"Kau memang suka memasak ke?" soal Eiman tiba - tiba ketika aku sedang menonton video memasak. Bila dia masuk bilik aku? Terkejut ya ampun! Hampir tercampak telefonku dibuatnya. Dahlah tak proper, aku mengangkang siot tadi.
Eh, bila dia balik?
Dengan t-shirt putih dan seluar slacknya, aku rasa Eiman dah lama balik dari kerja. Mana aku tahu? Yalah, pagi tadi dia pakai suit bagai takkan lepak mamak pulakan?
"Saya memang teringin sangat nak ada restoran sendiri. Kalau tak dapat restoran, cafe pun jadilah! But maybe bukan sekarang. Nantilah kot. Buat masa ini, saya kena berlatih dululah. Kalau macam gula dengan garam pun boleh tertukar, kena banyakkan berlatih lagilah ini." kataku tersengih sambil duduk menghadapnya. Telefonku letak tepi. Fokus pada suami gitu.
"Awal awak balik hari ini?" soalku lagi apabila dia diam. Aduh, dia berdiri tegak depan aku macam nak menyanyi lagu Negaraku ini kenapa? Pandang aku pula itu. Tahu tak seram?
Aku tak boleh baca riak wajahnya. Apa yang dia nak, aku serius tak tahu.
"Rumah aku, suka hati akulah nak balik bila." jawabnya mendatar. Aku gigit bibir, geram juga dengan dia ini. Seriuslah dia ini kalau bercakap tak pernah kalau tak sakitkan hati aku.
"Dah makan? Awak nak saya masakkan apa - apa ke?" soalku lagi. Sabar Nad sabar. Ingat, kau itu isteri dia.
Eiman memegang belakang lehernya sambil memandang lantai, mengelak pandanganku.
"Aku dah masakkan." katanya membuatkan aku terkebil - kebil. Dia dah masak? Patutlah aku macam dengar - dengar bunyi tadi tapi aku pekakkan je telinga sebab ingatkan aku kat rumah seorang diri.
Rumah ini besar weh, kau tak fikir bukan - bukan ke?
"Aku tak suka makan seorang." katanya membuatkan aku tersenyum. Okay, aku nampak apa yang dia cuba buat.
"Jom saya teman awak makan." kataku sambil bangun. Telefonku tinggalkan atas katil sebelum menarik tangan Eiman turun ke dapur bersamaku.
"Wah, awak masak ini?" terbeliak mataku melihat lasagna terhidang cantik di atas meja. Bau dia menusuk kalbu. Rupanya lagilah menggoda aku.
Aku ini dahlah peminat nombor satu makanan Western, lagi - lagi lasagna dan spagetti!
Pinggan dan sudu semuanya sudah tersusun untukku dan dia. Aku tersenyum lagi. Dia memang nak ajak aku makanlah inikan?
Sebelum sempatku ambil senduk untuk cedukkan untuknya, dia sudah letakkan untukku sebelum dirinya.
"Makan." arahnya. Aku dah memang kebuluran dari tadi, tengah fikir nak masak apa sambil tunggu dia balik. Rupanya dia dah balik dulu, masakkan untuk aku.
Aku makan suapan pertamaku. Kejap, nak terharu kejap. Dahlah orang masakkan, sedap pula itu.
Ya ampun terharu banget.
"Sedap." aku dengan semangatnya angkat ibu jariku sambil tersenyum padanya.
Pap! Sebuah kotak hadiah berwarna biru dibalut kemas diletakkan atas meja makan membuatkan aku terkejut.
Aku pandang Eiman, keliru. Eiman berdehem namun dia langsung tidak memandangku.
"Dapat free. Aku taknak." hadiah itu ditolaknya kepadaku. Aku tersenyum senget.
Barang free bagi aku, huh? Barang free siap berkotak lawa macam ini? Pelik juga ya.
"Ehem, aku naik dulu." katanya sebelum bangun meninggalkanku yang masih separa keliru.
Dia ini okay ke tak?
Kotak hadiah di depanku pandang sebelum buka. Kita ambil aura dulu.
Hm? Buku resepi? Wow, macam mana dia boleh dapat free? Bukan biasa - biasa punya buku, ini cef terkenal tahu?
Aku tersengih. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih untuk dia. Mungkin aku patut masakkan makanan kegemarannya. Nak buat apa ya?
Masalahnya tekak dia suka makan apa?
Nak tanya siapa eh?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...