Aku buka mata lalu berkerut. Terasa berat kepalaku. Ha, kepala aku ini nak jadi air jamban bila kena flush ke yang nak berpusing - pusing ini?
Aku pegang kepalaku. Eh, ada kain di dahiku. Kain itu aku alih, letakkan di atas meja di sebelah katilku sebelum aku duduk di tepi katil. Aku pandang sekeliling. Ini bilik aku? Bilik aku di rumah Eiman. Apa dah jadi semalam? Bukankah aku di rumah Raziwq?
Aku urut kepalaku yang masih terasa berdenyut. Aduh, otak bergegar ke apa ini ha?
Bilikku diterangi cahaya malap lampu kecil yang tergantung di tepi bilik. Aku terpandang sofa yang terletak tak jauh dari katilku. Eiman sedang tidur. Aku mengeluh. Kenapa dia tidur kat situ? Nanti sakit badan. Dahlah sejuk. Selimut pun dia tak ambil.
Haih, punyalah kaya selimut pun tak ada ke?
Aku ambil selimutku laluku selimutkan Eiman. Aku tenung wajah tenang Eiman yang sedang tidur. Hm, rupa itu dah ada tapi garang sangat abe korea kita ini. Takut aku.
Aku bangun. Niat di hati nak ke dapur untuk ambil air. Terasa kering pula tekak ini. Aku tutup mulut apabila aku terbatuk. Aduhai, tekak ini pun masa inila kau nak gatal.
Tiba - tiba ada tangan memegang tanganku. Terkejut, aku hampir memukul sipemilik tangan. Siapa pula nak pegang - pegang ini? Jangan buat hal, dahlah gelap lagi kat luar itu.
"Still sick?" soal Eiman berkerut sebelum memandangku lembut. Matanya digosok perlahan.
Kenapa aku nampak dia comel sangat sekarang ini?
"Batuk sikit je." kataku sambil melarikan padanganku. Uish, tak boleh aku tengok dia macam itu. Comel seh. Dia pun satu, masa aku batuk inilah nak sedar.
Eh, salah aku juga. Dia terjaga sebab aku batuk. Aku yang bising.
Eiman bangun dari pembaringan. Dia menarikku supaya duduk di sebelahnya dan menghadapku. Belakang telapak tangannya melekap di atas dahiku. Tangannya beralih ke mukaku. Pipiku ditekup perlahan. Terkejut aku dibuatnya.
"Kau demam lagi ini, pergi baring. Aku ambilkan air dan ubat untuk kau." katanya sebelum bangun. Aku terbangun sekali.
"E-Eh, takpelah. Biar saya--" kata - kataku terhenti jarinya di bibirku. Aku terkedu. Naik merah mukaku menahan malu.
Aku ditolaknya perlahan ke katil.
"Lie down, I'll be back with your medicines." katanya. Aku terkebil - kebil. Macam orang bodoh, aku baring. Eiman bangun lalu keluar dari bilikku. Pergi ke dapur mungkin, entahlah.
Aku tak pernah tahu pula dia segentle ini. Ingatkan dia memang dilahirkan dnegan muka tegang macam itu. Ish, dasar pakcik beku! Aku simpan kau dalam freezer baru tahu ish!
Tapi, tadi itu comel sangatlah. Tanya pun lembut je. Alahai, kan bagus kalau hari - hari dia macam ini?
Eh nanti dulu, semalam bukan aku di rumah Raziwq ke? Aku tertidur depan rumah diakan? Kalau benda itu betul - betul jadi aku sepatutnya marah pada Eiman.
Aku mimpi ke?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...