"Makanan favourite Eiman?" aku dapat bayangkan wajah Raziwq berkerut di hujung talian.
"Ha, kau tahu tak?" soalku, teruja.
"Tak pastilah. Dia itu sumpah cerewet tapi aku ada nombor Humaira, kau calllah dia. Mesti dia tahu, abang diakan." kata Raziwq. Aku terangguk - angguk. Tak terfikir siot.
"Oh okay okay. Sendkan dekat Whatsapp tahu? Thank you, abang Raziwq. Sorry ganggu kau kerja! I owe you one hehe." kataku tersengih sendiri. Sengaja aku gunakan panggilan abang padanya.
"No problemo."
Talian dimatikan. Aku segera buka aplikasi Whatsapp.
Poing!
Yes! Dia dah send nombor Humaira. Laju jariku menekan butang call.
"Hello?"
"Yes, who is this?" soalnya dari hujung talian. Bingung apabila ada nombor tak dikenali menelefonnya mungkin.
"Maira, ini Kak Nadiah. Ingat tak?" soalku. Yalah, mana tahu lupa ingatan ke apakan?
"Ahh, Kak Nadiah! Mana dapat nombor Maira? Maira lupa nak bagi kat akak." kata Humaira. Ceria saja bunyinya.
"Akak minta Raziwq. Maira sibuk ke sekarang ini?" soalku. Eleh, tadi kau kacau Raziwq buat kerja elok je. Tiba - tiba kau nak acah baik pula kenapa?
"Eh, tak adalah. Kenapa?"
"Em, akak nak tanya. Eiman suka makan apa?" soalku malu.
"Ooo, akak nak masakkan makanan fav abang ke? Aww, so sweet! Ada anything special ke, kak? Untung seh abang dapat akak! Dahlah lawa, cantik, pandai masak pula itu!" melambung - lambung Humaira memujiku. Naik merah mukaku.
"Er, akak saja nak masakkan untuk dia."
Heh, itulah alasan pertama yang muncul dalam otak aku. Nampaklah IQ aku tahap manakan?
"Hm, abang Eiman suka makan Chicken Chop. Ohhh, ada satu makanan ini. Mi rebus tulang. Ada satu kedai ini memang abang selalu pergi and setiap kali itu dia mesti order mi rebus tulang itu je."
"Kalau makanan manis?" soalku lagi. Aku kalau bab kek - kek bagai ini aku boleh tahan juga.
"Makanan manis? Entahlah, abang tak minat sangat benda manis tapi dia makan je kalau dah hidang." kendur suara Humaira. Takut aku terasa agaknya.
"Okay, thank you Maira." ucapku. At least, aku dapat.
"Welcome! Call me anytime. Lain kali Maira bawa akak keluar shopping sekali, okay?" kata Humaira buatku tersengih.
"Okay."
Talian dimatikan.
Okay, menu hari ini mi rebus tulang.
Aku buka phoneku kembali. Nombor Nakeebku dail.
"Weh, tolong aku kejap. Buka buku resepi ibu, carikan resepi mi rebus tulang ada tak?" soalku, main terjah dan straight to the point.
"Huh?" okay sah Nakeeb tengah blur.
"Kau belum bangun ke? Ya Allah, dah nak pukul 12 dah ini bangunlah Nakeeb Qaishan!" Aku sudah naik seoktaf. Dia ini kalau bab bangun memang payah. Kasihan bini dia nanti nak kejut payah.
"Aku dah bangunlah! Aku tengah cari kokokrunch aku ini haa tak jumpa. Kau nak apa, cepatlah!" marah Nakeeb kembali. Taknak aku marah dia, dia marah aku dulu. Elok.
"Buka buku resepi ibu. Carikan ada tak resepi mi rebus tulang." ulangku sekali lagi.
"Kejap."
Macam - macam bunyi aku dengar. Aku menunggu dengan penuh kesabaran.
"Mi rebus tulang tak ada tapi mi rebus je adalah." kata Nakeeb.
"Can you take a picture of it and send it to me?" kataku.
"Okay."
Nakeeb matikan talian. Uish, did he just hang up on me?
---
Nakeeb 💀:
*send an image*|
Kau nak masak ke?|
Kalau ya, aku nak juga. Nanti aku datang rumah hihuww.|Me :
Thanks bruh. |
Ew, sibuk je.|
Orang bukan masakkan untuk dia.|Nakeeb 💀:
Oo, mentang dah ada laki sekarang lupa aku eh.|
Fine.|Me :
Alah bodoh je merajuk.|
Yalah, nanti aku masak lebih untuk kau.|
Kau tak datang siap.|Nakeeb 💀:
Yeay 👽|Me :
Okay, thanks bye|
Aku nak pergi beli barang nak masak ehekk|
Kau busy eh hari ini?|Nakeeb 💀:
Welekem.|
Haah, sorry weh. |
Petang nanti aku ada meeting dekat KL dengan papa.|Me :
Its fine|
Elok - elok meeting! Jaga papa!|
Bubyee!|Nakeeb 💀:
Bye, noob.|---
Okay, masa untuk shopping!
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...