🌸❞ f o u r t y f i v e

325 26 9
                                    

"Sayang, bangunlah."

Aku berkerut. Hanya tuhan saja tahu betapa sakitnya kepala aku sekarang ini. Aku tak senang duduk apabila melihat sekelilingku yang begitu asing. Kiri kanan aku pandang, cuba mengingati kembali apa yang sedang berlaku.

Aku bukan di rumah. Bukan juga di hospital. Tempat yang gelap diterangi lampu kecil yang malap, seperti kawasan terbiar. Tangan dan kakiku diikat serta mulutku ditutup dengan seletip membuatkan aku bertambah panik.

"Good morning sayang! Matahari belum naik tapi sekarang ini dah pagi hehe." aku kaku melihat Zakwan berada di depanku. Gigih aku cuba menjerit namun suaraku terhalang disebabkan seletip yang menutupi mulutku.

"Ah, ya. Biar saya bukakan untuk awak. Tapi awak kena janji dulu, jangan menjerit okay?" kata Zakwan lembut sambil tersenyum. Senyuman itu, ada sesuatu yang tak kena tentangnya. Aku mengangguk perlahan.

Seletip di mulutku ditanggalkannya. Lega terasa. Zakwanku pandang.

"Apa semua ini? Lepaskan aku, Zakwan." kataku. Aku takut, keliru, marah, semuanya ada.

"Lepaskan awak? Tak bolehlah. Sorry." kata Zakwan dengan muka selambanya. Langsung tiada riak bersalah.

Zakwan bangun sebelum berdiri tak jauh dariku. Walaupun gelap, aku yakin ada seseorang sedang terbaring di lantai bersebelahan dengan kedudukan Zakwan. Sempat Zakwan tersenyum sinis memandangku sebelum dia mencangkung.

Jantungku terasa nak luruh apabila tiba - tiba Zakwan mengangkat pisau yang dipenuhi darah. Menitik - nitik darah merah pekat itu ke lantai. Nanti dulu, pisau itu daripada lelaki itu ke? Jangan kata Zakwan yang tikam?

Zakwan berdecit, terganggu dengan darah yang terkena tangannya. Aku juga baru perasan. Bajunya biru mudanya, penuh dengan percikan darah.

"Nak dengar satu cerita tak?" kata Zakwan membelek pisaunya sebelum memandangku kosong.

"Ada seorang budak lelaki ini. Bertanggungjawab, pandai, rupa pun ada. Sejujurnya, dia sempurna sangat. Satu je masalah dia. Dia anak hasil hubungan luar nikah bapanya dengan perempuan simpanan."

Aku berkerut. Selamba Zakwan mengelap pisau tersebut dengan kain putih kemerahan yang memang tersangkut di bahunya tadi. Meremang, aku seriau.

"Disebabkan label anak luar nikah itu, dia terpaksa jadi patung bapa dia. Semuanya kena patuh, ikut arahan dia. Sikit je kesalahannya, dia mesti akan dihukum. Teruk. Semuanya perlu berjalan dengan sempurna."

Patung? Huh? Apa ini?

"Tugasnya mudah. Kahwini anak kawan bapanya yang merupakan seorang usahawan. Segala usaha diberikan dari kecil. Good news, dia berjaya pikat hati si dia. Bad news, semuanya hancur. Hancur seperti hatinya pabila perempuan itu buat keputusan untuk kahwin dengan lelaki lain. Keputusan yang pentingkan diri." Zakwan kembali memandangku membuatkan aku tersentak.

Budak lelaki itu Zakwan? Kahwini aku semuanya arahan dari bapanya? Dari kecil? Semuanya lakonan semata - mata?

"Aku rasa kau dah jumpa papa aku." kata Zakwan sebelum menoleh memandang lelaki di lantai tadi. Zakwan bangun lalu menendang tubuh lelaki yang dipanggilnya papa tadi. Lidahku kelu apabila melihat mayat lelaki berumur itu berlumuran darah. Luka tikamannya yang banyak menjadi bukti bahawa di penjenayah betul - betul sudah hilang akal.

"Sorry, dia dah 'tidur'. Dia pukul aku lagi. Aku geram, aku bunuh dia." Zakwan tersenyum menampakkan giginya. Wajahnya menyatakan yang dia puas dengan tindakannya.

Lelaki di lantai tadi, ayahnya? Zakwan bunuh bapanya? Dia ini dah gila ke?

"Kau tahu, aku sebenarnya agak sukakan kau tapi kau dah banyak menyusahkan aku." serius Zakwan berkata, menakutkanku.

"Aku baik dengan kau, kau naik lemak pula. Kau pijak aku, gunakan aku." kata Zakwan lagi memandangku tajam. Dia bermain dengan pisau di tangannya. Aku sudah menangis.

Apa patut aku buat?

Nak lari tak boleh. Jerit? Tak selamat, bila - bila je dia boleh serang aku. Aku cukup bernasib baik kalau da orang dengar. Tapi kalau takde?

"M-Maaf. Aku minta maaf. Maafkan aku. Zakwan, a-aku merayu. Please." ucapku berkali - kali. Zakwan terdiam seketika sebelum ketawa kuat lalu terdiam semula.

Pakk!

Satu tamparan dihadiahkan padaku. Berpinar pandanganku apabila terteleng akibat tamparannya.

"Kau ingat dengan maaf boleh ubah semuanya?"

Wajah kosongnya berubah semula. Kini dia tersenyum sinis.

"Alang - alang aku nak bunuh kau, aku patut try badan kau. Kan?" Zakwan gigit bibirnya sambil memandangku penuh makna.

"Tak, t-tak! Zakwan, tolong jangan buat aku macam ini! P-Please!" rayuku, makin terukku menangis.

PAKK!

"DIAM!"

Wajahku dicengkamnya kasar membuatkan aku terdiam. Tamparan dan jeritannya menakutkanku.

"You better behave."

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now