"You ada natural talentlah. Look at these pictures. You pasti you tak ada pengalaman modelling? Because girl, you're vibing." puji lelaki berkaca mata gelap merangkap pengarah yang mereka panggil Sam membuatkan aku tersenyum malu.
Dia nak kata aku lawalahkan?
"This is my card. I need more like you. If you agree, I akan jadikan you model dalam company I. The best of the best. And for you Z, you get the bonus for bringing this girl here. Naddy, upah you hari ini I dah masukkan dalam akaun you so don't forget to check." kata Sam lagi memandangku sebelum memandang Zhafran.
"Yes!" seronok dia ya. Sampai ke telinga dia sengih.
"Saya kena tanya suami saya dulu. But thanks sebab bagi saya peluang ini." ucapku, masih tak percaya aku baru je jadi bidan terjun dalam modelling.
"Call me anytime, okay? My company will always open for you." kata Sam, juga tersenyum.
"Kami pergi dulu Sam. Thank you for today." kata Zhafran. Aku mengekorinya menuju ke lif semula.
Telefonku muka. Akaun bankku check. Terbeliak mataku.
"Woah, RM35,000?" aku memandang Zhafran terkejut. Zhafran tergelak. Kelakar ke muka aku sekarang?
"That's actually the average of what you should get. Plus the brand was quite famous. That's why gaji kau tinggi." kata Zhafran mengejutkanku lagi.
"Seriuslah? Patutlah kau kerja ini pun dah boleh kaya." kataku. Skrin telefonku tatap lagi sebelum aku simpan dalam poket. Fuh, terasa kaya sekejap. Dah lama aku tak buat duit sendiri. Rasa bangga siot.
"Kalau Sam sendiri nak recruit kau, maknanya kau something elselah. Orang lain kena audition tahu?" kata Zhafran sambil memandangku. Lif terbuka dan kami berdua pun keluar.
Aku? Something else? Apalah yang dia nampak pada diri aku itu agaknya.
"Dah itu, kau? Audition juga?" soalku.
"Taklah, aku macam kau. Sam yang recruit aku. Akukan special. Mana main audition ini." aku pandang Zhafran menyampah. Dia ini kalau aku pukul pakai beg aku ini kang sia - sia je.
"Ini dia bilik suami puan. Puan tunggulah di dalam. Rasanya kejap lagi habislah itu meeting boss. Saya ada hal kat luar. Nanti jumpa lagi. Bye!" kata Zhafran berseloroh membuatkan aku tersengih sebelum pergi. Aku menggeleng. Ada je dia ini perangai.
Aku masuk ke dalam pejabatnya.
Woah, lagi cantik dari pejabat Nakeeb dan papa. Sudah tentulah. Aku ke mejanya. Ya ampun, bersepahnya.
Mulalah OCD aku. Tanganku ligat membersihkan mejanya yang penuh dengan kertas - kertas kerjanya. Aku susun elok - elok. Bukan tak biasa dengan keadaan macam ini. Papa dan Nakeeb sama je macam Eiman. Dalam pejabat kat rumah pun bersepah macanm ini. Tak serabut ke dia orang ini?
Selesai kemas, aku ke peti ais yang wujud di bucu bilik. Kalau dah ada peti ais, mestilah ada makanankan? Makanan dan Nadiah mana boleh dipisahkan. Aku buka peti ais tersebut. Terkebil - kebil mataku melihat peti itu penuh air tin 100 plus dan Wonda coffee. Makanan tak ada, kopi pun jadilah. Tak salahkan kalau aku ambil satu?
Aku melangkah ke sofanya. Uyo, empuk iler. Aku bangun semula. Buku - buku yang tersusun di raknya aku belek. Tak sangka dia suka baca buku fiksyen fantasi.
Kring! Kring! Kring!
Telefon di atas mejanya berbunyi. Bukan telefon pintarnya tetapi telefon pejabatnya. Aku patut angkat ke tak? Biarlah, dahlah Eiman tak ada dalam ini. kalau tiba - tiba pengarah yang call macam mana? Aku hanya memandang telefon yang berbunyi itu.
Deringan telefon tadi mati sebelum sekali lagi berdering. Berkerut aku dibuatnya. Orang yang sama ke? Okay, biarkan. Kalau lagi sekali bunyi, aku angkat. Mesti penting sampai dia nak call tiga kali.
Kring! Kring! Kring!
Aku berkerut sebelum bangun dan angkat panggilan tersebut.
"Maaf, Eima-"
"Biy, you dah janji semalam nak teman I pergi shopping! Kenapa you tak angkat panggilan I? Sampai hati you!" suara gedik kedengaran dari hujung talian. Aku terkedu.
Biy? Babi ke?
"Babyy, kenapa you senyap je ini?" perempuan itu mula merengek. Terus aku tutup panggilannya.
Aku menyesal.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...