Aku tersengih sendiri. Bekas tupperware berisi kimbab yangku buatkan untuknya aku buka dan hidangkan padanya. Lelaki yang sedang duduk di depanku memandangku tidak percaya setelah melihat makanan yang dibawaku.
"Kimbab?" soalnya berkerut. Aku mencebik. Ha, mulalah aku nak merajuk.
"Tahulah buruk tapi rasalah dulu." kataku tak puas hati. Aku sudah buat muka sambil memandang lantai. Sakit pula hati kita dia kata macam itu.
"Eish, taknak sudahlah!" aku ambil tupperwareku lalu bangun. Ha, nak merajuk!
Belum sempat aku lari, tangannya sudah menarik tanganku untuk duduk semula di hadapannya.Tupperware dibukanya lalu kimbab disumbat ke dalam mulutnya. Aku hanya perhati, menunggu komen daripadanya.
"So?" soalku. Zakwan diam. Tiada reaksi. Aku tak boleh baca riak mukanya. Satu potongan kimbab diangkatnya lalu disuakan di depanku, ingin menyuapku.
Aku tak fikir panjang, aku terus makan.
"Elok je." kataku sambil mengunyah. Zakwan mengangguk dengan kenyataanku.
"Sedap." jawabnya sepatah membuatkan aku tersenyum sendiri.
"Dalam banyak - banyak menu, kenapa kau pilih kimbab?" soal Zakwan sebelum satu lagi kimbab disuapkan ke mulutnya. Aku tersengih - sengih. Alamak, dia tanya pula.
"Sebab semalam aku tengok balik satu drama korea ini. Ya Allah, handsome gila watak utama dia! Tersangkut aku!" aku makin tersengih apabila teringatkan wajah Lee Minho dalam The Heirs yangku tonton semalam.
Zakwan berkerut namun tak lama senyuman manisnya muncul.
"Mesti muka dia macam akukan? Sebab itulah kau sangkut!" mengekek Zakwan ketawakan aku yang sudah mencebik memandangnya.
"Ew, Lee Minho aku paling handsome okay!"
BANG!
Aku terjaga dari lenaku. Bunyi hempasan pintu yang menggegarkan rumah mengejutkanku. Dalam keadaan separuh mamai dan keliru aku bangun dari pembaringanku di sofa. Susuk tubuh seseorang berlalu melepasiku membuatkan aku pantas mengejarnya.
"Awak baru balik? Ada meeting ke? Kenapa tak bagitahu saya? Saya risau." soalku dengan lembut. Takut dia terasa dengan nadaku.
"Suka hati akulah nak balik pukul berapa pun. Kau sibuk apa hal?" satu jelingan tajam diberikan kepadaku. Aku terkedu beberapa saat. Jelingan itu bukanlah jelingan pertama namun aku masih lagi tersentak setiap kali dia berikannya padaku.
Aku masih tak boleh terima bahawa dialah lelaki yangku pilih untuk kahwini walhal sepatutnya aku bersama orang lain.
Aku pilih Eiman dan tinggalkan Zakwan. Semuanya kerana papa.
"A-Awak dah makan? Kalau belum makan, saya boleh panaskan lauk tadi. Awak mandilah dulu saya-"
"Kau jangan nak berlakon boleh? Aku rimas! Jangan nak buat - buat macam kau ini isteri mithali sangat, aku serabut sial!" jerkahnya membuatkan aku betul - betul tersentap. Suaranya yang meninggi menghancurkan hatiku. Perkataan carut yang dihamburkan lagi mencarik - carikkan hatiku.
Apa salah aku?
Salah ke aku jalankan tugas aku sebagai isterinya?
Air mataku jatuh.
"Kau jangan nak sibuk hal aku. Tak payah nak beriya sangat jadi bini aku." kata Eiman tanpa memandangku sebelum dia melangkah keluar semula.
"A-awak, nak pergi mana itu?" soalku sambil teresak - esak namun tidak dijawabnya. Aku terduduk semula atas sofa. Air mataku kesat sendiri.
Eiman Arsyadee Lee.
Saat aku ambil keputusan untuk menjadi milik lelaki ini, hidup aku bagaikan malapetaka.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...