🌸❞ f o r t y e i g h t

337 30 5
                                    

"Nadiah okay, betul!" kataku buat kali kelima. Wajah risau mak dan papaku pandang sebelum tersengih.

"Jangan risau, Eimankan ada." kataku sambil memeluk lengan Eiman yang berada di sebelah kiri katilku membuatkan semua memandang Eiman yang dari tadi diam. Ada beberapa kemungkinannya di sini. Satu, mungkin disebabkan Ilyas, Iyaad dan Izyan tahu aku dan Eiman bergaduh sebelum ini. Satu lagi mungkin kerana telatah mesra dan ramahku walhal aku baru melepasi situasi yang menakutkan. Eiman tetap maintain coolnya.

"Nasib baik tak jadi apa - apa tahu? Kau tahu tak betapa cuaknya aku bila kau viral dalam twitter? Nasib baiklah aku kerja sini, tak adalah payah aku nak jumpa kau!" bebel Ilyas masih dalam kot doktornya sebelum membetulkan stetoskopnya yang hampir terjatuh dari lehernya. Aku hanya tersengih.

Eh, nanti dulu.

"Viral kat twitter?" aku sudah berkerut. Setahu aku, Nakeeb dan Eiman yang call bagitahu semua orang. Siot, aku dah jadi tweetfamouslah ini?

"Sekejap aku tunjuk. Aku ada bookmark in case kau tak percaya." Ilyas sudah keluarkan telefonnya. Mak dan papa juga menjenguk apabila dia membuka laman yang dikatakan.

Satu persatuku baca.

Model diculik?

Nyawa isteri CEO hampir melayang?

Padah cinta lama?

Heh, apa benda berita kat twitter ini? Orang yang reply itu pun. Masing - masing macam celak-- ya Allah, sabar Nadiah sabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman! Moh kita tengok reply yang positif je. Lagi senang, tutup jelah terus.

"Kau dah famous sekarang weh!" semangat Ilyas bersuara.

"Bisinglah kau ini." Ilyas ditolak ke tepi. Siapa lagi kalau bukan Izyan yang tolak? Apa lagi, mencebiklah doktor kesayangan aku itu.

"Yang penting kau selamat." Kata Izyan. Dia terdiam seketika sebelum satu plastik diberikan padaku.

"Hadiah." katanya sepatah. Isi plastiknya aku lihat. Penuh dengan coklat. Terus aku tersenyum.

"Banyaknya! Nak sikit!" belum sempat aku jawab, Ilyas sudah menyelukkan tangannya ke dalam beg plastik penuh coklatku.

Ewah, dia ini.

"Aku belikan untuk Nadiah, bukan kau." tangan Ilyas ditepuk Izyan. Daripada bunyinya, kuat itu weh. Nasib kaulah, Ilyas oi. Ilyas mencebik sambil mengusap tangannya yang sudah merah.

"Satu pun tak boleh ke?" soalan Ilyas dijawab dengan jelingan maut membuatkan aku tergelak kecil. Macam arnab nak diterkam harimau aku tengok.

"Ini, mak dan ayah ada bawakan buah. Kalau Nad nak makan, mak potongkan." kata mak sambil menunjukkan bakul buah yang dibawa ayah tadi. Aku mengangguk laju. Bila lagi aku nak manjakan?

Aku menoleh memandang papa dan ayah yang sedang bersembang di sudut bilik. Melihatkan kemesraan mereka, aku rasa sekarang ini papa dah tahu tentang aku sebagai anak angkat mereka.

Aku lupa nak bagitahu papa sebenarnya hehe.

Eiman membantu mak memotong buah setelah Ilyas kembali bersama pinggan dan pisau miliknya. Yalah, inikan tempat kerja dia. Senanglah dia. Aku memandang Iyaad. Dari tadi sebenarnya aku nampak dia terpinga - pinga dengan sebelah tangannya di belakang.

"Iyaad okay tak itu?" soalku membuatkan perhatian beralih kepadanya. Iyaad mengangguk sebelum mendekatiku. Teddy bear kecil bersaiz dua tapak tangan yang berwarna merah jambu diberikan padaku.

"Get well soon." ucapnya perlahan namun cukup untuk buat aku tersenyum sampai ke telinga.

"Comelnya. Thank youuu!" tersengih - sengih aku belek teddy bear tersebut.

Pintu yang terbuka mengundang perhatian semua. Nakeeb masuk dengan muka blurnya. Mamat ini dahlah masuk macam nak cari gaduh.

"Jumpa tak?" soalku, berharap. Nakeeb angguk sebelum mengeluarkan rantaiku dari poketnya.

"Jumpa dekat tempat semalam. Nasib baik jumpa, tersorok siot benda ini." kata Nakeeb sebelum menyerahkan rantai itu padaku. Aku tersenyum lebar.

Aku ingatkan aku dah hilangkan benda berharga ini.

"Ini, kamu punya?" wajah mak tiba - tiba pucat membuatkan aku bingung.

"Haah."

"Mana kamu dapat cincin ini?" soal mak lagi. Aku terdiam sekejap. Kenapa aku rasa berdebar ini?

"Ini je barang yang saya ada dari keluarga sebenar saya." kataku. Mak kalut membuka beg tangannya. Diselongkarnya mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Aku masih keliru dengan reaksi mak.

"Kenapa mak?" soal Ilyas, juga ingin tahu.

"Sayang, kenapa ini?" giliran ayah pula menyoal. Papa juga menghampiriku.

"Ya Allah, Nadiah." Mak sudah mula menangis. Sekeping gambar yang dikeluarkan dari beg mak tadi diberikan kepadaku membatukanku.

Dalam gambar itu, aku ketika kecil memakai rantai berbuahkan cincin permata merah jambu tersebut. Itu memang aku tapi aku tak ingat pula pernah tengok latar belakang itu. Itu bukannya rumah aku.

Macam mana gambar aku boleh ada pada mak?

"Nadiah, anak mak!" mak memelukku sambil menangis teresak - esak. Aku masih kaku. Jantungku berdegup laju.

Apa yang sedang berlaku? Satu persatu wajah aku pandang. Aku tak faham. Apa ini?

"Nadkan memang anak mak?" kataku. Muka jangan ditegur, memang nampak sangat tengah bangang. Mak menggeleng sebelum melepaskan pelukannya.

"Tak sayang, Nadiah betul - betul anak mak. Anak perempuan tunggal mak dan ayah." terang mak yang masih menangis. Ayah di sebelahnya mengusap lembut bahu isteri untuk menenangkannya. Gambar tadi aku tenung lagi sekali. Otakku bagaikan baru berfungsi.

Mak... ibu kandung aku?

Aku pandang papa dan Nakeeb, meminta penjelasan.

"Pa, betulkan ini Nadiah? Betulkan dalam gambar ini Nadiah masa kecil?" soalku sambil menunjukkan gambar itu pada papa. Gigil, aku gementar ingin mendengar jawapan papa.

"Betul, Nad." jawab papa tersenyum lembut. Aku gigit bibir.

"M-maksudnya? Mak memang ibu Nadiah? Mak kandung Nad? Ayah pun?" air mataku juga sudah jatuh. Mak menganggukkan kepalanya sambil mengesat air mataku.

"Ya sayang." ayah tersenyum sambil mengusap lembut kepalaku. Berair matanya memandangku.

Selama ini, mereka semua ini memang keluarga aku.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now