🌸❞ s i x t y t h r e e

361 29 23
                                    

"Ahh, penatnya!" aku meregangkan tubuhku setelah keluar daripada kereta. Penat gila hari ini. Kafe sibuk sangat. Mungkin kerana hari cuti. Kebetulan pula aku ke kafe. Mestilah aku kena bantu pekerja aku.

Tak sangka aku akan penat sampai macam ini. Aku patut naikkan gaji pekerja - pekerja aku.

Aku menghembus nafas sebelum masuk ke dalam rumah. Hari ini aku dah buat keputusan, aku perlu bagitahu Eiman.

Aku mahukan hubungan ini. Aku nak teruskan perkahwinan kami. Aku tak sanggup nak berpisah.

Damia atau aku, itu juga persoalan yang aku perlukan jawapan.

Aku tak boleh tunggu hari lain. Tinggal kurang dari 2 minggu sebelum hari perpisahan kami. Aku taknak tunggu hari itu datang.

Aku perlukan jawapannya.

"Eiman?" panggilku namun tiada sahutan. Keadaan rumah yang gelap membuatkan aku bertambah musykil. Mana dia?

Ah, mungkin dia di pejabatnya.

Lampu dari dalam pejabatnya menunjukkan dia ada di dalamnya. Aku ketuk sebelum masuk.

"Eiman?" panggilanku langsung dipalau. Fokus betul dia dengan kerjanya sampaikan aku masuk pun tak sedar. Aku tahu sejak dua menjak ini Eiman sibuk dengan kerjanya. Disebabkan itulah aku ke kafe setiap hari sejak 2 minggu lalu untuk bazirkan waktu.

"Awak." panggilku lagi. Kali ini aku menghampiri tubuhnya lalu memeluk lehernya manja. Saja nak gedik.

"Saya busy, Nadiah." katanya mendatar, masih membelek kertas kerjanya. Aku mencebik. Aku melepaskan pelukanku. Tipulah kalau aku kata aku tak terasa.

"Awak, nak tahu tak hari inikan dekat kaf-" belum sempatku habiskan ayatku, Eiman mencelah.

"Nadiah, jangan kacau saya. Saya tak ada masa untuk semua ini. Saya tak boleh fokus." katanya dingin dan tegas seakan ingin mengatakan bahawa akulah pengganggunya. Ya, aku terasa.

"Tapi awak, saya ada perkara penting nak bincangkan dengan awak. Awak--" aku dipotongnya lagi.

"Awak nampak macam saya ada masa ke sekarang ini? Berhenti semakkan saya dengan benda remeh awak!"

Aku tersentak dengan kata - katanya. Benda remeh? Perkahwinan aku dan dia ini perkara remeh ke? Lagi satu, selama ini dia rasa masalah aku ini semuanya benda remeh ke?

Aku angin.

"Awak ini kenapa? Saya tak habis cakap lagi. Awak yakin ke benda yang saya nak cakap ini benda remeh? Perkara ini lagi pentinglah dari kerja awak itu!" aku sudah naik seoktaf, bengang.

Keluhan dilepaskan Eiman. Dia boleh mengeluh pula?

"Saya tak nak bergaduh dengan awak. Awak pergilah tidur. Saya penat." kata Eiman membuatkan aku naik darah. Aku geram. Sedih pun ada.

Dia halau aku.

"Awak cakap awak akan sentiasa ada untuk saya. Now what? Awak mungkiri kata - kata awak sendiri. Awak tak dengar pun lagi. Dan semua ini sebab apa? Sebab awak sibuk dengan kerja tak guna awak itu? Atau sebabkan Damia?" aku bidas.

"Kerja tak guna? Kerja tak guna inilah yang dah tolong kau! Kalau bukan sebab kerja - kerja bodoh ini aku takkan kahwin dengan kaulah! Kau dan Damia sama je, menyusahkan aku!"

Aku kaku, sentap. Saat ini hatiku retak seribu. Kali ini aku betul - betul terkesan. Air mataku terus jatuh. Sudah lama aku tak dihina sebegini. Lagi - lagi daripada Eiman. Aku fikir aku dah tak perlu lalui semua ini lagi. Aku ingatkan semua benda ini berakhir apabila aku dengannya. Salahkah sangkaanku?

Aku menyusahkan dia? Nampaknya begitulah.

Eiman memandangku terkejut. Mungkin dia sendiri tak sangka dengan apa yang baru dikatakannya tadi. Terus dia bangun menghampiriku cemas.

"Nadiah, saya--" aku tolak Eiman perlahan.

"M-macam itu ke? Yalah, hubungan kita selama ini memang semuanya sebab kerja. Maaflah saya lupa diri. Awak sambunglah buat kerja awak. Saya nak tidur, penat." kataku sebelum keluar meninggalkan Eiman.

Dari ekor mataku nampak Eiman meraup mukanya sebelum menyerabaikan rambutnya, serabut.

Menyesal? Aku sendiri tak pasti.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now