🌸❞ t w e l v e

412 38 3
                                    

Aku ikat rambutku dengan kemas sebelum memakai apron yang tersangkut kemas di tepi peti ais.

Okay Nadiah, inilah masanya kau tonjolkan bakat memasak kau. Bila lagi kalau bukan sekarang! Siapa lagi kalau bukan pada suami kau! Ewahh!

Aku semangat. Setelah tiga hari berturut - turut aku sakit, aku rindu nak jejak ke dapur. Mana taknya, semua Eiman hidangkan untuk aku. Aku nak marah tentang malam itu pun tak jadi. Orang kata kalau nak pikat orang kena mula pikat perut dia. Aku terpikat dengan Eiman dah hari - hari dia hiding makanan ke aku.

Eh, nanti. Dia masak ke beli siot. Kalau beli tak adillah.

"Menu sarapan hari ini, pancake!" aku tersenyum sendiri. Teruja. Bahan - bahannya aku sediakan.

"Mana tepung?" aku buka satu persatu almari yang ada di dapur itu. Okay, jumpa!

Aku cuba capai namun gagal. Siapa letak tepung dekat tempat tinggi? Letak dekat belakang pula itu? Patut ke aku tarik kerusi untuk panjat?

Tiba - tiba ada juon-- eh, tiba - tiba ada tangan yang mencapai tepung itu untukku. Siapa lagi kalau bukan superhero kita, Boboiboy!

Okay, gurau. Eimanlah, siapa lagi?

"Dah pendek itu pendek jelah, lembab." aku mencebik. Ey, kuali ini rasa ringan je hari ini. Dah lama aku tak hempuk orang. Sukalah itu kutuk aku. Ingat aku tak tahu pabo itu apa?

"Jangan sampai hangit." pesan Eiman membuatkan aku serabut.

"Please, jangan bagitahu saya apa nak buat kalau bab memasak. This is my thing, okay? Don't ever interrupt me doing my thing. Never!" aku jegilkan biji mataku pada Eiman.

Eiman angkat kedua - dua tangannya ke udara tanda dia serah diri padaku dengan muka tak bersalahnya. Aku pandang Eiman, tanpa sengaja mataku memerhatinya dari atas ke bawah. Eiman sudah memakai baju kemeja berwarna maroon dan tie. Tinggal kot saja untuk melengkapkan suitnya. Mungkin lepas ini dia mahu terus ke pejabat.

Keletang keletung aku berperang di dapur sementara Eiman hanya diam menongkat dagu memandangku dari tadi.

"Okay!" tersengih - sengih aku melihat hasilnya. Empuk gebu lagikan sedap baunya.

Aku letakkan dua pancake di atas pinggan lalu madu dituangkan. Taburkan gula aising dan letakkan daun mint yangku koyakkan dari peti ais tadi. Fuh, bukan biasa - biasa. Daun mint itu tak perlu pun tapi sengajaku letak supaya lebih fancy gitu.

"Siap!" aku hidangkan pada Eiman. Suduku letakkan sebelah pinggannya.

"I'm impressed." sebelah keningnya diangkat. Ingat dia Ziana Zain ke nak angkat - angkat kening?

"Makanlah." aku duduk depannya, tak sabar menunggu dia merasa pancakeku. Apa komen dia?

Eiman potong secebis pancake sebelum disuakan ke mulutnya.

"So?" aku teruja. Eiman memandangku kosong. Okay, ada yang tak kena.

Eiman memotong secebis lagi lalu disuakan di hadapanku pula kali ini. Teruk sangat ke? Aku merenung pancake yang disuanya.

"Try it." Katanya memandangku. Aku makan.

Ergh, aku berkerut.

"Masin." aku mencebik setelah menelan kunyahanku.

"I think someone had mistaken salt for sugar." Eiman memandangku. Aku mencebik, kecewa dan malu. Baru je aku nak acah pandai masak. Gula dengan garam pun aku boleh tertukar?

Ha itulah, cuai!

"Sorry. Lain kali saya janji saya akan rasa dulu sebelum hidangkan pada awak." kataku serba salah. Pinggannya aku tarik, nak pergi buang. Hukhuk, nasib baik aku tak buat banyak.

Eiman tarik balik pinggan yangku tarik tadi lalu menyambung makan pancake tadi.

"Eh, awak-" belum sempat aku menghalangnya, sudah licin pun pinggannya.

"Okay, thanks for the meal. I'm late." kata Eiman sebelum bangun dan ambil kotnya yang sudahku gosok malam tadi.

"Er, awak!" panggilku membuat Eiman menoleh.

"Saya nak keluar dengan Nakeeb hari ini." kataku. Eiman mengangguk.

"Text me when you're with him." katanya sebelum keluar. Aku tersengih sendiri. Mungkin Eiman taklah seteruk yang disangka.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now