Tegang. Sangat sangat tegang sekarang ini. Aku takut. Tak tahu nak tegur Eiman atau tak. Dengan muka seriusnya, lagilah.
"A-awak--" aku terdiam apabila Eiman tiba - tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan. Eiman pusing menghadapku.
"You called her Kak Nat, who is she?" soal Eiman, serius. Dia ini kalau sesaat tak nampak macam nak makan orang tak boleh eh?
"Kakak saya." jawabku sambil menunduk. Serba salah, takut. Keadaan tadi dah timbulkan kekecohan, aku yakin akan ada wartawan tahu tentang ini.
"Well, kakak kau sekarang dah timbulkan masalah. Apa kau nak buat sekarang?" soal Eiman membuatkan aku geram.
Apa kau nak buat sekarang?
Tak, sekarang ini salah aku ke dia yang timbulkan masalah? Kenapa aku pula yang dipersalahkan.
"Yes, she's my sister. Step sister. She hated me like, ever since we met. Awak risau kalau saya menipu? Fine, call Nakeeb and tanyalah dia. Tanya dia siapa kakak kesayangan dia. Kalau nak tahu sangat kenapa dia benci saya, both mama and Natasha were so scared that I will have all papa's money and property because papa loved me so much. Saya rasa papa bagi kasih sayang sama je tapi mama dan Natasha rasa yang saya dapat lebih. Semuanya lebih!" aku menarik nafas panjang, cuba untuk tenangkan diri namun gagal. Tersedu - sedan aku menangis mengingat semua perkara yang aku dipaksa buat.
"They wanted me dead anyways. Even if I die, she doesn't care! No one does! No one! Maybe papa and Nakeeb will, maybe they wouldn't! I don't know because my whole life I was busy being their freaking puppet!"
Naik turun nafasku. Terasa beban di dada bagaikan sudah terangkat apabilaku luahkan. Air mataku jatuh menitik. Basah sudah mukaku. Aku penat. Fizikal dan mental. Teresak - esak aku menahan sebak.
Siapa nak pertahankan aku? Nakeeb? Dia masih pertahankan mama. Kalau melibatkan mama, dia tahu aku akan bersuara namun dia tetap akan menyokong mama. Zakwan? Aku dah lepaskan peluang aku. Dia takkan jadi penyelamat aku lagi.
Aku dah tak ada harapan dah. Aku penat. Aku dah tak ada sesiapa dah.
"Please, I just wanna be happy." kataku perlahan. Aku menunduk.
"Keluar." aku angkat muka memandang Eiman tak percaya. Telinga aku salah dengar ke?
"Keluar, aku kata!" jerkah Eiman membuatkan aku terkejut. Aku mengesat air mataku sebelum keluar dari kereta mewahnya.
Aku hanya mampu memandang apabila kereta milik Eiman meluncur laju meninggalkanku.
Apa salah aku? Apa yang aku buat lagi kali ini? Mana aku tersilap langkah? Aku sendiri tak pasti.
Sudahlah, aku penat fikirkan orang lain.
Aku berjalan dalam gelap tanpa hala tuju. Dengan keadaan huru - haraku, aku rasa orang akan fikir aku ini orang gila terlepas. Baju aku dah kotor. Make up aku dah comot. Tudung aku pun dah macam apa sudah.
Tak lama berjalan, aku jatuh terduduk. Memikirkan apa yang baru jadi tadi, aku menangis semula. Koyaklah bongok kena tinggal dengan laki sendiri kat entah tempat mana - mana ini. Telefon aku pula tertinggalkan dalam kereta Eiman.
Ha, bagus sangatlah bagus.
Aku nak buat apa sekarang ini? Nak berhenti menangis pun aku tak boleh.
Pinn!
Aku terkejut apabila ada kereta tiba - tiba berhenti berhampiranku.
Aku akan diculik pula ke sekarang?
"Nadiah?" aku berkerut cuba mengecam wajah lelaki misteri itu dalam gelap.
Eiman ke? Bukan.
Eh?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...