🌸❞ f o r t y t w o

309 26 10
                                    

"Which part of 'bagitahu aku kalau kau nak ke mana - mana' yang kau tak faham?" Eiman memandangku serius. Aku yang duduk berhadapan dengannya menelan air liur.

Dah tentulah dia mengamuk.

"Kau ingkar arahan aku suruh duduk dalam pejabat aku. Kau tak inform aku kau pergi mana. Kau tak angkat call aku, mesej apatah lagi. Kau tak balik rumah semalaman." aku mengelak pandangan tajam Eiman yang dari tadi merenungku.

Ya Allah, aku takut. Macam nak tembus dia pandang aku weh.

"Kau sedar tak berapa banyak kesalahan yang kau dah buat?" soal Eiman lagi. Aku diam. Nak jawab apa? Memang salah aku. Kang menjawab mahu terbakar rumah ini.

Eiman mengeluh. Wajahnya diraup serabut sebelum pelipisnya diurut perlahan. Pening melihat perangai tak matang aku agaknya.

"Explain to me. Apa jadi?" aku memandang Eiman yang masih lagi merenungku tajam. Wajah seriusnya membuatkan aku gugup.

"Ada perempuan call nombor pejabat kau." aku mula bersuara. Matanya aku beranikan diri untuk pandang.

"Dia panggil kau baby, so aku assume that dia itu--" aku terdiam melihat kerutan di wajah Eiman. Sekali lagi wajahnya diraup sebelum dia mengeluh.

"Kau blah macam itu je dan tak balik rumah sebabkan ada some random crazy woman panggil aku baby?" soal Eiman, sudah mula meninggikan suaranya. Aku senyap.

"Nadiah, kau tahu tak berapa banyak perempuan kat luar sana yang nakkan aku? Kau tahu tak berapa ramai orang yang ada nombor aku? Kau tahu tak berapa banyak musuh yang aku ada? Kau tahu tak bila kau tiba - tiba hilang dan tak angkat call aku, kau buat aku gila?" aku angkat muka. Eiman yang sedang memandangku aku renung. Aku serba salah.

Ya, kali ini memang salah aku.

"Eiman, aku--" belum sempat aku ucapkan kata maaf, Eiman mencelah.

"Buatlah apa kau nak. Macam yang kau kata, aku ini cuma suami kau atas kertas je. Bukannya sesiapa pun." Eiman bangun. Kakinya terus melangkah naik ke biliknya meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.

Zap! Bagaikan dipetir hatiku mendengarkan Eiman berkata begitu. Air mataku yang ditahan akhirnya jatuh juga.

Aku dah buat silap. Kali ini aku betul - betul dah silap. Aku dah rosakkan semuanya. Akhirnya kata - kata aku makan diri.

"E-Eiman." Aku bangun untuk mengejarnya namun terlambat apabila dia sudah memasuki biliknya. Pintu biliknya aku ketuk. Nak masuk tak boleh, pintunya sudah dikunci.

"Eiman, aku minta maaf." ucapku sambil tangan masih mengetuk pintu biliknya.

"Maafkan aku..." aku terduduk di depan pintu biliknya. Tersedu - sedan aku menangis namun tiada sahutan dari Eiman.

Apa aku patut buat? Apa yang aku kena buat untuk betulkan semua ini?

❛「❀」❜

Aku tersenyum nipis melihat lauk yang terhidang di atas meja. Okay, sarapan pagi ini aku masak roti celup telur. Special untuk cik abang Eiman kita.

Tolonglah bagi hati Eiman terpujuk dengan semua ini, fuhh! Okay dah jampi.

Kelibat Eiman menuruni tanggan menarik perhatianku.

"Eiman, saya ada masakkan--" ayatku dipotongnya.

"Aku dah lambat." suaranya yang mendatar membuatkan aku terasa namun aku senyum juga.

"Nak saya bekalkan? Saya boleh--"

"Tak payah." terus Eiman keluar setelah mengambil beg bimbitnya tanpa memandangku. Aku diam.

Dia marahkan aku lagilah.

Aku kemas rumah. Bajunya aku siap basuh dan gosok. Habuk - habuk dan debu aku pastikan sebutir pun tak ada.

Mana tahu dengan buat semua ini sejuk sikit hati dia? Hm, entahlah.

Aku merengus geram. Nombor Eimanku dailkan lagi sekali. Kali ini sudah kali kelima. Kali kelima itu jugalah dia tak angkat.

Teruk sangat ke apa yang aku buat?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now