🌸❞ f i f t y f o u r

311 24 10
                                    

Pin!

Aku mengangkat mukaku. Kereta mewah milik Eiman yang terparkir di hadapanku menarik perhatian ramai. Tingkap diturunkan menampakkan Eiman yang tersenyum.

Aku tersengih lalu masuk ke dalam keretanya.

"How's your first day?" soal Eiman. Aku yang baru memakai taki pinggang keledar menghela nafas panjang.

"Tired but overall okay. I had fun." kataku tersenyum nipis.

"Lepas ini awak sekali sekala datang kedai pun tak apa. Manager, barista, chef semua dah adakan?" soal Eiman, sesekali memandangku untuk melihat wajahku. Aku menganggukkan kepala, mengiyakan.

"Saya datang tiga kali seminggu kot. Buat masa inilah. Kalau saya bosan, saya datanglah. Awakkan kerja. Baik saya pun kerja juga dari duduk rumah kebosanan." kataku.

"Kalau macam itu saya ambil cutilah. Kita pergi travel nak?" traffic light berwarna merah membuatkan Eiman memandangku. Aku memandangnya dengan kerutan.

Dia ini biar betul?

"Tak payahlah, menyusahkan awak je. Awak dahlah banyak kerja nak selesaikan." kataku. Bukan apa, dia memanglah bos tapi bos lagilah banyak kerjanya.

"But we're running out of time." aku terdiam apabila Eiman berkata begitu.terasa bagaikan disentak jantungku. Aku hampir terlupa. Traffic light kembali hijau membuatkan Eiman kembali memandu meninggalkan aura janggal antara kami.

Ergh, I hate this conversation. Tak boleh ke kalau aku dan dia kekal je sebagai suami dan isteri? Bila fikirkan hari perpisahan kami semakin dekat, hati aku sakit. Aku tak tahu kalau aku boleh hadap hari itu nanti.

"Kalau nak travel, awak nak ke mana?" soalku memecah sunyi.

"Awak ada nak ke mana - mana tak?" dia soal aku balik. Ha, dah mula dah. Aku soal dia, dia soal aku balik. Kang aku soal dia balik, dia soal aku balik. Sampai bila - bila pun tak habis kalau macam itu.

"Hm, Jepun?"

"Sure, why not. Malam ini kemas - kemas barang. Esok kita bertolak. Em, I'm think we should stay there for a week and then go to Korea."

"Wait, kita bertolak esok?" aku terbeliak. Dan lepas itu dia kata nak pergi Korea? Siot, aku tak kemas apa - apa lagi.

Ah, ya. Aku lupa dia ini kaya.

"Yep, kenapa? Awak ada hal ke?" soal Eiman.

"Bukan ke sekarang musim sejuk dekat sana? Jaket tebal saya yang lama dah kecil. Saya tak beli yang baru sebab dah lama tak travel keluar. Barang - barang lain macam mana? Lagi pun, ada ke flight untuk order last minute macam ini?" soalku bertubi - tubi.

"Sayang, kalau setakat jaket tebal itu awak nak sepuluh pun saya boleh belikan. If you need anything, just tell me. Saya akan belikan untuk awak. Satu - satunya perkara yang saya tak boleh beli sekarang ialah masa. That is why saya tak boleh nak bazirkan masa kita. Our time together are so much precious to me than my work. Esok kita bertolak. Kita pergi by private flight. Order last minute macam mana pun boleh, awak." terang Eiman.

Aku terjeda. Terkedu dengan kata - katanya sebelum perlahan mengangguk faham. Betul ke dia maksudkan semua itu? Berbunga - bunga hati aku.

"Our time together are so much precious to me than my work."

Izinkan saya berfangirl dalam hati. Ya ampun, bergema ayat itu dalam otak aku.

Kereta Eiman memasuki perkarangan rumahnya. Aku keluar kereta sejurus selepas dia keluar dari tempat pemandu.

"Sebab hari ini hari pertama kafe awak dibuka, biar saya yang masakkan dinner. Today is your special day." aku memandangnya tak percaya. Dia ini tertelan gula berapa balang ini? Kenapa manis sangat hari ini? Bersemut aku.

"Betul ini?" Eiman mengangguk.

"It's a surprised. Awak pergi naik bersihkan diri. Saya akan panggil bila dah siap. Selagi saya tak panggil, awak jangan keluar."

"Okay." aku tersengih.

Alahai, dia ini.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now