"Nadiah sayang!" mak terus memelukku membuatkan aku tersengih. Izyan yang berada di belakangku hanya memandang.
"Nasib baik hari ini mak balik kerja awal kalau tak mesti kalut balik nak jumpa kamu." kata mak sambil tersenyum.
"Mak, hari ini biar Nad masakkan makan malam." kataku. Dari dalam kereta tadi aku dah fikir sebenarnya. Aku datang asyik makan je. Mana aci.
"Woah, kau reti masak? Seriuslah?" Ilyas yang muncul entah dari mana berkata sambil mulutnya penuh mengunyah biskut. Aku angguk. Bekas berisi biskut ikan di tangannya aku seluk sebelum ambil segenggam buatku. Terbuntang mata Ilyas apabila sedar aku mencuri biskut kegemarannya. Laju dia menutup bekas.
"Boleh ke? Tangan kamukan tak baik lagi. Tak apalah, mak bolehlah masakkan untuk kamu kalau kamu nak makan malam kat sini." kata mak risau. Aku menggeleng. Kunyahan biskut di dalam mulut aku habiskan sebelum membalas.
"Mak jangan risau, tangan Nad ini dah nak baik dah. Lagi pun, doktor Nad ada kat sini and Ilyas boleh tolong Nad kat dapur. Kan Ilyaskan?" kataku. Ilyas mengangguk, mengiyakan kata - kataku.
"Mak jangan risau, okay? Mak nak makan apa? Biar Nad masakkan." kataku teruja.
"Mac and cheese, pleaseee!" kata Ilyas memandangku berharap. Eh eh dia ini aku tanya mak, dia pula yang menjawab.
"Mac and cheese?" Aku memandang mak, meminta persetujuannya. Mak tersenyum sebelum mengangguk setuju. Aku beralih kepada Izyan pula, juga meminta persetujuannya.
"Aku tak kisah." kata Izyan.
"Dia ini vacuum cleaner. Kau masaklah apa pun, semua dia sedut." kata Ilyas sebelum gelak dengan lawaknya sendiri sementara Izyan menggeleng melihat perangai adik bongsunya. Ilyas dengan Nakeeb ini banyak siot persamaan. Salah satunya, gelak dekat lawak sendiri.
"Iyaad!" aku menyeru lelaki yang memakai hoodie pink itu. Iyaad yang baru keluar dari biliknya tersenyum apabila ternampakku sebelum dia menghampiri kami.
Aku, Iyaad dan Ilyas cuma beza setahun jadi penggunaan aku kau sangatlah normal.
"Aku nak masak mac and cheese. Kau nak?" soalku. Laju Iyaad mengangguk.
"Then, mac and cheese it is." kataku sebelum menuju ke dapur.
"Aku nak kena tolong apa?" kata Ilyas memunculkan dirinya di dapur.
Aku memandang Iyaad yang berada di sebelah Ilyas. Jari telunjuknya ditunjukkan pada dirinya berkali - kali sambil tersenyum memandangku.
"Iyaad kata dia pun nak tolong." kata Ilyas, mengtranslatekan kembarnya.
"Kalau ada barang yang tak ada, bagitahu aku. Aku pergi beli. Aku ada kat depan." kata Izyan dengan wajah selambanya sebelum kembali ke ruang tamu.
"Er, aku perlukan makaroni, garam, minyak, parmesan, mozzarella and cheddar. Oh, jangan lupa isi ayam, black pepper dan susu kotak or heavy cream." kataku. Ilyas sudah menyelongkar peti ais sementara Iyaad pula membuka satu per satu almari makanan untuk mencari bahan - bahan yang dipinta. Bahan - bahan yang ada diletakkan atas meja.
"Kita tak ada both heavy cream and susu kotak, parmesan and makaroni tinggal satu pek je. Aku rasa tak cukup kalau satu family kita nak makan. At least kena dua peket." kata Ilyas selepas meneliti barang yang mereka jumpa.
"Iyaad, pergi suruh Izyan belikan barang yang aku sebutkan tadi. Heavy cream or susu kotak, parmesan and makaroni. Makaroni beli lebih because why not dan kalau nak senang beli je dua - dua heavy cream dan susu kotak itu." kata Ilyas. Iyaad mengangguk sebelum menuju ke arah Izyan.
Aku peliklah. Kenapa Iyaad taknak bercakap? Nak kata bisu, aku tak pernah nampak dia pakai sign language dan selalu juga dia berbisik dengan si Ilyas ini. Bisik apa entah, aku pun nak tahu.
"Ilyas, nak tanya boleh tak?" aku bersuara. Ilyas berkerut memandangku.
"Apa dia? Lain macam je kau minta izin dulu sebelum tanya ini." kata Ilyas sambil menyelongkar peti ais untuk memeriksa semula bahan yang dipinta.
"Iyaad itu, aku tak pernah dengar suara dia." Teragak - agak aku bertanya. Takut juga kalau tersilap kata.
Peti ais ditutup sebelum Ilyas menghampiriku.
"Dia itu memang jarang bercakap. Aku sendiri tak pasti sebab apa tapi memang sejak kecil dia macam itu. Certain orang je boleh dengar suara dia." Terang Ilyas. Aku angkat sebelah kening.
"Certain orang itu termasuklah kau?" kataku. Ilyas tergelak.
"Of courselah, akukan kembar dia." Bangga mukanya.
"Ha, lagi satu. Kalau aku nak tinggal sini sekejap boleh tak? Dalam dua tiga hari?" soalku baru teringat. Aku taknak balik dalam keadaan macam ini. Keadaan aku tengah serabut.
"Kenapa? Laki kau tak ada ke?" soal Ilyas yang sedang mengeluarkan periuk dari dalam almari. Aku garu kepalaku. Apa yang aku patut jawab eh?
"Dia outstation. Aku taknak duduk seorang dalam rumah. Boleh ke?" bohongku.
"Biar aku tanyakan kat mak." berlari Ilyas dari dapur ke ruang tamu. Tak lama dia berlari semula ke dapur.
"Mak bagi!" aku tersengih. Yes!
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomantizmEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...