Aku takut.
"N-Nadiah, maafkan segala dosa mama. Mama sedar mama banyak buat silap dengan Nadiah. Ma-Maafkan mama."
Aku diam mendengar luahan mama. Entah mengapa suaraku bagaikan tersangkut di tekak. Aku tak mampu nak bersuara walhal banyak yang terbuku di hatiku.
"Nadiah sayang, ma-mama tahu mama salah. Mama harap Nadiah boleh maafkan mama. Mama..." tangannya diangkat untuk mengusap kepalaku membuatkan aku automatik mengangkat tanganku menghalang mukaku. Lututku yang terasa lemah membuatkan aku jatuh terduduk di situ juga.
"Nadiah." Eiman membongkok, memeriksa keadaanku namun kini kewujudannya bagaikan tiada di mataku.
Memori di mana mama memukulku hanya kerana perkara remeh bagaikan sedang ditayang di depan mataku. Air mataku jatuh. Wanita bertudung di hadapanku ini masih wanita yang sama di mataku. Bertudung tak mengubah apa - apa.
"Kau patut mati!"
"Anak kutip macam kau ini layak makan dengan bibik je!"
"Berani kau mengadu pada Nakeeb? Kau tak serik lagi ke kena dengan aku?"
"M-Maafkan Nadiah! Nadiah janji tak buat lagi! Maaf, puan! Nadiah minta maaf! N-Nadiah minta maaf!" aku terus menangis. Semua terkejut. Lagi - lagi Eiman.
Mama hanya berdiri kaku di depanku. Air matanya mengalir semakin deras. Dia tahu ini semua kerananya.
"M-Maafkan mama, Nadiah."
Aku masih menutup mukaku dengan tanganku sambil menangis tersedu - sedan sampaikan terhenjut bahuku. Tanganku yang menggigil jelas menunjukkan yang aku berada di tahap maksimumku.
Eiman tiba - tiba mencempungku yang masih terduduk di lantai sebelum berdiri dengan gagahnya. Aku terus memeluk lehernya erat. Jujur, aku perlukan dia sekarang ini.
"Papa, Nakeeb, saya bawa Nadiah balik dulu. Saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya tapi saya harap puan tak jumpa Nadiah buat masa ini. Berikan dia masa untuk bertenang. Perkara ini bukannya mudah bagi Nadiah." kata Eiman. Papa mengangguk.
"Baiklah, kamu balik dulu. Tenangkan Nadiah, bagi dia rehat. Maaf kamu terpaksa nampak semua ini." ucap papa. Sedih nadanya. Nakeeb hanya memandangku sayu. Serba salah mungkin.
"Saya harap lepas ini perkara ini takkan berulang lagi. Saya pergi dulu." Eiman menunduk sedikit sebelum dia membawaku pergi.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...