"Saya penat." jawabku sebelum berlalu pergi namun tanganku sempat ditarik Eiman membuatkan langkahku terhenti.
"Please."
Aku mengeluh. Ego masih tinggi namun aku tetap juga ambil tempat duduk di depannya. Niatku untuk minum air terus terbantut.
Dia nak minta maaf ke? Atau dia nak bincang tentang perkahwinan kami? Ah, semua ini buat aku tak senang duduk. Berdebarnya lain macam.
"Saya akan ke Australia lusa ini. Ada meeting dan press conference untuk pelancaran produk baru. Maybe dalam 2 minggu juga dekat sana."
Aku diam. Otak ligat berfikir. Kalau dia dua minggu dekat sana, maknanya waktu hari terakhir kami sepatutnya bersama dia tak ada.
Aku angkat muka memandang wajah Eiman sebelum kembali menunduk memandang meja, mengelak matanya. Eiman memandangku dengan muka sebegitu, aku sendiri tak faham. Wajah penuh maknanya. Sakit pula hati aku tengok dia ini. Nak je aku baling kerusi ini kat dia.
Kenapa dia suka main tarik tali dengan aku? Apa yang dia nak daripada aku sebenarnya?
"Minggu ini saya tengok straight awak balik lewat malam. Kenapa?" soalnya. Perlahan suaranya tapi cukup tegas.
"Kerja." jawabku sepatah. Ingat dia je ke boleh buat perangai? Aku pun boleh.
"Saya tak benarkan awak kerja macam itu. Maximum three times a week and you can't work until late night." kata Eiman. Serta merta darahku naik. Aku memandang Eiman tak puas hati.
"Don't tell me what to do." kataku masih memandangnya.
"Look at yourself. You look like a zombie. Awak nampak penat dan pucat. You should rest more." kata Eiman. Risau bunyinya.
Risau? Heh, buang jelah semua lakonan ini. Aku penat.
"Saya boleh jaga diri saya. Tak perlulah nak tunjuk caring sangat. You can drop the act now, you know. Saya dah tak larat nak layan semua ini."
"Apa yang awak cakap ini? Saya tak pernah menipu perasaan saya pada awak. Nadiah, I do love you. I really do." kata Eiman lembut.
"I do love you."
Ayat itu berjaya menggoyahkan aku. Kau luahkan hanya sekadar kata atau kau betul - betul maksudkannya, Eiman?
"Sudahlah Eiman. Awak sendiri yang cakap saya ini menyusahkan awak. Awak sendiri yang cakap awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan disebabkan kerja." tawar. Hati aku dah tawar.
Tak, sebenarnya ego aku yang tinggi. Aku masih sayangkan dia.
"Itu-- Saya minta maaf. I don't know what came into me but what I said that day, I didn't mean that. Not even one word. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya betul - betul sayangkan awak, Nadiah. Please, maafkan saya."
Aku menahan getaran di jiwa. Kata - kata maafnya itulah yang aku tunggukan namun hatiku masih ragu - ragu. Aku betul - betul dah penat.
"Sebelum ini pun awak macam itu. Saya dah tak tahu nak percaya yang mana. Saya penat dah nak dengar semua ini." kataku menahan sebak.
"Nadiah, saya betul - betul minta maaf. Saya-- " ucap Eiman lagi. Tangannya mencapai tanganku sebelum digenggamnya lembut. Aku tarik tanganku darinya, menyebabkan kata - katanya terhenti.
"Saya penat. Jangan kacau saya." kataku sebelum bangun dan terus naik ke biliku, meninggalkan Eiman seorang diri di dapur.
Aku tahu aku salah. Tapi sampai bila asyik aku yang kalah?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...