🌸❞ f i f t y

333 31 4
                                    

Aku terjaga namun situasi sekarang ini agak membingungkanku. Aku angkat muka. Wajah tenang Eiman yang masih lena aku tenung. Jarak antara wajahku dan wajahnya dekat sangat. Sel - sel otak bagaikan baru berhubung tapi aku tak bergerak. Aku tak nak dia terjaga.

Dalam samar gelap aku pandang jam dinding yang tergantung di atas televisyen.

5:58 pagi.

Televisyen masih terpasang dan lampu dapur masih lagi terang benderang, sama seperti kali terakhir aku melihatnya. Nampaknya aku dan Eiman tertidur.

Eh, nanti dulu. Keadaan aku sekarang ini. Ada yang tak kena sekarang ini. Kenapa aku selesa sangat? Aku terkedu.

Baru aku tersedar, aku sedang bersandar pada dadanya sambil memeluk bantal. Malam tadi aku tertidur dalam dakapan dia ke?

"Hmm..." Eiman tiba - tiba terjaga mengejutkanku namun sempat aku selaku perlakon terbaik yang selalu berjaya menipu Nakeeb untuk belikan aku coklat, berpura - pura tidur semula.

"Eh, ya Allah dah pukul berapa ini?" katanya sendiri dengan perlahan. Dengan suara serak - serak basah baru tidurnya, hanya tuhan saja tahu betapa tergugatnya aku sekarang ini.

Tak pernah seumur hidup aku tidur dalam dakapan lelaki, tahu?

Mungkin kerana aku masih 'tidur', Eiman perlahan bangun dari duduknya sebelum perlahan membaringkanku di sofa itu. Kepalaku dialaskan dengan bantal. Tubuhku pula diselimutkan.

Aku buka mataku sedikit. Nak mengintai apa yang sedang Eiman lakukan.

Krak!

Eiman mengeliatkan tubuhnya. Berbunyi tulangnya. Alahai, mesti lenguh sebab aku bersandar pada dia sepanjang malam. Dahlah aku tidur nyenyak gila. Empuk woi dia. Serba salah pula aku.

Mangkuk popcorn yang dimakannya semalam dia ambil lalu dibawa ke dapur. Ruang tamu dikemaskan dengan berhati - hati kerana risau aku terjaga. Sesekali dia menoleh memandang aku sebelum tersenyum sendiri.

DTUM!

Kuat gila. Terhenjut bahuku mendengarnya. Cuak, terus aku terbangun. Buatnya dia pengsan lepas itu terhantuk ke apa, tak ke naya? Kelibat Eiman di dapurku cari. Eiman yang mencangkung di tepi meja menambahkan lagi kerisauanku.

"Awak okay tak ini?" soalku, membeleknya.

"S-sakit." muka menahan sakitnya memandangku. Tangannya memegang ibu jari kakinya.

"Tersepak meja." sambungnya lagi. Aku tak tahu nak gelak ke nak kasihan.

"Teruk tak?" aku menghampirinya. Kakinya aku periksa. Haih, nasib baiklah tak ada terkoyak ke terkopak ke berdarah ke apa. Haih, buat risau aku je. Penat aku berlari.

"Sorry buat awak terjaga." kata Eiman. Aku tersengih. Aku dah lama bangun pada hal. Seseorang tolong bagi aku award sekarang sebab aku dah pandai berlakon.

"Tak apalah, elok juga terbangun. Dari tak bangun langsung nanti terlepas subuh pula." kataku tersenyum nipis. Eiman masih memegang kakinya.

"Sakit lagi ke?" soalku lagi. Eiman menggeleng sebelum kembali berdiri. Betul ke tak sakit ini?

"Saya rasa subuh dah masuk. Jom solat jemaah." dia pandang aku yang masih mencangkung di lantai dengan wajah berharap.

Solat berjemaah. Dia akan jadi imam aku. Aku akan jadi makmum dia.

Bergelora jiwa aku. Sukanya.

"Okay, saya pergi basuh muka dan ambil wuduk dulu. Awak betul ke okay kaki itu?" kataku sebelum menarik tangannya untuk bangun. Eiman mengangguk.

"Betul, sekejap je sakitnya. Saya tunggu dalam bilik saya tahu?" kata Eiman.

"Okay." aku terus naik ke bilik.

Eiman ajak solat berjemaah tapi aku rasa macam dia ajak pergi dating siot.

Berbunga - bunga aku rasa.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now