Aku berjalan sambil tersenyum nipis. Langit yang cerah membuatkan mood aku elok hari ini. Telefonku bisukan. Aku perlukan masa bersendirian.
Hari ini hari aku, jangan kacau.
Sudah 3 hari Eiman tak balik rumah. Serba salah juga aku sebab aku yang duduk dekat rumah dia. Dia pula yang keluar. Mesej Raziwq aku abaikan. Selain Raziwq, Zhafran juga ada mesej aku. Dia juga aku abaikan.
Entahlah, aku rasa kosong. Aku penat. Aku perlukan masa untuk aku. Asyik fikir pasal orang, naik gila aku.
Sedang aku berjalan kaki memikirkan apa yang aku nak makan, tiba - tiba ada makhluk durjana pergi langgar bahu aku. Bahu aku yang mahal ini kena langgar? Biadab siot tak minta maaf pula itu. Siap berlari ha. Apa dia ingat bahu aku ini tiang ke nak langgar - langgar? Yang dia lari - lari ini nak cepat ke mana? Nak terberaklah itu.
"Tolong! Peragut! T-Tolong! Tolong saya!" aku terdengar seorang makcik menjerit tak jauh dariku. Aku pandang pula lelaki yang melanggarku.
Sah, dialah peragut itu.
Spontan aku pasang kekuda sebelum berlari mengejar lelaki itu. Jangan main - main bro, aku ini pemenang acara 4×400m 3 tahun berturut - turut ha.
Dengan mudah aku menyaingi lelaki itu. Aku tarik bajunya untuk berhentikannya namun dia bergelut supaya aku lepaskan. Aku kuatkan peganganku namun sudah terasa bisanya.
Ha, elok aku pergi guna tangan yang luka. Bijak. Jadilah seperti Nadiah ya semua.
Beg tangan yang dipegangnya tiba - tiba dicampak sebelum sekali lagi menyentak tanganku membuatkan tanganku yang memegang bajunya terlepas. Sakit weh dia sentak tangan dia.
Okay, aku dalam masalah. Rasanya jahitan aku terbuka balik? Aku tak tahulah tapi tangan aku berdarah balik. Teruk.
Sekarang apa aku nak buat? Otak, jangan jammed masa - masa macam ini. mohon function. Mula - mula bagi balik beg itu kepada tuannya. Lepas itu aku rasa aku patut ke hospital semula huhu.
Aku ambil beg tangan jenama Gucci berwarna beige itu dengan tangan kiriku sebelum berjalan ke arah wanita dalam lingkungan 40-an itu.
"Maaf, dia terlepas sebab saya tak pegang dia elok - elok dan maaf juga sebab dia campak beg puan tadi." aku serahkan beg tangan tersebut padanya. Aku tersenyum senget melihat wanita di depanku. Bukan apa, aku terpegun dengan mata hazelnya.
Cantik macam aku auch ahakz mohon lempang saya.
"Eh, terima kasih! Tak tahulah apa nak buat kalau kamu tak tolong. Oh my god, tangan kamu!" tangan berbalutku yang sudah dibasahi darah dibeleknya setelah membelek keadaan beg tangannya. Erk, nampaklah pula pada hal aku dah cuba sorok tadi. Mungkin darah yang menitik itu sebabkan dia perasan. Entahlah.
"Tak boleh jadi ini, biar makcik bawa kamu ke hospital. Sekejap makcik panggil driver makcik." katanya memandangku risau. Aku terkebil - kebil memandangnya. Driver? Makcik ini ada driver? Kaya siot. Okay tengoklah beg dia do, bukannya beg jenama biasa - biasa.
"Eh, takpe puan. Saya boleh pergi sendiri." tolakku dengan lembut. Aku siap senyum ha, sopannya aku ya allah baik terokz.
"Eh, mana boleh. Kamu cedera sebabkan makcik. Kamu dahlah tolong makcik tadi. Bawa kamu pergi hospital itu the least yang makcik boleh tolong. Bolehkan?" katanya risau. Aku terdiam. Aduh, nak tolak macam mana ini? Takpelah, kita ikutkan je.
"Mari, nanti makin teruk tangan kamu." dia menarik lembut tanganku sambil membukakan pintu keretanya untukku masuk.
Boleh ke macam ini?
Sesampainya di hospital, aku terkejut apabila aku tak perlu menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. Terus masuk. Jangan kata hospital ini makcik ini punya?
"Mak buat apa kat sini? And awak ini siapa?" berkerut doktor itu memandang makcik tadi dan kemudian aku.
Okay, what? Mak? Makcik ini mak dia?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
Roman d'amourEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...